Sekolah diarah buka – Metro


Sekolah diarah buka

 0  0 Google +0  0  0

Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib

Kuala Lumpur: Semua sekolah diarah dibuka hari ini berikutan keadaan jerebu semakin pulih dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kebanyakan kawasan mencatat penurunan hingga tahap sederhana setakat jam 5 petang, semalam.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Operasi Pendidikan) Datuk Sufaat Tumin berkata, seperti sedia maklum, ibu bapa yang khuatir terhadap kesihatan anak tidak perlu menghantar anak mereka ke sekolah, namun perlu memaklumkan kepada sekolah.
“Kementerian memantau perkembangan keadaan jerebu dari semasa ke semasa. Sekiranya bacaan IPU melebihi 250 mata Kementerian Pendidikan bersetuju sekolah terbabit ditutup tetapi perlu memaklumkan terlebih dulu kepada kementerian.

 

“Begitu juga jika bacaan IPU melebihi 300, sekolah perlu ditutup serta-merta seperti digariskan di bawah Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Semalam, semua sekolah di daerah Klang dan Petaling Perdana di Selangor dan Manjong, Perak diarah tutup berikutan bacaan IPU di kawasan terbabit pada petang kelmarin melebihi 250 mata.
Sufaat berkata, semua sekolah yang terbabit dengan penutupan sementara akibat jerebu perlu mengadakan kelas ganti dan ia ditentukan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/27

Jerebu: 239 sekolah di Hilir Perak dan Manjung ditutup – Utusan


Jerebu: 239 sekolah di Hilir Perak dan Manjung ditutup

 

IPOH 25 Jun – Sebanyak 239 buah sekolah menengah dan rendah di Manjung dan Hilir Perak ditutup dua hari bermula tengah hari ini ekoran keadaan berjerebu di daerah berkenaan yang berada pada tahap berbahaya dengan bacaan 330.

Menurut jurucakap Jabatan Pelajaran Perak, penutupan itu melibatkan 102 sekolah di Manjung manakala 137 pula di Hilir Perak.

Berdasarkan laman web Jabatan Alam Sekitar, sehingga pukul 10 pagi ini, empat kawasan lain yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat ialah Tanjung Malim (176), Jalan Tasek, Ipoh (146), Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh (190) dan Kampung Air Putih, Taiping (153). – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130625/dn_26/Jerebu-239-sekolah-di-Hilir-Perak-dan-Manjung-ditutup#ixzz2XDpsHSUI
© Utusan Melayu (M) Bhd