40 pelajar dan guru terselamat, bas dinaiki terbabas – Utusan


40 pelajar dan guru terselamat, bas dinaiki terbabas

 

SEREMBAN 11 Nov. – Sebanyak 40 orang guru dan murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Tamil Ladang Serkam, Merlimau, Melaka berdepan saat-saat mencemaskan apabila bas yang dinaiki terbabas sebelum terbalik di susur masuk ke Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menghala ke Seremban di sini awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi itu menyebabkan seorang guru dan 18 murid yang dalam perjalanan pulang daripada menyertai rombongan sekolah dari Alor Setar, Kedah cedera ringan.

Kesemua murid yang cedera ringan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Tuanku Ja’afar dekat sini manakala guru berusia 33 tahun itu menerima rawatan di hospital yang sama ekoran mengalami kecederaan belakang akibat kemalangan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131111/je_17/40-pelajar-dan-guru-terselamat-bas-dinaiki-terbabas#ixzz2kOEho6zN
© Utusan Melayu (M) Bhd