Cuba rogol anak murid, guru Bahasa Inggeris dipenjara lapan tahun – Utusan Malaysia


Cuba rogol anak murid, guru Bahasa Inggeris dipenjara lapan tahun

08/02/2011 3:00pm

 

 

Oleh YULPISMAN ASLI

 

KOTA BHARU 8 Feb. – Akibat cuba merogol anak muridnya berumur 15 tahun empat tahun lalu, seorang guru Bahasa Inggeris berusia 54 tahun dipenjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Zainal L. Salleh turut menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas tertuduh, Nasir Abd. Rahman kerana cuba mencabul kehormatan anak muridnya itu dan tiga tahun lagi atas kesalahan memiliki gambar lucah yang disimpan dalam telefon bimbit dan komputer ribanya.

Beliau bagaimanapun memerintahkan kesemua hukuman itu dijalankan serentak. Ini bermakna, tertuduh hanya menjalani hukuman penjara selama lapan tahun.

“Sebagai seorang pendidik, kamu telah lakukan perbuatan jijik terhadap anak murid kamu. Kamu didapati bersalah dan hukuman perlu setimpal dengan apa yang dilakukan agarĀ dapatmenyampaikan mesej kepada masyarakat. Bagaimanapun saya setuju untuk hukuman berjalan secara serentak,” kata Zainal dalam penghakimannya. – Utusan