Banjir: Enam sekolah di Sarawak masih ditutup – Bernama


Banjir: Enam sekolah di Sarawak masih ditutup
6 Januari 2014
  • banjirGambar hiasan
< 1 / 1 >

KUCHING – Sebanyak enam buah sekolah di Sarawak masih ditutup akibat banjir, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Fatimah Abdullah.

Sekolah berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pegaging Subis, Miri; SK Kampung Klid/Plajau, Dalat; SK Nanga Nirok, Kanowit; SK Nanga Bon, SK Ulu Sungai Sengan dan SK Sungai Salim, Sibu.

“Sekolah-sekolah tersebut perlu ditutup sementara sehingga Jabatan Pendidikan memaklumkan untuk dibuka semula,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran Evolusi Seni Jahitan Kreatif 2014 dan ‘Business Matching’ peringkat negeri, di sini, hari ini.

Beliau juga berkata semua murid yang terjejas akan diwajib mengikuti persekolahan ganti apabila sekolah kembali dibuka. – Bernama