bukit katil
Murid tahun satu pendidikan khas teruja bersekolah – Utusan
Murid tahun satu pendidikan khas teruja bersekolah
MELAKA 2 Jan. – Setiap kali mulanya sesi persekolahan, pelbagai ragam terutama dalam kalangan murid tahun satu dapat dilihat malah ada kalanya mampu menimbulkan perasaan lucu kepada sesiapa sahaja yang melihat.
Ada antara mereka yang dilihat begitu bersahaja memulakan sesi persekolahan namun tidak kurang juga yang keberatan meninggalkan ibu bapa masing-masing sehingga terpaksa dipujuk beberapa jam.
Tinjauan Utusan Malaysia di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Demang Husin, Bukit Katil di sini, menyaksikan sebanyak 195 orang murid tahun satu termasuk enam murid pendidikan khas memulakan sesi persekolahan hari ini.
Sama seperti murid normal, enam murid pendidikan khas termasuk seorang yang berusia 10 tahun tidak senang duduk ketika ditinggalkan ibu bapa kepada guru kelas masing-masing.
…
Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini… Mudah dan murah
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130103/dn_11/Murid-tahun-satu-pendidikan-khas-teruja-bersekolah#ixzz2GsQJa4xI
© Utusan Melayu (M) Bhd
Ali Rustam: Jangan biar anak tidak belajar di rumah – Bernama
Ali Rustam: Jangan biar anak tidak belajar di rumah
MELAKA – Ibu bapa perlu proaktif memantau pembelajaran anak semasa di rumah jika mahu mereka menjadi seorang yang berjaya pada masa hadapan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Beliau menasihati ibu bapa tidak membiarkan guru sahaja mendidik anak, sebaliknya mereka perlu sokong dan datang ke sekolah untuk libatkan diri dalam kegiatan seperti sukaneka atau aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
“Bila anak-anak habis sekolah kena tanya apa dia belajar di sekolah, kena ‘check’ kerja sekolah dia, jangan biar sahaja anak kita main sahaja tak belajar di rumah,” katanya kepada Bernama hari ini.
Terdahulu, beliau mengadakan lawatan kira-kira sejam di Sekolah Kebangsaan Datuk Demang Hussin, Bukit Katil di sini bagi meninjau sesi baharu persekolahan di sekolah itu.
Kira-kira 200 pelajar tahun satu memulakan persekolahan mereka di sekolah itu hari ini. – Bernama
Pulang selepas 3 bulan hilang – Metro
KUANTAN: Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang dilapor hilang dari dari rumahnya di Taman Saujana Bukit Katil, Melaka, sejak sejak 21 Ogos lalu, pulang ke pangkuan keluarganya selepas berita kehilangannya disiarkan akhbar Metro Ahad, kelmarin.
Bapa remaja itu, Dzuliloniny Abu Samah, 54, berkata, anaknya Khadijah yang juga pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bau, Melaka pulang ke rumah neneknya di Balok, di sini, kira-kira jam 7 pagi semalam, selepas kira-kira tiga bulan menghilangkan diri dipercayai mengikut teman lelakinya berusia lingkungan 20 tahun yang menetap di Felda Neram, Kemaman, Terengganu.
Dzuliloniny yang bekerja sebagai pembantu perangkaan di Melaka, berkata dia berterima kasih kepada akhbar ini kerana dengan bantuan itu, Khadijah yang lebih mesra dipanggil ‘adik’ akhirnya pulang ke pangkuan keluarganya hanya selepas sehari berita itu disiarkan.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/09
Mangsa petir: Dipercayai tidak pakai kasut – Sinar Harian
Mangsa petir: Dipercayai tidak pakai kasut
11 April 2012

BUKIT KATIL – “Sebahagian besar yang terkena renjatan itu disebabkan tidak memakai kasut,” kata Muhammad Farhan Aswad, 16.
Muhammad Farhan merupakan salah seorang peserta perkhemahan di Kem Pengakap Tan Chay Yan, Pengkalan Badak, di sini yang menyaksikan 15 peserta terkena renjatan panahan petir, Ahad lalu.
Dia yang merupakan salah seorang peserta perkhema-han Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) menceritakan detik cemas kejadian kepada Sinar Harian, di sini semalam.
“Masa itu, bunyi dentu-man petir bertalu-talu, manakala hujan sangat lebat. Saya lihat beberapa batang pokok turut tumbang,” katanya.
Dia yang mewakili Sekolah Kebangsaan Dato’ Dol Said, Alor Gajah berkata, khemahnya terletak bersebelahan tempat kejadian dengan jarak tidak sampai 10 meter.
“Ketika itu, kami baru sahaja selesai pasang khemah. Kebanyakan peserta berada dalam khemah dan sebaik menyedari hujan lebat, diselangi bunyi petir sangat kuat, kami diarahkan kem komandan supaya berlindung di surau kawasan perkhemahan.
“Saya difahamkan, kebanyakan peserta yang terkena renjatan disebabkan mereka tidak memakai kasut,” katanya.
Sementara itu, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka, Rohazam Yahya berkata, pihaknya sudah mengambil langkah keselamatan termasuk arahan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam supaya mengurangkan bilangan pokok besar yang boleh mendatangkan risiko tumbang.
“Sehingga kini kita masih meneruskan kerja pemulihan atas kerosakan berlaku.
“Kita juga sedang mengenalpasti pokok besar untuk ditebang bagi mengelak kejadian tidak diingini seperti ribut petir berulang semula,” katanya.
Menurut Rohazam, pihaknya juga akan mengarahkan pihak penganjur perkhemahan agar mengikuti segala peraturan ditetapkan terutama arahan untuk masuk ke dalam dewan disediakan apabila berlaku kejadian hujan lebat.
Tinjauan Sinar Harian di tapak perkhemahan juga mendapati lokasi berlakunya kejadian 15 pelajar Sekolah Menengah St Francis, Banda Hilir disambar petir telah dibersihkan.
Manakala, kesemua baki 16 peserta sekolah berkenaan menarik diri dari program yang sepatutnya berakhir Sabtu ini atas arahan pihak sekolah masing-masing.
15 pelajar berkhemah dipanah petir – Kosmo
15 pelajar berkhemah dipanah petir
zulsham@kosmo.com.my
![]() MOHD. ALI melawat pelajar yang dipanah petir dalam kejadian ribut di Bukit Katil, Melaka semalam.
|
MELAKA – Seramai 15 pelajar lelaki yang sedang mengikuti program perkhemahan di Kem Pengakap Bukit Katil di sini cedera disambar petir ketika berteduh di bawah khemah masing-masing sewaktu hujan lebat semalam.
Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu, pelajar yang menganggotai Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) dari Sekolah Menengah St. Francis, Bandar Hilir berusia 15 hingga 17 tahun tersebut menerima rawatan di jabatan kecemasan, Hospital Melaka.
Difahamkan, sebelum kejadian, semua pelajar yang berjumlah 584 orang dari sekolah seluruh negeri Melaka sedang menjalani sesi perkhemahan di kawasan terbabit sebelum hujan lebat dan petir berlaku.
Seorang mangsa, Mohd. Faisal Othman, 15, berkata, ketika kejadian dia dan rakan yang lain diarah masuk ke dalam khemah yang menempatkan enam pelajar lain kerana hujan lebat.