Didik pelajar menabung – Metro


Didik pelajar menabung

 0  0 Google +0  0  0

Oleh Nor Adila Ab Kadir

Seremban: Gerai pameran Bank Simpanan Nasional (BSN) di Festival Pendidikan Hari Guru di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, dekat sini, menjadi tarikan pengunjung terutama pelajar sekolah dengan kehadiran maskot Ally dan Amy yang mencuri perhatian ramai untuk bergambar.

Keletah Ally dan Amy membuatkan gerai pameran BSN dikerumuni pengunjung bukan saja untuk bergambar, malah tertarik dengan produk dipromosikan.
Pada festival diadakan sejak 14 Mei hingga 19 Mei ini, gerai pameran BSN memperkenalkan beberapa produk kepada orang ramai khususnya untuk pelajar dan guru antaranya, Sijil Simpanan Primium (SSP), Teacher Card, Pinjaman Peribadi dan Kelab Penabung Muda (KPM).

 

Pelajar, Harith Hisham, 12, berkata, dia teruja bertemu maskot BSN itu dan tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan.
“Saya sangat seronok dapat bersalam dan bergambar dengan Ally dan Amy yang sebelum ini hanya dilihat di televisyen dan tidak sangka hari ini (semalam) saya bertemu mereka berdua.
“Selain itu, saya tertarik dengan produk KPM yang ditawarkan BSN kerana bukan saja dapat mengumpul wang, malah berpeluang memenangi hadiah menarik,” katanya. Guru, Rozita Mustafa, 47, berkata, kehadiran maskot Ally dan Amy menarik perhatian pelajar di samping dapat memperkenalkan kepada mereka budaya menabung.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/17

Tempoh mohon program matrikulasi dilanjut sehingga 30 November – Bernama


Tempoh mohon program matrikulasi dilanjut sehingga 30 November

 

PUTRAJAYA 5 Okt. – Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran melanjutkan tarikh permohonan program matrikulasi sesi 2013/2014 yang sepatutnya berakhir Rabu depan kepada 30 November ini.

Kementerian Pelajaran dalam kenyataan hari ini, berkata pendaftaran melalui laman sesawang http://www.moe.gov.my itu dibuka kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia 2012 dengan membeli nombor pengenalan individu yang berharga RM6 di cawangan Bank Simpanan Nasional, bagi permohonan melalui Internet.

Untuk sebarang pertanyaan mereka boleh menghubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi di 03-8884 4036/4040 dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja. – BERNAMA

PEMAKLUMAN PEMBAYARAN HADIAH BIASISWA SUKAN PENERIMA TERTANGGUNG TAHUN 2012


PEMAKLUMAN PEMBAYARAN HADIAH BIASISWA SUKAN PENERIMA TERTANGGUNG TAHUN 2012

 

Bahagian ini telah membuat bayaran Biasiswa Sukan secara elektronik melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada Penerima Tertanggung bagi tahun 2012. Berikut adalah maklumat terperinci :-
• Nama Bank : Jabatan Khidmat Bayaran, Bank Simpanan Nasional (BSN HQ)
• Nama Organisasi : Jabatan Pendidikan Jasmani & Sukan, KPM
• Tarikh Bayaran : 12.07.2012
• No.Siri : A10000022575