‘Cikgu, jangan marah saya’ – Sinar Harian


‘Cikgu, jangan marah saya’
NORHASPIDA YATIM
30 Julai 2013
  • 'Cikgu, jangan marah saya'Siti Nooraini
< 1 / 2 >

KUALA TERENGGANU – “Cikgu, jangan marah saya, nama saya Noraini..kaki saya macam ni..” kata Siti Nooraini Abdullah, 5, sambil menunjukkan kedua-dua belah kakinya yang cacat itu apabila dimarahi gurunya jika tidak menyiapkan kerja sekolah.

Menurut gurunya, Haidatul Azila Johar, Siti Nooraini, tidak pernah kering gusi bercerita apabila diajukan soalan, dia antara kanak-kanak yang ceria di dalam kelas dan amat cerdas, walaupun dirinya dilahirkan serba kekurangan.

Kaki kirinya mengerekot, sebelah lagi mereput dan kudung sejak lahir manakala, lima jari tangan kanannya turut kudung sejak kecil.

“Walaupun tidak boleh berjalan, dia tak susahkanguru apabila hendak ke tandas, dia pandai urus diri sendiri, termasuk apabila buang air.

“Alhamdulillah, Nooraini budak pintar dan kita harap dia akan terus membesar dengan baik sehingga mencecah alam remaja dan dewasa nanti,” katanya ketika ditemui di Mydin Mall pada program membawa anak-anak yatim
dan kurang berkemampuan membeli persiapan Hari raya Aidilfitri.

Program itu dianjurkan warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun.

Nooraini juga tidak putus-putus menceritakan mengenai baju rayanya itu dan memilih warna hitam sebagai warna yang diminatinya.

Dia kelihatan cukup teruja apabila dibawa bersama 38 kanak-kanak lain dari Pra Sekolah Pendidikan Khas, Pendidikan Khas dan Sekolah Kebangsaan Sultan Omar membeli belah di Mydin Mall.

“Memandangkan keluarganya juga kurang berkemampuan, kadang-kadang apabila balik sekolah, saya sengaja bawa dia balik ke rumah memandangkan saya juga ada anak sebaya Siti Nooraini, tetapi hari Khamis dan Jumaat
saya biarkan dia pulang ke rumah neneknya,” katanya.

Ditanya mengenai keadaannya yang tidak seperti kanak-kanak lain dan terdapat kanak-kanak nakal sebayanya yang mengganggu dan mengejek dirinya, Nooraini yang kelihatan masih belum mengerti mengenai apa yang
dialaminya itu hanya mengangguk dan mengiakan sahaja.

“Fadhil, Haikal, Muiz..semua kawan baik Nooraini. Ada juga yang ejek, tetapi ramai kawan layan Nooraini dengan baik.

“Nooraini tinggal dengan tok dan Ummi, Ummi baik..,” katanya.

Cikgu, anda terlalu istimewa… – Sinar Harian


Cikgu, anda terlalu istimewa…

MUHAMAD MAT YAKIM
17 Mei 2013

SELAIN emak ayah, cikgu antara insan yang paling dekat dengan kita. Sepandai-pandai seorang menteri pun, yang mengajarnya kenal ABC  adalah cikgu walaupun cikgu itu sendiri  tidak sampai  jadi menteri . Siapa pun kita, tidak ada yang terlepas daripada jasa cikgu.

Tetapi dalam usia kita hari ini, sejauh mana kita masih mengingat cikgu-cikgu kita? Pernah kita sedia masa untuk ziarah mereka? Atau hubungi untuk bertanya khabar sekali sekala.

Sekadar mengucap “terima kasih” setiap 16 Mei pun sudah cukup untuk buat mereka berbesar hati.

Dalam usia ini, saya masih ingat nama semua cikgu saya. Bukan setakat nama, ada juga cerita-cerita yang masih tidak luput dari memori hampir 40 tahun ini.

Misalnya dalam usia enam tahun pada 1977, saya pernah beritahu emak “nak kahwin dengan Cikgu Fauziah” kerana tertarik dengan kecantikan cikgu tadika saya.  Harap anak-anak tidaklah mewarisi ‘bakat’ saya yang bercambah awal itu!

Masuk SK Mahang, hidup terasa lebih mempesonakan apabila melihat cikgu ‘amoi’ yang cantk terutama yang memakai skirt, pemandangan yang sangat luar biasa bagi anak kampung seperti saya pada zaman itu. Ada satu kisah daripada pengalaman ini yang masih kami bualkan setiap kali bertemu dengan rakan-rakan sekolah hingga sekarang.

Antara cikgu yang rapat dengan saya zaman sekolah rendah Cikgu K Murugiah, guru kelas darjah lima saya pada 1982. Dia banyak mengajar saya  mengenai keyakinan diri.

Tidak lupa juga Cikgu Robaie, Ustaz Md Zain, Philomena Chin, Goh Keat Bin, Yeap Hong Im, Ali Jinnah Shariff dan HM Malakar. Masih tidak ku lupa akan ‘goriab’ (cubitan perut hingga terangkat kaki) oleh Cikgu Md Hakim Pirun yang cukup glamour dengan Volkswagen kuningnya.

Masuk sekolah menengah di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, makin bertambah senarai pemiutang budi. Mereka antaranya Cikgu Om Ibrahim, Cikgu Hussin yang  saya tidak lupa misai  ala
Hitlernya, Cikgu Mohd Nor Azni  yang buka  saya ruang belajar jadi wartawan, Cikgu Hafiz Hussain pengasas Warta Kolej untuk saya dan kawan-kawan mengasah bakat selain Ustaz Othman Noh, penasihat majalah Darulaman semasa saya jadi ketua pengarang..

Paling istimewa Cikgu Kassim Saad, pengetua KSAH yang kami Kolejian sudah anggap seperti ayah sendiri, hingga sekarang.

Tidak lupa juga cikgu di kelas sebelah semasa saya di tingkatan enam, Cikgu Rogayah yang selalu mengusik “mengapa awak selalu tersilap kelas?” setiap kali terserempak saya di kelasnya. Masakan tidak kerana buah hati saya (yang sekarang isteri) ada di kelas itu!

Termasuk dalam kumpulan yang dihormati ini, Cikgu Jayamohan, guru biologi saya. Kata-katanya yang masih terpahat kukuh ialah “cikgu sendiri ada bulu yang banyak sekali …” sambil menunjukkan lengannya yang berbulu lebat.

Cikgu Jaya juga warden asrama kami. Suatu hari, di dewan makan, dia menegur mereka yang tergamak curi lauk rakan: “Ingatlah pada kawan-kawan yang lapar, mahu makan tiba-tiba dilihat seikan sudah hilang, seayam juga sudah hilang …”

Manakala mendapati ada sampah di  dorm ketika pemeriksaan pagi, dia pasti bertanya: “Di mana orang-orang penyapu?”

Demikianlah. Maaf, saya bukan mahu mengaibkan cikgu yang saya hormati ini tetapi mahu menunjukkan betapa saya masih ingat pada memori zaman sekolah yang sangat indah itu.

Ya, mengingati guru-guru kita, biasanya yang paling diingat adalah cikgu garang yang pernah menghukum kita. Dan bagi si cikgu garang, mereka juga tidak mudah lupa kepada si nakal yang kerap mereka hukum.

Pada zaman sekolah, saya termasuk dalam kumpulan itu (minta dijauhi anak-anak daripada mewarisi bakat yang ini juga). Setiap kali terkantoi, cikgu yang saya paling takut ialah Cikgu Omar Abdul (Allahyarham, Al Fatihah untuknya).

Dalam satu kes, dia bertanya kepada saya dan kawan-kawan, “Hangpa ndak aku yang handle kes hangpa atau cikgu lain?”

Dengan berterus terang, kami menjawab: “Kami ndak cikgu lain, cikgu!”

Masuk tingkatan enam, saya dilantik pengawas. Ketika membetulkan tali leher di dalam bilik pengawas pada hari pertama bertugas, guru disiplin, Cikgu Zainon Shafie yang sebelum itu entah berapa
kali pernah tangkap saya atas pelbagai kes menyapa: “Hang bertobat dah Mat?”

“Dah tobat cikgu!” Itu pada 1989.

Hanya baru beberapa bulan lepas, kawan baik saya, ketua pengawas masa itu, Amran Ahmad dedah rahsia: “Aku rekemen cikgu lantik hang (jadi pengawas) tujuannya untuk pulihkan hang. Hang
akhirnya insaf jugak!”

Itulah. Siapa pun kita, akhirnya kita jadi orang juga. Apa lagi kalau bukan kerana didikan dan kesabaran cikgu-cikgu kita. Selamat hari guru!

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Jun 2013


Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP)

Ambilan Jun 2013

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 MAC 2013 (11.59 MALAM)

Muat turun dalam bentuk pdf : 

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) AMBILAN JUN 2013

[new] Maklumat lanjut: http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/kplspm2013/index.cfm

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) seperti yang berikut:

  • 1.            KETERANGAN PROGRAM 

             Nama Program           :           Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

             Jenis Ijazah     :           Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian

Mod Kursus    :           Sepenuh Masa

  • 2.            STRUKTUR PROGRAM

2.1                          Program Persediaan Dua Belas (12) Bulan/Dua (2) Semester

2.2                          Program Ijazah Empat (4) Tahun/Lapan (8) Semester

  • 3.            SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS

3.1                          Warganegara Malaysia.

3.2                          Umur tidak melebihi 20 tahun pada  30 Jun 2013  iaitu  lahir  pada atau selepas  30 Jun 1993.

3.3                          Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.

3.4                          Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.

3.5                          Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran.

DAN 

 sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran yang berikut:

3.5.1       Bahasa Melayu;

3.5.2       Sejarah;

3.5.3       Satu (1) mata pelajaran yang lain;  serta

3.5.4       lulus Bahasa Inggeris.

3.6                          Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan).

  • 4.            PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN 

4.1                          Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

 4.1.1       Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.

4.1.2       Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Program Persediaan selama dua belas (12) bulan/dua (2) semester di institusi berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

4.1.3       Calon mesti LULUS Program Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat (4) tahun/lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

  • 5.            BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN:

5.1                          Sekolah Kebangsaan (SK) 

 

5.1.1

Bahasa Melayu

5.1.11

Pendidikan Jasmani

5.1.2

Bahasa Inggeris

5.1.12

Pendidikan Seni Visual

5.1.3

Matematik

5.1.13

Sejarah

5.1.4

Sains

5.1.14

Muzik

5.1.5

Pendidikan Khas

5.1.15

Pemulihan

5.1.6

Pendidikan Islam

5.1.16

Reka Bentuk dan Teknologi

5.1.7

Bimbingan dan Kaunseling

5.1.17

Bahasa Tamil

5.1.8

Bahasa Cina

5.1.18

Bahasa Arab

5.1.9

Bahasa Kadazan Dusun

5.1.19

Bahasa Iban

5.1.10

Pra Sekolah

 

5.2                          Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

 

5.2.1

Bahasa Melayu

5.2.9

Pendidikan Seni Visual

5.2.2

Bahasa Inggeris

5.2.10

Sejarah

5.2.3

Matematik

5.2.11

Muzik

5.2.4

Sains

5.2.12

Pemulihan

5.2.5

Pendidikan Khas

5.2.13

Reka Bentuk dan Teknologi

5.2.6

Pendidikan Islam

5.2.14

Bimbingan dan Kaunseling

5.2.7

Pendidikan Jasmani

5.2.15

Pra Sekolah

5.2.8

Pengajian Cina

 

 5.3                          Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) 

 

5.3.1

Bahasa Melayu

5.3.9

Pendidikan Seni Visual

5.3.2

Bahasa Inggeris

5.3.10

Sejarah

5.3.3

Matematik

5.3.11

Muzik

5.3.4

Sains

5.3.12

Pemulihan

5.3.5

Pendidikan Khas

5.3.13

Reka Bentuk dan Teknologi

5.3.6

Pendidikan Islam

5.3.14

Bimbingan dan Kaunseling

5.3.7

Pendidikan Jasmani

5.3.15

Pra Sekolah

5.3.8

Pengajian Tamil

 

 ===========================================================================================

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN  

BAGI LULUSAN UNIFIED EXAMINATION CERTIFICATE (UEC) 

DAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) ATAU SIJIL MENENGAH UGAMA (SMU) 

AMBILAN KHAS JUN 2013

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan UEC dan SMA atau SMU yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program seperti berikut:

 1.            KETERANGAN PROGRAM

 

Nama Program           : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Pilihan Ijazah   : a)       Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Bahasa Cina Pendidikan Rendah)

b)       Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Pendidikan Islam Pendidikan

Mod Kursus    : Sepenuh Masa

 

 2.            STRUKTUR PROGRAM

2.1                          Program Persediaan (Dua Belas (12) Bulan/Dua (2) Semester)

2.2                          Program Ijazah (Empat (4) Tahun/Lapan (8) Semester)

 3.            SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS

 

3.1                          Warganegara Malaysia.

3.2                          Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2013 iaitu lahir pada atau    selepas  30 Jun 1993.

3.3                          Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.

3.4                          Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.

3.5                          Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan memiliki sekurang-kurangnya kepujian Bahasa Melayu serta lulus Bahasa Inggeris.

 

 4.            SYARAT TAMBAHAN

 

4.1                          Lulusan Unified Examination Certificate (UEC)

4.1.1                      Calon lulusan Unified Examination Certificate (UEC) perlu memiliki sekurang-kurangnya  tiga (3) kepujian  di  peringkat  Sijil  Senior  Middle  Level (UEC-SML).

4.2                          Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU)

 

4.2.1                      Calon lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian di peringkat SMA atau SMU.

5.            PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN 

      

5.1                          Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Bahasa Cina Pendidikan Rendah)

 

5.1.1                      Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi keperluan di sekolah rendah.

5.1.2                      Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama dua belas (12) bulan/dua (2) semester di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

5.1.3                      Calon mesti LULUS Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat (4) tahun/lapan (8) semester di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

5.1.4                      Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas dan mesti LULUS dalam tiga (3) mata pelajaran berikut:

i.           Bahasa Melayu Komunikasi; ii.             Sejarah; dan iii.           Pendidikan Moral.

5.2                          Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Islam Pendidikan Rendah)

 

5.2.1

Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi keperluan di sekolah rendah.

5.2.2

Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama dua belas (12) bulan/dua (2) semester di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

5.2.3

Calon mesti LULUS Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat (4) tahun/lapan (8) semester di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

5.2.4

Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas dan mesti LULUS dalam tiga (3) mata pelajaran berikut:

i.          Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah;  ii.          Sejarah; dan iii.           Pendidikan Syariah Islamiah.

 

 

CALON TIDAK LAYAK MEMOHON

 

  • 1. Calon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi.  
  • 2. Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  • 3.
  • Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
  • 4. Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau  tindakan mahkamah.

 

 CARA MEMOHON

             

  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.mymulai 22 Mac 2013.
  2. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.mybagi      mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  3. Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan sahaja.
  4. Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
  5. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

PERINGATAN

Calon yang berjaya ditawarkan program ini dan didapati memalsukan maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menarik balik tawaran tersebut.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 MAC 2013 (11.59 MALAM)

 

 

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan : 

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E

KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62604 PUTRAJAYA

 

(u.p : Sektor Pengambilan dan Pendaftaran Latihan)

No. Telefon : 03 88841260/1280/1249/1242/1259/1230/1240

URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU  Cawangan Sabah

d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya

Peti Surat 10491

88805 Kota Kinabalu, Sabah.

No. Telefon : 088 236804

 

 

URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

Cawangan Sarawak

Jalan College

93259 Kuching, Sarawak.

No. Telefon : 082 258045

Muat turun dalam bentuk pdf : 

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) AMBILAN JUN 2013

Jadual waktu peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012


Jadual waktu peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012

 

Murid-murid Tahun 6 di seluruh negara akan menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2012 yang akan bermula pada 11 hingga 13 September, 2012 ini.

Berikut adalah jadual waktu peperiksaan bertulis UPSR 2012.  Salinan jadual waktu ini akan diedarkan di seluruh sekolah rendah nanti.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI – MAAF ZAHIR BATIN


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI – MAAF ZAHIR BATIN

Himpunan Berita (HB) ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, maaf zahir dan batin kepada warga kerja Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), warga kerja Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), warga kerja Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), warga kerja NUTP, warga pendidik di seluruh Malaysia, murid-murid di seluruh Malaysia dan pengunjung yang sering melawat dan mendapatkan maklumat di dalam HB ini.

HB doakan semoga perjalanan anda semua selamat sampai ke destinasi yang dituju. Amin.


“Biar lambat asal selamat” dan “Sayangilah insan tersayang”.

Salam Aidilfitri dari HB.

Editor

SELAMAT HARI GURU – HIMPUNAN BERITA


SELAMAT HARI GURU

16 Mei 2012

“TERIMA KASIH CIKGU!”

“GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”

 Ikhlas daripada:

Himpunan Berita

SAJAK “GURU O GURU” – USMAN AWANG (1979)


SAJAK “GURU O GURU” – USMAN AWANG (1979)


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

IKRAR HARI GURU SEMPENA HARI GURU


IKRAR HARI GURU SEMPENA HARI GURU

Bahawasanya kami

Guru-guru negara Malaysia

Dengan ini berikrar

Mendukung terus cita-cita kami

Terhadap tugas kami

Dan menyatakan keyakinan kami

Pada cita-cita murni pekerjaan kami

Kami akan berbakti

Kepada masyarakat

Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung

Perlembagaan negara

Kami mengamalkan

Prinsip-prinsip Rukun Negara

Pada setiap masa.

“Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara”

DOWNLOAD LAGU : Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara


Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara



Lagu: En. Rosman bin Adam
Lirik: En. Zainal Ariffin bin Yusof
(IPGM Kampus Ilmu Khas)

Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Bangun, beranikan terima seruan
Mendidik, memimpin penuh berwawasan
Menciptakan kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif

c/o
Sahutlah cabaran, perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan,
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku tercinta

Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Tiada pernah jemu tiada putus asa
Sedia menimba ilmu di mana saja
Binakanlah keyakinan
Merentasi segala halangan

ulang c/o x2

Muat turun: (jika gagal, Klik Kanan > Save Link/File As…)

  1. Lagu Tema Vokal
  2. Lagu Tema Instrumental
  3. Lagu Tema Minus One
  4. Negaraku Minus One
  5. Guru Malaysia Minus One
  6. Guru Malaysia Vokal