PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) AMBILAN JUN 2012


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) AMBILAN JUN 2012

Permohonan kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) boleh dilakukan mulai 22 Mac 2012 iaitu sehari selepas keputusan SPM 2012 diumumkan. Untuk mengetahui cara-cara mendapatkan borang permohonan PISMP Ambilan Jun 2012, sila ikuti langkah-langkah seperti di bawah.

 

  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari lamansesawang Kementerian Pelajaran Malaysia (www.moe.gov.my) mulai 22 Mac 2012.
  2. Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor PengenalanIndividu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara mulai 22 Mac 2012 dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkat (SMS) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.
  3. Pemohon juga dinasihatkan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gredminimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  4. Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
  5. Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
  6. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Tarikh tutup permohonan: 5 April 2012