Remaja Lelaki Hilang Selepas Balik Dari Kelas Gim – mStar


Remaja Lelaki Hilang Selepas Balik Dari Kelas Gim

Oleh YUEN MEIKENG

KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu selepas tidak pulang ke rumahnya dari kelas gim.

M. Jethendran, 16, kali terakhir menghubungi ibunya pada pukul 3.45 petang memberitahu dia akan balik ke rumah di Sri Petaling di sini menggunakan teksi dari gimnasium di Taman Desa.

Sejam kemudian, dia tidak muncul-muncul dan panggilan ke telefon bimbitnya tidak berjawab.

Bapanya, R. Mahadhevan, seorang mekanik berusia 49 tahun yang ditemui pada sidang media anjuran MIC pada Isnin memberitahu anaknya menggunakan perkhidmatan teksi pergi dan balik dari kelas gim sejak beberapa bulan lalu.

Mahadhevan berkata, sebelum ini dia akan menghantar Jethendran ke kelas tetapi mahu anaknya itu belajar berdikari.

Layari Facebook lebih 3 jam jejas mental – Berita Harian


Layari Facebook lebih 3 jam jejas mental

2012/11/12 – 04:45:10 AMCetakEmel Kawan
Kuching: Pelajar yang menggunakan cuti sekolah untuk melayari laman sosial Facebook selama tiga hingga tujuh jam sehari dibimbangi mengidap kemurungan pada masa depan.

Risiko kemurungan membabitkan kesihatan mental berlaku kerana kurang pergaulan sosial, justeru, apabila tiba masa berdikari, golongan terbabit berdepan masalah menyerap tekanan ketika bekerja akibat kelemahan menguasai keadaan sekeliling, iaitu ‘copy skills’.

Pengarah Hospital Sentosa, Dr Lau Kim Kah, berkata bagi mengelak keadaan itu, ibu bapa perlu menggalakkan anak mereka keluar bersosial secara sihat khususnya ketika musim sekolah, supaya kemahiran menguasai tekanan dapat dipelajari.

Kemahiran murid

“Apa yang dimaksudkan dengan copy skills adalah kemahiran murid meniru atau belajar daripada persekitarannya dalam memahami masalah dan menyerap tekanan.

“Kegagalan mempelajari kemahiran dalam situasi bukan formal akan menyebabkan golongan terbabit berdepan risiko mengidap kemurungan, sekali gus mengalami masalah mental,” katanya ketika ditemui BH sempena majlis perasmian hari terbuka dan jualan amal Hospital Sentosa, di sini, semalam.

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 menunjukkan hampir 340,000 penduduk negara ini atau 1.8 peratus menghadapi kemurungan, manakala penyakit keresahan adalah 1.7 peratus.
Tahap kemurungan didapati lebih tinggi membabitkan 2.5 peratus dalam kalangan usia 16 hingga 24 tahun dan kedua tertinggi membabitkan penduduk berumur 65 tahun ke atas.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Chin Zin Hing, berkata pihaknya menghadapi cabaran besar meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap tanggapan menyamakan maksud kesihatan mental dan penyakit mental.

“Kesihatan mental adalah membabitkan semua ahli masyarakat berbeza manakala penyakit mental cuma membabitkan individu tertentu saja,” katanya.

INFO: Risiko kemurungan

  • Pelajar melayari laman sosial facebook selama tiga hingga tujuh jam sehari dibimbangi mengidap kemurungan pada masa depan.
  • Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 menunjukkan hampir 340,000 penduduk negara ini atau 1.8 peratus menghadapi kemurungan.