Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia di SK Mempagar, Beaufort Sabah
Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia telah diadakan dengan jayanya di SK Mempagar, Beaufort Sabah pada 2 Julai. Pada hari tersebut pelbagai program dijalankan seawal jam 6.30 pagi. Didahului ucapan perasmian oleh Guru Besar SK Mempagar, Encik Tajudin Hj. Asari sebelum bermulanya acara larian tepat jam 7.45 pagi.
Antara program yang dijalankan ialah senam aerobik, tarian poco-poco bersama ibubapa, guru dan murid, dan acara kemuncak larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia tepat jam 7.45 pagi.
Berakhirnya acara larian, perlawanan bola sepak antara guru lelaki dan bapa murid serta perlawanan bola jaring antara guru perempuan dan ibu murid dijalankan serentak. Menjelang jam 9.30 pagi, murid bermain permainan mengikut kumpulan sukan masing-masing seperti badminton, bola jaring, bola sepak, dan bola baling.
Hadiah perlawanan bola sepak dan bola jaring telah disampaikan oleh Guru Besar SK Mempagar.