Senarai 27 Pekeliling Perkhidmatan Penambahbaikan 81 Skim Perkhidmatan Seperti Yang Diumumkan YAB Perdana Menteri Dalam Pembentangan Bajet 2014 Pada 25 Oktober 2013
Sumber : Senarai Pekeliling Perkhidmatan
Sumber : Senarai Pekeliling Perkhidmatan
KUALA LUMPUR: Peruntukan skim perlindungan insurans kepada murid yang menggunakan khidmat bas sekolah berpermit seperti diumumkan Perdana Menteri dalam Bajet 2013 Jumaat lalu mampu mengatasi masalah bas haram.
Pengerusi Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Bumiputra Kuala Lumpur dan Selangor, Ahmad Fauzi Murad berkata, perlindungan insurans itu menggalakkan pengusaha bas sekolah haram memohon permit.
“Bagi pengusaha berpermit, kami mempunyai perlindungan insurans dan usaha kerajaan ini bagus untuk menggalakkan pengusaha haram memohon permit.
“Sehubungan itu, kami berharap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melonggarkan peraturan bagi memudahkan mereka mendapatkan permit,” katanya.
Menurutnya, ibu bapa digalak mendapatkan perkhidmatan bas sekolah yang memiliki permit kerana anak mereka mendapat jaminan perlindungan insurans.
“Kami selaku pengusaha bas sekolah bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan. Bagaimanapun, pemberian rebat tunai dan subsidi kadar faedah menggantikan bas sekolah berusia 25 tahun berkapasiti 12 hingga 18 tempat duduk, lebih kepada van.
“Biasanya tiada van digunakan lebih daripada 25 tahun kerana pemiliknya akan membeli baru selepas 10 atau 15 tahun. Jadi saya harap pemberian dapat diperluaskan kepada bas sekolah yang mempunyai kapasiti lebih besar,” katanya.
Jumaat lalu, Perdana Menteri mengumumkan Skim Perlindungan Insurans Kemalangan Diri, hilang upaya kekal dan kematian kepada semua murid yang menggunakan khidmat bas sekolah berpermit. Skim yang memanfaatkan dua juta pelajar dan murid itu menyediakan perlindungan maksimum RM100,000 dengan kos premium RM40 juta untuk tempoh dua tahun yang akan diselia SPAD. Selain itu, kerajaan mencadangkan pengusaha bas sekolah diberi rebat tunai RM10,000 dan subsidi kadar faedah dua peratus untuk pinjaman penuh bagi menggantikan bas lama berusia 25 tahun kepada bas baru berkapasiti antara 12 hingga 18 tempat duduk.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/01
Berikut adalah video rakaman ucapan Bajet 2013 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan Malaysia pada 28 September, 2013 yang lalu.
Bahagian 1
Bahagian 2
Bahagian 3
Sumber: BHonline1 – Youtube
Intipati Bajet 2013 ini adalah dalam bentuk ‘slideshow’.
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia
Tuan Yang di-Pertua,
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
1. Fokus Kedua: Memperkasa Pendidikan dan Latihan. Sememangnya sejak merdeka, Kerajaan telah menjadikan bidang pendidikan sebagai agenda utama negara. Kerajaan juga menyedari pelaburan dalam bidang ini adalah prasyarat kepada sebuah negara yang makmur dan pembangunan rakyat yang sejahtera. Lalu, setiap tahun menyaksikan peruntukan besar dan kali ini 21 peratus daripada keseluruhan bajet. Namun, didapati hasil yang diperolehi tidak setara dengan pelaburan yang telah dibuat. Maka, pada 11 September lepas, Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran telah melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 bagi memastikan sistem pendidikan negara akan mampu mengoptimumkan potensi setiap anak Malaysia.
2. Bagi Bajet 2013, sebanyak 38.7 bilion ringgit telah diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran meliputi peruntukan mengurus dan pembangunan.
3. Berbicara tentang itu, langkah meningkat upaya kompetensi dan kualiti guru merupakan prasyarat kritikal yang menunjang kejayaan sistem pendidikan negara. Oleh itu, bagi menjana mula prakarsa ini, di samping 38.7 bilion ringgit peruntukan kepada Kementerian Pelajaran bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan, Kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan sebanyak 500 juta ringgit bagi meningkatkan kemahiran guru dalam pengajaran subjek-subjek teras, yakni Bahasa Kebangsaan, bahasa Inggeris, sains dan matematik melalui pendekatan Higher Order Thinking Skills. Peruntukan ini juga merangkumi penubuhan Unit Pelaksanaan Pendidikan atau Education Delivery Unit bagi memantau dan menilai keberkesanan pelaksanaan transformasi pelan tersebut.
Tuan Yang di-Pertua,
4. Pada pembentangan Bajet 2012, Kerajaan telah menyediakan sebanyak 1 bilion ringgit di bawah Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik-pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan. Untuk meneruskan komitmen Kerajaan, sukacita saya mengumumkan tambahan 1 bilion ringgit lagi kepada Tabung khas ini. Daripada jumlah ini, 400 juta ringgit akan disalurkan kepada Sekolah Kebangsaan, 100 juta ringgit kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, 100 juta ringgit Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, 100 juta ringgit Sekolah Mubaligh, 100 juta ringgit Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, 100 juta ringgit Sekolah Berasrama Penuh dan 100 juta ringgit kepada Maktab Rendah Sains MARA.
Memperkukuh Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Tuan Yang di-Pertua,
5. Melangkah ke ruang pendidikan awal kanak-kanak, kualiti pendidikan prasekolah amat penting sebagai platform melengkapkan kanak-kanak dengan pendidikan asas. Untuk ini, sebanyak 1.2 bilion ringgit disediakan bagi tujuan pendidikan prasekolah termasuk kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Pelajaran, PERMATA dan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional. Sebagai tambahan, sebanyak 380 juta ringgit disediakan di bawah Kementerian Pelajaran untuk penempatan guru prasekolah.
6. Berhubung perkhidmatan taska dan pusat jagaan kanak-kanak yang berkualiti pula, demi memastikan kanak-kanak mendapat penjagaan sempurna di samping membangunkan perkembangan minda yang positif, Kerajaan mencadangkan insentif-insentif berikut:
Pertama: Geran pelancaran 10 ribu ringgit kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak swasta untuk membantu mereka membuka taska baru yang berkualiti. Dianggarkan 1,000 ECCE swasta baru akan mendapat manfaat;
Kedua: Potongan cukai 2 kali ke atas elaun atau subsidi yang diberi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan taska dan pusat jagaan kanak-kanak akan diberi kepada majikan;
Ketiga: Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 5 tahun dan elaun bangunan industri pada kadar 10 peratus setahun diberi kepada pengusaha taska dan pusat jagaan kanak-kanak swasta; dan
Keempat : Pengecualian cukai pendapatan untuk tempoh 5 tahun dan elaun bangunan industri pada kadar 10 peratus setahun kepada pengusaha pra-sekolah swasta.
7. Pada masa ini, kita dapati ramai kanak-kanak kurang upaya dari keluarga berpendapatan rendah yang tidak mendapat pendidikan awal kerana kekurangan TASKA OKU. Untuk ini Kerajaan akan melaksanakan projek perintis TASKA OKU bagi 6 kategori kanak-kanak OKU yang merangkumi down syndrome, autisme, penglihatan, pekak dan bisu, fizikal dan OKU masalah pembelajaran.
Latihan Dan Kemahiran
8. Berganjak kepada soal modal insan, yang berpengetahuan, kreatif dan inovatif, program latihan akan dibentuk untuk mengasah kemahiran baru selaras dengan keperluan industri masa depan ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dan maju. Bagi tujuan ini, pada tahun 2013, sejumlah 3.7 bilion ringgit akan disediakan untuk melatih pelajar dalam bidang teknikal dan vokasional.
9. Setiap tahun hampir 180 ribu graduan berkelulusan diploma dan sarjana muda menamatkan pengajian daripada institusi pengajian tinggi. Untuk membantu mereka yang masih menganggur, maka Kerajaan akan melancarkan Graduate Employability Blueprint pada penghujung tahun 2012. Rangka kerja ini akan memberi tumpuan untuk memperkukuh kebolehpasaran graduan. Dalam hal ini, Kerajaan akan menubuhkan Graduate Employability Taskforce dengan peruntukan 200 juta ringgit.
10. Kerajaan telah melaksanakan Program Skim Latihan 1Malaysia atau dikenali sebagai SL1M yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan melalui latihan soft-skills dan on-job-training di syarikat swasta melalui galakan potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan oleh pihak syarikat. Galakan ini telah diberi mulai 1 Jun 2012 sehingga tahun 2016.
11. Kerajaan juga memperuntukkan 440 juta ringgit kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran bagi memberi pinjaman kepada pelatih untuk menjalani latihan kemahiran. Langkah ini akan dapat memanfaatkan hampir 40 ribu pelatih di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia tahap 1 hingga 5. Kerajaan juga memperuntukkan 366 juta ringgit bagi menaik taraf serta pembelian peralatan Institut Latihan Perindustrian dan Institut Kemahiran Belia Negara.
12. Pelbagai program latihan kemahiran akan dilaksanakan selaras dengan matlamat mentransformasikan industri utama negara berteras kepada teknologi tinggi, berinovatif serta berpendapatan tinggi. Ke arah ini, tumpuan akan diberi bagi melahirkan tenaga kerja profesional dan berbakat di dalam industri terpilih termasuk industri minyak dan gas, perkapalan, ICT, kreatif serta bioteknologi. Bagi tahun 2013, dijangka seramai 5,000 pelatih akan menyertainya. Di samping itu, Petronas akan menggunakan kemudahan Institut Kemahiran Belia Negara di Pengerang, Johor untuk melatih seramai 300 orang belia menjelang akhir tahun ini dalam bidang minyak dan gas bagi memenuhi keperluan projek RAPID.
13. Kerajaan sedar tentang pelajar miskin masyarakat India, terutamanya dari estet-estet yang tidak memperolehi keputusan yang baik dalam peperiksaan dan tidak berpeluang untuk mendapat pekerjaan. Selaras dengan itu, Kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak 50 juta ringgit untuk melatih 3,200 pelajar masyarakat India bagi memperlengkapkan mereka dengan kemahiran, selaras permintaan pasaran. Latihan ini akan dikendalikan oleh Institut Latihan Perindustrian dan kolej-kolej di bawah Skim Latihan Dual Nasional.
14. Bagi memastikan golongan pekerja swasta adalah sentiasa sihat dan produktif dalam menyumbang kepada pembangunan syarikat dan ekonomi negara, aspek kesihatan mesti diberi keutamaan. Untuk ini, PERKESO akan menyediakan peruntukan sebanyak 200 juta ringgit bagi membolehkan ahlinya seramai 1.4 juta orang menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma di hospital Kerajaan atau klinik panel PERKESO. Pemeriksaan kesihatan ini bertujuan untuk mengesan penyakit tidak berjangkit, kepada semua pekerja yang berumur antara 40 hingga 55 tahun.
PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN
KETIKA MEMBENTANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (2013)
DI DEWAN RAKYAT
PADA JUMAAT, 28 SEPTEMBER 2012
“MEMAKMUR NEGARA, MENSEJAHTERA RAKYAT:
SEBUAH JANJI DITEPATI”
Muat turun di sini: ucapan-bajet-2013-28-september-2012
Jam 3.30 petang ini, Bajet 2013 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak.
Teks Ucapan Bajet 2013 boleh diperolehi oleh orang ramai pada 28 September 2012 jam 5.30 petang di Lobi, Blok Tengah, Kementerian Kewangan, Presint 2, Putrajaya.
Teks Ucapan Bajet 2013 dan Lampiran boleh dimuat turun melalui Laman Rasmi Bajet 2013 http://www.treasury.gov.my pada jam 6.00 petang. Teks ini juga boleh dimuat turun melalui laman web agensi-agensi Kementerian Kewangan seperti berikut:
![]() |
Jabatan Kastam Di Raja Malaysia www.customs.gov.my |
![]() |
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia www.hasil.gov.my |
![]() |
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia www.sc.com.my |
![]() |
Bank Negara Malaysia www.bnm.gov.my |
Laporan Ekonomi 2012/2013 boleh dimuat turun melalui Laman Rasmi Bajet 2013 pada 28 September 2012 sejurus selepas YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Haji Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan membentangkan ucapan.
Buku Laporan Ekonomi 2012/2013 boleh dibeli dengan harga RM55.00 pada 28 September 2012 bermula jam 5.00 petang di Lobi Kementerian Kewangan Malaysia, Kedai PNMB Putrajaya, No 72, Jalan Diplomatik, Presint 15 (Presint Diplomatik), 62050 Putrajaya, Tel: 03-88811970 dan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB), Jalan Chan Sow Lin, 50554 Kuala Lumpur, Tel: 03-92366888 atau layari laman web http://www.printnasional.com.my untuk maklumat lanjut.
Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013 boleh dimuat turun melalui Laman Rasmi Bajet 2013 pada 28 September 2012 sejurus selepas YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan membentangkan ucapan.
Ucapan Bajet 2013 juga boleh diikuti melalui saluran media berikut:
Saluran Video
Saluran Radio
*** Saluran Media ini hanya boleh diikuti dengan menggunakan pelayar Mozilla Firefox sahaja
Kandungan Laman Rasmi Bajet 2013 juga boleh dilayari melalui peranti mudah alih dengan menaip alamat URL seperti berikut: http://www.treasury.gov.my/bajetmobile
Perisian-perisian berikut adalah perlu untuk membaca teks ucapan dan laporan ekonomi dan juga mengikuti secara langsung Ucapan Bajet 2013.
IPOH: Sektor pendidikan menjadi fokus utama Bajet 2013 yang bakal dibentang pada 28 September ini, bertujuan memangkin pelaksanaan program transformasi pendidikan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Beliau berkata, ini kerana sektor pendidikan memainkan peranan penting dalamusaha mempertingkat ekonomi negara.
“Perubahan dari segi ekonomi memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang berbeza pada masa sekarang dan akan datang,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Pemimpin Bersama Rakyat Parlimen Tambun sempena Persidangan Perwakilan Umno bahagian itu pada Sabtu.
Dalam Belanjawan 2012, sektor pendidikan mendapat peruntukan terbesar iaitu RM50.02 bilion.
Ahmad Husni juga berkata, dalam penyediaan bajet, perbincangan akan diadakan dengan setiap kementerian, dan peruntukan ditentukan berasaskan kepada kedudukankewangan negara.
“Ada kementerian yang kurang sedikit (daripada kementerian lain) kerana kita lihat keutamaan mana yang harus kita bagi dalam Bajet 2013,” katanya.
Beliau berkata, fokus juga akan diberi terhadap usaha memperkukuh BidangKeberhasilan Utama Negara (NKRA) yang ditetapkan kerajaan.
“Dari segi peruntukan pembangunan pula, kita telah mengadakan satu model yang berbeza daripada negara lain, malah negara lain sedang berusaha ke arah itu.
“Kita ada peruntukan untuk pembangunan tetapi kita telah memperkenalkan perkongsian awam-swasta di mana sektor swasta akan membiayai sebahagian besardaripada perbelanjaan,” katanya.
Ahmad Husni berkata, selain fokus terhadap NKRA dan Program Transformasi Ekonomi (ETP), Bajet 2013 akan menjaga kepentingan masyarakat dalam keadaan kedudukan ekonomi dunia yang tidak begitu stabil. – BERNAMA
Bonus: Tunggu Bajet 2013, kata KSN
PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa enggan mengulas mengenai pemberian bonus kepada penjawat awam dalam Bajet 2013 yang dijadual dibentangkan 28 September nanti, sebaliknya meminta semua pihak menunggu hari pembentangan tersebut.
“Kita tunggulah 28 haribulan ni. Saya rasa setiap bajet memang bajet terbaik. Kita tunggu saja pada hari bajet nanti,” katanya mengenai jangkaan terhadap bajet tersebut kepada pemberita selepas melawat Wisma Putra di sini hari ini.
Ali diminta mengulas mengenai permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk diberi bonus dua bulan gaji dalam bajet berkenaan.
Mengenai lawatan itu, Ali berkata, ia sebahagian daripada aktiviti ‘turun padang’ yang dipraktikkannya dalam usaha untuk mendekati pegawai kerajaan serta mengambil berat mengenai kebajikan mereka.
“Saya sangat berpuas hati dengan apa yang dilakukan di Wisma Putra. Saya rasa pegawai di sini berkaliber dan mempunyai pengalaman yang luas dari segi hubungan diplomatik dan menjalankan tugas-tugas mereka dengan cemerlang,” katanya. – Bernama