Utusan Malaysia bertarikh 5 Disember 2012 – BAPA DAKWA ANAK SAKIT TAK DIBENAR DUDUKI PEPERIKSAAN


SURAT KEPADA PENGARANG

 

Utusan Malaysia bertarikh 5 Disember 2012 – BAPA DAKWA ANAK SAKIT TAK DIBENAR DUDUKI PEPERIKSAAN

14 January 2013

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar dalam ruangan Berita akhbar Utusan Malaysia bertarikh 5 Disember 2012 – Bapa dakwa anak sakit tak dibenar duduki peperiksaan.

 

Kementerian mengambil maklum mengenai isu ini serta sedang meneliti laporan yang diterima daripada petugas peperiksaan di sekolah berkenaan. Walau bagaimanapun, pihak kementerian akan memastikan bahawa calon berkenaan akan diberi keadilan dalam hal ini.

 

 

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Hari pertama Festival Hari Guru Kebangsaan meriah – Utusan


Hari pertama Festival Hari Guru Kebangsaan meriah

KUALA KANGSAR 12 Mei – Hari pertama Festival Hari Guru Kebangsaan 2012 berlangsung meriah dengan kehadiran hampir 10,000 orang di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford di sini hari ini.

Para pengunjung terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah, guru-guru serta orang ramai dari sekitar daerah ini, Ipoh dan beberapa daerah berhampiran.

Selain gerai pameran dan jualan, festival dimeriahkan dengan kehadiran maskot Upin dan Ipin, persembahan kebudayaan oleh pelajar-pelajar Sekolah Seni Johor Bahru dan lukisan karikatur bersama pelukis akhbar Utusan Malaysia.

Malah, syarikat MBSB menyediakan pakej penghargaan kepada guru iaitu sebuah Toyota Prius bernilai RM130,000 serta pakej umrah bernilai RM30,000 di samping barangan berjenama Apple seperti iPhone 4S, iPad dan MacBook untuk dimenangi.

Megaherbs taja Utusan Malaysia kepada 10 sekolah terpilih – Utusan


Megaherbs taja Utusan Malaysia kepada 10 sekolah terpilih

ZUBIR Yahya (empat kiri) menyampaikan replika cek tajaan Utusan Malaysia bernilai RM10,800 kepada Tengku Izaham Tengku Adnan (tiga dari kiri) di Kuala Lumpur, semalam.

 

KUALA LUMPUR 14 Mac – Syarikat pengeluar produk Stevia milik bumiputera, Megaherbs Bioextreme Sdn. Bhd. (Megaherbs) menaja akhbar Utusan Malaysia bagi disumbangkan kepada 10 buah sekolah terpilih di sekitar Setapak dan Wangsa Maju.

Presidennya, Datuk Dr. Zubir Yahya berkata, tajaan bernilai RM10,800 itu bagi menyediakan bahan bacaan yang bermanfaat kepada para guru serta pelajar sekolah yang terlibat.

“Melalui akhbar ini, pelajar memperoleh banyak pengetahuan terutamanya siri soalan percubaan peperiksaan yang dimuatkan dalam sisipan Akhbar Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (ADaP),” katanya.