LHDN henti operasi e-filing untuk taksiran 2011 – Utusan


LHDN henti operasi e-filing untuk taksiran 2011

KUALA LUMPUR 18 Dis. – Sistem e-filing Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan menghentikan operasi borang e-BE, e-B, e-M, e-P, e-E, e-C dan e-R bagi Tahun Taksiran 2011 mulai 1 Januari depan.

 

Menurut kenyataan LHDN hari ini, pembayar cukai yang belum mengemukakan borang nyata untuk tahun berkenaan boleh berbuat demikian secara manual dengan mendapatkan borang tersebut di semua cawangan LHDN seluruh negara.

Untuk pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi LHDN menerusi e-mel ke e-filing@hasil.gov.my atau menghubungi talian 1-800-88-5436.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121218/dn_31/LHDN-henti-operasi-e-filing-untuk-taksiran-2011#ixzz2FSMuS2Uu
© Utusan Melayu (M) Bhd