Anggota polis maut dihentak batu – Metro


Anggota polis maut dihentak batu

 865  6 Google +0  0  0

MELAKA: Seorang anggota polis maut dihentak batu di mukanya oleh seorang penjenayah yang cuba melarikan diri dalam Ops Lejang di Taman Teknologi Cheng di sini, kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Difahamkan, mangsa, Korperal Zal Azri Abdul Somad, 31, sebelum itu menyerbu sebuah kilang besi buruk di kawasan berkenaan selepas memperoleh maklumat mengenai tiga suspek cuba mencuri di premis terbabit.

Ketika pemeriksaan dijalankan, seorang daripada suspek dipercayai berusia 17 tahun cuba melarikan diri dengan keluar daripada premis berkenaan.

Mangsa yang cuba mengejar sejauh kira-kira 25 meter kemudian dihentak suspek menggunakan batu di muka lalu meninggal dunia di tempat kejadian.

FotoPOLIS memeriksa tempat kejadian. FOTO Rasul Samad

Suspek bagaimanapun berjaya ditahan di sekitar Krubong dua jam kemudian dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/23

Tak tidur lena sejak anak hilang – Kosmo


Tak tidur lena sejak anak hilang

 

 

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
norlida.idros@kosmo.com.my

 

JOHNSON bersama isterinya, Saraswathy menunjukkan gambar Vikneswary yang tidak pulang ke rumah di Alor Setar semalam.

 

ALOR SETAR – Seorang bapa tidak dapat tidur lena memikirkan keselamatan anak gadisnya berusia 15 tahun yang menghilangkan diri sejak 11 hari lalu dengan alasan untuk berdikari.

Menurut M. Johnson, 46, dia amat bimbangkan keselamatan J. Vikneswary sejak dia keluar dari rumah di Taman Bersatu, Jitra dekat sini pada 10 Julai lalu.

“Saya merayu kepada Vikneswary agar segera pulang kerana saya amat bimbangkannya dan saya janji tidak akan memarahinya jika dia pulang ke rumah,” katanya ketika ditemui di pejabat Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) di sini kelmarin.

Turut hadir isterinya, M. Saraswathy, 30.

Johnson yang bekerja sebagai peniaga besi buruk memberitahu, anak perempuannya itu ada meninggalkan satu surat yang meminta keluarga tidak mencarinya kerana dia mahu bekerja dan belajar sendiri.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0722&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2Zj8ILkqM
Hakcipta terpelihara