Bangun ulang kaji jam 4 pagi – Metro


Bangun ulang kaji jam 4 pagi

 0  0 Google +0  0  0

Johor Bahru: Anak seorang buruh di Singapura, Loh Sok Cheng, 20, muncul antara 72 pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 diumumkan semalam apabila meraih Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan (P) Sultan Ibrahim di sini, dalam aliran sains itu memperoleh semua A dalam mata pelajaran Pengajian Am, Matematik, Kimia dan Biologi.
Anak bongsu daripada empat beradik itu berkata, dia tidak pernah meletakkan harapan tinggi untuk meraih keputusan cemerlang itu.

 

“Mata pelajaran paling saya takuti ialah Pengajian Am kerana tidak pernah meraih A, paling tinggi A-. Namun, saya bersyukur kali ini tuah berpihak kepada saya apabila lulus cemerlang untuk semua mata pelajaran.
“Saya tidak pernah belajar berkumpulan dan lebih suka mengulang kaji bersendirian dengan meluangkan masa dua hingga tiga jam selepas waktu persekolahan.
“Selain itu, pada hari peperiksaan, saya akan bangun seawal jam 4 pagi untuk mengulang kaji dan membuat semakan akhir sebelum masuk ke dewan peperiksaan,” katanya ketika ditemui di sekolahnya, semalam.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/19

Rogol: Buruh berdepan penjara 20 tahun – Sinar Harian


Rogol: Buruh berdepan penjara 20 tahun

WARTAWAN SINAR HARIAN
30 November 2012
Rogol
Tertuduh keluar dari mahkamah selepas menafikan tuduhan merogol seorang gadis, 20 November lalu.

KOTA BHARU – Seorang buruh berdepan penjara sehingga 20 tahun selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan rogol.

Pemuda berusia 21 tahun itu dituduh merogol seorang remaja berusia 15 tahun sembilan bulan, minggu lalu.

Muhamad Lukman Mohd Fouzi,20, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Beta Hilir di sini, jam 1 pagi, 20 November lalu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ahmad Salam Yusuf.

Pada prosiding semalam, tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Susulan itu, Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menetapkan sebutan semula pada 31 Disember depan. Jamin terhadapnya tidak dibenarkan.

JKM siasat dakwaan pelajar jadi ‘buruh’ – Metro


JKM siasat dakwaan pelajar jadi ‘buruh’

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan melakukan siasatan terhadap dakwaan terdapat pelajar sebuah pusat tahfiz di Kedah dipergunakan untuk bekerja atau menjadi buruh di ladang kelapa sawit milik pengasasnya.

Ketua Pengarahnya, Hadzir Md Zain (gambar) berkata, kanak-kanak bawah usia 18 tahun dilindungi Akta Kanak-kanak 2001 yang tidak membolehkan mereka menjadi buruh dan siasatan akan dilakukan terhadap pihak terbabit seperti didakwa.
“Jika mendapat laporan daripada orang ramai, kita akan menyiasat segera mengikut maklumat diterima. Justeru, saya minta orang ramai memberikan maklumat yang boleh disalurkan melalui talian Nur termasuk dalam isu menjadikan kanak-kanak sebagai buruh.

 

“Jika perlu didakwa pihak terbabit, kita akan buat pendakwaan terhadap mereka,” katanya.

Penstrukturan semula SBPA diharap tidak jejaskan swasta – Bernama


Penstrukturan semula SBPA diharap tidak jejaskan swasta

29/12/2011 6:04pm

 

KUALA LUMPUR 29 Dis. — Penstrukturan semula Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diharap tidak akan menjejaskan pertumbuhan sektor swasta yang memacu ekonomi negara, kata Institute for Democracy Economic Affairs (Ideas) hari ini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini, Ideas berkata penstrukturan semula SBPA akan memberi kesan kepada keseluruhan aspek ekonomi seperti pergerakan buruh dan modal, pendidikan, kadar inflasi, kitaran perniagaan, serta kadar gaji dan upah di sektor swasta.

“Apa-apa semakan terhadap SBPA mestilah memberi lebih banyak ruang kepada sektor swasta menjana pertumbuhan ekonomi. Ini kerana kekayaan negara dijana oleh sektor swasta manakala sektor awam sekadar membelanjakan kekayaan tersebut.

“Dalam usaha membangunkan ekonomi, kita mesti pastikan mereka yang berbelanja tidak melebihi mereka yang mencipta kekayaan dan skim baru seperti SBPA perlu mengambil kira hal ini,” kata Eksekutif Kanan Ideas, Medecci Lineil.

Sehubungan itu, beliau berkata SBPA mestilah bermatlamat untuk mewujudkan perkhidmatan awam yang benar-benar sesuai dengan suasana ekonomi yang semakin liberal dan kompleks dan apa juga perubahan haruslah melambangkan semangat liberalisasi ekonomi yang ada dalam Model Ekonomi Baru (NEM). — BERNAMA