Tiada perbincangan terbaru – Badrulzaman


Tiada perbincangan terbaru – Badrulzaman

KUALA LUMPUR 9 Ogos – Yayasan Selangor masih berkeras dengan keputusan merobohkan Asrama Tun Dr. Ismail dan Asrama Toh Puan Norashikin di sini meskipun dibantah sekeras-kerasnya oleh Persatuan Alumni Asrama Yayasan Selangor dan ibu bapa pelajar.

Wakil persatuan tersebut, Badrulzaman Baharuddin berkata, sehingga kini tiada perbincangan susulan dilakukan oleh pihak pengurusan Yayasan Selangor selepas perbincangan pertama dua minggu lalu.

“Setakat ini tiada keputusan terbaru dibuat. Bagaimanapun, apa yang saya tahu pada minggu lepas, Lembaga Amanah Yayasan Selangor menetapkan keputusan untuk merobohkan asrama tersebut.

“Majoriti alumni memang membantah keputusan tersebut malah data kajian yang kami buat lebih 80 peratus ibu bapa turut membantah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tiga beranak mangsa tragedi dikebumi dalam satu liang lahad – Utusan


Tiga beranak mangsa tragedi dikebumi dalam satu liang lahad

08/08/2011 5:22pm
Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED

CAMERON HIGHLANDS 8 Ogos – Jenazah tiga beranak yang maut dalam tragedi tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli di Sungai Ruil, Tanah Rata malam tadi selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam di sini hari ini.

Allahyarham Jaafar Balad, 48; isterinya, Normah Gunung, 51; dan anak mereka, Mohd. Iqbal, 15, antara tujuh mangsa maut yang tertimbus dalam tragedi itu. – Utusan