SERAMAI 51 kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun membabitkan anak-anak ahli Persatuan Kakitangan Bekalan Air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (Peka) menyertai majlis berkhatan beramai-ramai anjuran Peka dan Puncak Niaga Sdn Bhd (Puncak Niaga), Shah Alam, baru-baru ini.
Mereka turut disertai 11 anak yatim dari Rumah Penyayang Hembusan Kasturi, Kapar dan Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras, dekat Sungai Buloh serta tiga kanak-kanak daripada keluarga penerima tabung bantuan Tabung Budi Peka.
Majlis yang dihadiri Presiden Peka, Datuk Mohd Yunus Mohd Amin itu, turut dihadiri lebih 300 kakitangan Puncak Niaga dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).
Prosedur berkhatan dilakukan 10 kakitangan Hospital Pakar al-Islam, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/03