Calon tunggal – Metro


Calon tunggal

 0  1 Google +1  0  0

Pekan: “Saya yakin boleh lulus, cuma risau subjek Bahasa Cina,” kata Muhammad Hidayat Hafsham Baharim, satu-satunya murid yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yoke Hwa, Kuala Pahang, di sini, semalam.

Selain Muhammad Hidayat, 12, ada 14 murid lain berbangsa Melayu.
Walaupun menjadi satu-satunya murid menduduki peperiksaan diperhatikan tiga pengawas peperiksaan, Muhammad Hidayat kelihatan tenang sepanjang menjawab soalan peperiksaan.

 

Anak kelima daripada tujuh beradik ini berkata, walaupun di sekolahnya tidak ramai murid, ia bukan penghalang untuk mereka belajar seperti murid di sekolah lain.
“Dulu saya ada kawan ketika tahun satu, tetapi dia berpindah ke sekolah lain apabila kami memasuki tahun empat,” katanya.
Menurutnya, walaupun seorang sepanjang berada di tahun enam dia tetap seronok belajar walaupun sunyi dalam bilik darjah.

 

“Seronok sebab cikgu bagi tumpuan pada saya, sunyi sebab tidak ada kawan,” katanya.
Bapanya, Baharim Hashim, 45, berkata hanya Muhammad Hidayat dihantar belajar ke SJKC Yoke Hwa berbanding enam lagi anaknya.

 

“Dia sebelum ini tinggal dengan neneknya dan sekolah itu kebetulan dekat menyebabkan dia dihantar belajar di sana,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/11