BERITA HARIAN BERTARIKH 5 JANUARI 2013 – PELAJAR BANDAR BERHAK KE ASRAMA PENUH


BERITA HARIAN BERTARIKH 5 JANUARI 2013 – PELAJAR BANDAR BERHAK KE ASRAMA PENUH

08 February 2013

 

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Ibu Kecewa, Wilayah Persekutuan” dalam ruangan Forum akhbar Berita Harian bertarikh 5 Januari 2013 – Pelajar bandar berhak ke asrama penuh.

 

Sekolah Berasrama Penuh (SBP), KPM sentiasa patuh kepada matlamat asal penubuhannya. Dasar pengambilan murid, tiga puluh peratus (30%) murid bandar dipatuhi dalam melaksanakan keputusan pengambilan murid ke SBP, disamping akur kepada syarat-syarat permohonan kemasukan murid untuk tingkatan satu (1) dan tingkatan empat (4) seperti yang telah ditetapkan oleh KPM.

 

Kedudukan (ranking) murid juga disusun menggunakan Sistem Pemilihan dan Penempatan SBP KPMberdasarkan merit mengikut skor akademik (UPSR), skor pencapaian kokurikulum, matriks status sosio-ekonomi keluarga dan skor kepimpinan murid. Bagi pemohon yang tidak berjaya, mereka boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui e-rayuan bagi tempoh yang telah ditetapkan.

 

Untuk mengetahui secara lebih lanjut tentang kedudukan murid secara individu, pengadu boleh terus menghubungi Unit Pengambilan dan Kemasukan Murid, Sektor Pengurusan Hal Ehwal Murid SBP, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK), KPM, Aras 3, Blok 2251 Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor.

 

 

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Kerajaan Peruntuk RM498 Juta Bagi Bantuan Persekolahan RM100 – Bernama


Kerajaan Peruntuk RM498 Juta Bagi Bantuan Persekolahan RM100

BATU PAHAT: Kerajaan memperuntukkan RM498 juta sebagai bantuan persekolahan RM100 seorang kepada 4.98 juta pelajar di seluruh negara tahun ini yang akan disalurkan bermula 15 Januari ini.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata kos berkenaan tidak termasuk peruntukan bantuan persekolahan bagi pelajar sekolah swasta dan sekolah agama rakyat.

“Bantuan itu akan mula diagihkan pada 15 Jan ini dan dijangka selesai pada Feb depan. Kerajaan sebenarnya menyediakan peruntukan RM540 juta bagi bantuan persekolahan tahun ini tetapi kita masih belum menerima data jumlah sebenar pelajar sekolah swasta dan sekolah agama rakyat,” katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama penduduk, di Parit Gantung, di sini, Ahad.

Bantuan persekolahan RM100 itu diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2013.

Ini adalah kali kedua pembayaran tersebut dilakukan yang meliputi semua pelajar sekolah rendah dan menengah tanpa mengira pendapatan keluarga. Sementara itu, Mohd Puad berkata Kementerian Pelajaran membelanjakan RM3.8 bilion tahun lepas untuk pelbagai subsidi dan bantuan kepada pelajar di seluruh negara.

Jumlah itu, katanya, membabitkan perbelanjaan bagi biasiswa pendidikan, rancangan makanan tambahan, susu 1Malaysia, bantuan buku teks serta bantuan tuisyen.

“Kerajaan turut memberi subsidi hampir 100 peratus untuk makanan di asrama harian dan asrama penuh manakala tidak mengenakan sebarang bayaran untuk asrama desa,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai himpunan anjuran pakatan pembangkang semalam, Mohd Puad berkata perhimpunan itu membuktikan kerajaan berpegang pada janji yang dibuat sebelum ini.

“Kerajaan tunai janji dengan meminda Akta Perhimpunan Aman dan beri kebenaran kepada pembangkang untuk mengadakan perhimpunan semalam.

“Bagi saya Perdana Menteri perlu diberi pujian kerana berjaya membawa perubahan dan menjanjikan amalan demokrasi yang lebih murni,” katanya. -BERNAMA

Gadis bawah umur hanyut dibuai cinta – Metro


Gadis bawah umur hanyut dibuai cinta

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Akibat kejutan budaya dan rasa sayang yang mendalam, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun sanggup membiarkan tubuhnya menjadi ‘santapan’ teman lelaki yang baru dikenali beberapa bulan. Semuanya kerana kepercayaan yang tidak berbelah bagi kepada kekasihnya.

Biarpun dilarang ibu bapanya keluar rumah, dia tidak peduli asal saja dapat memenuhi permintaan lelaki buaya darat itu.

Remaja yang mahu dikenali sebagai Baizura berkata, semuanya gara-gara perasaan cinta mendalam hingga dia sanggup membelakangkan orang tuanya.

“Awal persekolahan, saya ditempatkan di asrama penuh. Faham saja apabila duduk di asrama semuanya dalam keadaan terkawal dan penuh dengan larangan. Tiada televisyen, radio mahupun telefon.

 
“Aktiviti kami hanya pergi kelas, dewan makan, perpustakaan dan kokurikulum. Jujurnya, sudah bosan dengan jadual sama setiap hari, namun terpaksa ikut sebab tiada pilihan,” kata anak bongsu enam beradik ini.

Menurut Baizura, episod hitamnya bermula apabila dia ditimpa kemalangan motosikal menyebabkan dia koma lima hari di hospital akibat darah beku.

Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan Satu (1) Sesi 2012


Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan Satu (1) Sesi 2012

Daftar Permohonan Online Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan Satu (1) 2012 Bagi lepasan UPSR 2011 

Tarikh permohonan atas talian ke sekolah berasrama penuh bagi tingkatan 1 2012 mula di buka pada 1 September 2011 hingga 15 Oktober 2011..Permohonan ini adalah untuk calon yang menduduki peperiksaan UPSR sesi 2011.

PANDUAN AM

1. Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan BIMBINGAN IBUBAPA/PENJAGA/GURU. Pemohon TIDAK DIGALAKKAN mengisi borang secara bersendirian;

2. Pemohon dikehendaki mengisi semua MAKLUMAT yang diperlukan dengan BETUL dan TEPAT;

3. Kesilapan mengisi borang permohonan adalah tanggungjawab pemohon DAN BOLEH MENYEBABKAN PERMOHONAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN;

4. Pemohon dikehendaki menyemak semua maklumat yang diisi dengan teliti sebelum dicetak.PENGEMASKINIAN TIDAK BOLEH DILAKUKAN SELEPAS CETAKAN DIBUAT.

5. Pemohon dikehendaki mencetak Borang Permohonan sebanyak DUA (2) SALINAN.

  •  SALINAN PERTAMA DIHANTAR KEPADA GURU BESAR SEKOLAH ASAL PEMOHON ;
  •  SALINAN KEDUA DIHANTAR KEPADA PENGETUA SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) YANG DIPILIH. Setiap CETAKAN  borang permohonan mestilah ditandatangani oleh pemohon dan disahkan oleh GURU BESAR.

PANDUAN KHUSUS

Panduan Khusus Mengisi Borang Permohonan Ke tingkatan 1 2012

Untuk Mengisi Permohonan klik pada pautan di bawah :

Borang Permohonan Online Ke SBP Tingkatan 1 Sesi 2012

*Pastikan Angka Giliran Mengikut slip pendaftaran UPSR 2011

*Bimbingan ibu bapa/guru amat diperlukan dalam mengisi borang permohonan ini.