APLIKASI PERMOHONAN MURID BERKEPERLUAN KHAS KE TINGKATAN 1 DAN 4 BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2014.


APLIKASI PERMOHONAN MURID BERKEPERLUAN KHAS KE TINGKATAN 1 DAN 4 BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2014.

19 August 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi sesi persekolahan tahun 2014 boleh dibuat melalui laman sesawang http://www.moe.gov.my  kemudian  klik  e-PKHAS . Permohonan dibuka mulai 20 Ogos 2013 sehingga 20 Oktober 2013. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Pendidikan Khas di talian 03-88849186 / 03-88849494 / 03-88849152.

MUAT TURUN BULETIN SYIAR RAMADAN EDISI 3/2013


MUAT TURUN BULETIN SYIAR RAMADAN EDISI 3/2013

29 July 2013

 

Jawatankuasa Ihya’ Ramadan yang diurusetiakan oleh Bahagian Pendidikan Islam, KPM menerbitkan Buletin Syiar Ramadan sebagai bingkisan rohani dan sebaran maklumat kepada warga KPM.

 

Sila muat turun Buletin Syiar Ramadan Edisi 3/2013 di ruangan ‘Muat Turun’ di bawah.

 

Muat Turun
Buletin Syiar Ramadan Edisi 3/2013

BULETIN SYIAR RAMADAN EDISI 1/2013 : BULETIN KHAS SEMPENA IHYA’ RAMADAN KPM 1434H


BULETIN SYIAR RAMADAN EDISI 1/2013 : BULETIN KHAS SEMPENA IHYA’ RAMADAN KPM 1434H

15 July 2013

 

Jawatankuasa Ihya’ Ramadan yang diurusetiakan oleh Bahagian Pendidikan Islam, KPM menerbitkan Buletin Syiar Ramadan sebagai bingkisan rohani dan sebaran maklumat kepada warga KPM.

 

Sila muat turun Buletin Syiar Ramadan Edisi 1/2013 di ruangan ‘Muat Turun’ di bawah.

 

Muat Turun
Buletin Syiar Ramadan Edisi 1/2013

Lebih 20,000 guru terlibat program JQaf seluruh negara – Utusan


Lebih 20,000 guru terlibat program JQaf seluruh negara

KOTA BAHRU 19 Mei – Lebih 20,000 orang guru terlibat dalam pelaksanaan Program Jawi, Quran dan Fardu Ain (JQaf) di semua sekolah rendah kerajaan termasuk di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil.

Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran, Abdullah Md. Din berkata, setiap sekolah kini sudah mempunyai sekurang-kurangnya seorang guru JQaf yang bertanggungjawab mengajar pelajaran jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain kepada murid-murid beragama Islam dari tahun satu hingga tahun enam.

Beliau berkata, pihaknya mensasarkan untuk menempatkan sekurang-kurangnya tiga guru JQaf menjelang tahun 2016 di setiap sekolah rendah dengan kira-kira 2,470 lagi guru baru dari program itu bakal tamat latihan di beberapa Institut Pendidikan Guru (IPG) terpilih pada Jun ini.

Jelasnya lagi, biarpun menumpukan kepada pendidikan agama di sekolah rendah, guru JQaf menikmati taraf dan gred gaji yang sama seperti diperoleh warga pendidik lain yang berkelulusan ijazah sarjana muda.

“Mulai tahun ini kita sudah dapat memastikan setiap sekolah mempunyai seorang guru JQaf termasuk bagi sekolah kurang murid serta SJKC dan SJKT yang biasanya mempunyai jumlah murid Islam yang sedikit.

“Bagaimanapun bilangan guru yang ada sekarang masih belum mencukupi kerana jika mengikut modul yang digunakan, kita memerlukan tiga orang guru bagi mengendalikan pengajian tahsin al-Quran untuk membolehkan latih tubi yang berkesan kepada murid-murid dalam sesebuah kelas.

“Mengikut unjuran yang kita buat, menjelang tahun 2016 nanti kita berharap mampu mencapai sasaran sekurang-kurangnya tiga guru bagi setiap sekolah apabila lebih ramai kumpulan guru pelatih tamat pengajian program JQaf sejak ia diperkenal pada 2006,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Hari Kesenian Warisan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) peringkat Sekolah Kebangsaan (SK) Islah mewakili Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130519/dn_20/Lebih-20000-guru-terlibat-program-JQaf-seluruh-negara#ixzz2Tk63lYim
© Utusan Melayu (M) Bhd

Muhyiddin mahu lebih banyak tempat disediakan di Kolej Vokasional – Bernama


Muhyiddin mahu lebih banyak tempat disediakan di Kolej Vokasional

2013/04/13 – 13:17:32 PMCetakEmel Kawan
KLANG: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mahu langkah segera diambil bagi menyediakan lebih banyak tempat untuk menampung permintaan kemasukan pelajar ke Kolej Vokasional yang kian meningkat.

“Ia berikutan, 117,000 permohonan memasuki kolej berkenaan diterima bagi sesi pengambilan tahun ini tetapi kapasiti yang mampu ditampung hanya lebih 21,000 orang sahaja,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Kolej Vokasional 1Malaysia 2013 di sini.

Selain membina lebih banyak lagi kolej vokasional bagi menampung permintaan kemasukan pelajar, beliau berkata kerjasama dengan kolej swasta juga mungkin boleh dilaksanakan bagi tujuan itu.

Muhyiddin berkata, permintaan yang sangat menggalakkan ini adalah hasil usaha Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional kementerian dan Kolej Vokasional (KV) yang banyak melakukan promosi melalui media arus perdana, program jelajah KV, taklimat penataran transformasi pendidikan vokasional, program konsolidasi serta Persidangan Kebangsaan Pendidikan Vokasional.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata pengajian di Kolej Vokasional kini adalah berbentuk sistem semester selama empat tahun pengajian yang membolehkan graduan KV dianugerahkan Diploma Vokasional Malaysia. – BERNAMA

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH DI PROGRAM INSTITUSI BARU (PIB) SMPKV MERBOK, SUNGAI PETANI KEDAH


IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH DI PROGRAM INSTITUSI BARU (PIB) SMPKV MERBOK, SUNGAI PETANI KEDAH

12 April 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia membuka permohonan bagi mengisi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Di Program Institusi Baru (PIB) SMPKV Merbok, Sungai Petani Kedah, Darul Aman yang akan beroperasi pada Jun 2014, Maklumat lanjut sila rujuk lampiran di bawah :-

 

  • Tarikh tutup permohonan ialah pada 17 MEI 2013

Permohonan Melalui SISOKU Bagi Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) Kategori Orang Kurang Upaya Tahun 2013


Permohonan Melalui SISOKU Bagi Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) Kategori Orang Kurang Upaya Tahun 2013

15 January 2013

Permohonan secara atas talian (SISOKU) di http://apps.moe.gov.my/sisoku/ akan dibuka mulai 15hb – 31hb Januari 2013.

Kolej matrikulasi / sekolah perlu mengisi semula permohonan semua murid OKU 2013 sama ada yang telah menerima elauan pada 2012 dan permohonan baru yang memenuhi kriteria kelayakan .

Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pendidikan Khas, KPM 03-8884 9186 / 9152 atau Bahagian Kewangan KPM 03- 8884 7081 / 7506.

Sayembara Penulisan Tazkirah Peringkat Kebangsaan Anjuran KPM Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1434 H


Sayembara Penulisan Tazkirah Peringkat Kebangsaan Anjuran KPM Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1434 H

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Islam akan menganjurkan Sayembara Penulisan Tazkirah Peringkat Kebangsaan Anjuran KPM Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1434 H. Ia terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan kakitangan yang berkhidmat di institusi pendidikan KPM.

Untuk maklumat lanjut sila layarihttp://www.bpi.edu.my/v1/index.php/muaturun/category/sayembara-penulisan-tazkirah

7,000 Kanak-Kanak Orang Asli Tidak Bersekolah – Suhakam – Bernama


7,000 Kanak-Kanak Orang Asli Tidak Bersekolah – Suhakam

KUALA LUMPUR: Seramai 7,000 orang kanak-kanak Orang Asli berusia enam hingga 12 tahun didapati tidak bersekolah, menurut kajian Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada tahun 2010 hingga 2011.

Pegawai Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam Suhakam Hasmah Abd Manaf berkata kajian itu dibuat menerusi lawatan suruhanjaya itu ke 93 buah sekolah Orang Asli di seluruh Semenanjung.

“Masalah pengangkutan dan jalan penghubung menjadi penghalang untuk kanak-kanak ini ke sekolah memandangkan kawasan (penempatan) mereka terletak di pedalaman dan di hutan. “Ada kanak-kanak yang tidak bersekolah langsung juga disebabkan oleh tiada sekolah dibina di kawasan mereka selain ada sekolah yang terletak jauh dari kawasan penempatan mereka,” katanya pada sidang media mengenai Hak Pendidikan dan Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC)) di sini, Isnin.

Hasmah berkata selain itu, masalah lain kanak-kanak Orang Asli ialah mereka tidak diajar mengenai bahasa (ibunda) mereka di sekolah.

Menurut Perkara 30 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak, kanak-kanak dari komuniti minoriti dan penduduk asli mempunyai hak untuk menikmati kebudayaan mereka dan mengamalkan bahasa dan agama mereka sendiri.

“Orang Asli seharusnya belajar menggunakan bahasa mereka untuk meneruskan kelangsungan budaya mereka,” katanya.

Beliau berkata Suhakam turut melawat pada tahun ini, 21 buah Sekolah Agama Rakyat (S.A.R) di Pahang dan Selangor dan tujuh Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Perlis dan Kedah yang terletak di ladang dan estet.

Hasmah berkata bantuan daripada pihak berwajib seperti kemudahan prasarana dan teknologi maklumat amat kurang dan ini menyebabkan murid serta guru tidak berpeluang menggunakan kemudahan tersebut dan menimba ilmu menerusi internet.

Beliau berkata kebanyakan S.A.R mempunyai masalah pendaftaran dengan mereka tetap terus beroperasi walaupun tidak mematuhi syarat-syarat pendaftaran. “Apabila tidak mematuhi syarat, maka permohonan untuk pendaftaran tidak diluluskan dan mereka dibiarkan begitu sahaja dan beroperasi seperti biasa, sedang masyarakat pula bergantung pada sekolah ini untuk menghantar anak mereka.

Sementara itu, Pesuruhjaya Suhakam Muhammad Sha’ani Abdullah berkata ada murid yang tiada dokumen pengenalan diri menyebabkan mereka tidak boleh menduduki peperiksaan awam dan guru pula tidak tahu bagaimana untuk menguruskan anak murid mereka. “Inilah kelemahan dalam pentadbiran sekolah dan Kementerian Pelajaran untuk sedarkan pihak tertentu supaya mendaftarkan anak mereka, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga harus memainkan peranan membantu masyarakat dan bukannya menghukum mereka,” katanya.

Beliau berkata Suhakam turut menerima aduan bahawa sebuah sekolah pendidikan khas bagi kanak-kanak cacat pendengaran di Pulau Pinang tidak mempunyai guru terlatih dalam bahasa isyarat yang cukup. “Daripada 52 orang guru, hanya empat yang pandai bahasa isyarat. “Guru-guru yang terlatih dalam bahasa isyarat dipindahkan ke sekolah biasa. Ini tidak boleh diterima, tindakan ini mencabuli hak kanak-kanak pekak,” katanya. Justeru, Muhammad Sha’ani berkata kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran harus mengambil perhatian terhadap permasalahan ini bagi memastikan setiap kanak-kanak mendapat pendidikan berkualiti dan sama-rata. -BERNAMA

70% sekolah laksana program Guru Penyayang – Bernama


70% sekolah laksana program Guru Penyayang

KUALA KANGSAR 15 Mei – Sebanyak 70 peratus daripada 10,000 sekolah rendah dan menengah di negara ini telah melaksanakan Program Guru Penyayang sejak ia dimulakan Mac lepas, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud.

Beliau berkata program itu dilaksanakan dengan tiga amalan iaitu mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah, memberi penghargaan kepada murid seperti sambutan hari jadi dan program mentor mentee.

“Daripada kaji selidik Indeks Prestasi Murid (IPM) yang dijalankan Bahagian Pendidikan terhadap 3,944 murid mendapati 50.8 peratus menyatakan program ini bagus dan 45.6 memberikan respon sederhana baik,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program itu di Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Muzwin di sini, hari ini.

Beliau berkata kementerian menyerahkan kepada sekolah untuk melaksanakan program itu mengikut kesesuaian masing-masing memandangkan pihak sekolah lebih rapat dan mengenali murid-murid di sekolah mereka.

Melalui program itu, katanya guru-guru akan menyambut kehadiran murid-murid di sekolah dan bertanya khabar bagi membolehkan mereka lebih mengenali latar belakang murid-murid.

“Kita menganggap murid sebagai aset sekolah dan mahu membentuk mereka sebagai modal insan yang berjaya dalam akademik, sahsiah diri, keperibadian dan berketerampilan,” katanya.

Sementara itu, guru sekolah berkenaan Nor Azmah Md Zahir berkata program itu tidak membebankan golongan pendidik kerana mereka menjiwai tugasan itu yang memerlukan pengorbanan.

“Sebelum program ini dilancarkan, kami telah menggunakan pendekatan ini bagi mengenal dan mengetahui latar belakang murid-murid untuk memudahkan para guru mendidik mereka,” katanya.

Beliau yang berpengalaman selama 20 tahun sebagai pendidik merasakan program itu sebagai satu langkah yang bijak bagi merapatkan hubungan antara murid dan guru. – BERNAMA