Kerajaan agih peruntukan sama rata kepada semua sekolah: Muhyiddin – Berita Harian


Kerajaan agih peruntukan sama rata kepada semua sekolah: Muhyiddin
14:59:10 PM Cetak Emel Kawan

TAMPIN: Kerajaan tidak pilih kasih sebaliknya memberi peruntukan hampir sama kepada Sekolah Kebangsaan (SK) serta Sekolah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina dan Tamil, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika merasmikan bangunan baru SJKC Kampung Baru Tampin, di sini.

Kenyataan Akhbar: “Pembayaran Awal Pencen Bersempena Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2012”


Kenyataan Akhbar: “Pembayaran Awal Pencen Bersempena Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2012”

E-mailCetakPDF

11 JANUARI 2012

Bersempena dengan Perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut pada 23 dan 24 Januari 2012, Kerajaan telah memutuskan untuk membayar pencen bagi bulan Januari 2012 awal iaitu pada 13 Januari 2012.

Sehubungan dengan itu, penerima pencen yang menerima waran pencen bertarikh 14 Januari 2012 hingga 31 Januari 2012 boleh menunaikan waran mereka mulai 13 Januari 2012. Bagi penerima pencen yang dibayar pencen melalui bank boleh menuntut pembayaran pencen di bank yang terlibat mulai 13 Januari 2012.

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Putrajaya
 10 Januari 2012

PMR: Prestasi B. Melayu, Cina, Iban, Pendidikan Islam menurun – Bernama


PMR: Prestasi B. Melayu, Cina, Iban, Pendidikan Islam menurun

22/12/2011 2:08pm

 

PUTRAJAYA 22 Dis. – Prestasi Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Iban dan Pendidikan Islam dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 menunjukkan penurunan, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud.

Beliau berkata, pencapaian gred A bagi Bahasa Melayu merosot 1.3 peratus berbanding tahun lalu, Bahasa Iban (4.4 peratus) manakala Pendidikan Islam pula menurun 1.7 peratus.

Bagi Bahasa Cina, sekalipun pencapaian gred A meningkat sedikit 0.1 peratus, pencapaian gred B, C dan D menurun, manakala gred E melonjak hampir dua peratus, katanya pada sidang media mengumumkan keputusan PMR 2011, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Ghafar berkata, pencapaian gred A bagi Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris meningkat sebanyak 1.7 peratus dan 0.8 peratus masing-masing. – BERNAMA