CUEPACS mahu dikaji semula – Utusan


CUEPACS mahu dikaji semula

Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my

PULAU PINANG 4 Okt. – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu kerajaan mengkaji semula kadar faedah pinjaman perumahan sebanyak empat peratus yang dikenakan ke atas penjawat awam.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, perkara itu berikutan kadar yang dikenakan tersebut membebankan kakitangan awam yang terpaksa membeli rumah dengan harga semakin tinggi.

Menurutnya, langkah Kementerian Kewangan membenarkan bank komersial menawarkan pinjaman perumahan kepada penjawat awam juga harus dikaji semula.

“Kadar faedah empat peratus yang ditetapkan itu berdasarkan harga rumah yang masih rendah tetapi tidak lagi sesuai kini kerana harga rumah semakin tinggi.

┬ôSelain itu, jika sebelum ini pinjaman melalui Bahagian Pinjaman Perumahan Kementerian Kewangan boleh dibuat 100 peratus, tetapi jika diserahkan kepada bank, kita bimbang pembeli terpaksa membayar deposit antara lima hingga 10 peratus,” katanya.