Culik: Anak pemilik restoran diselamatkan – Utusan


Culik: Anak pemilik restoran diselamatkan

KUALA LUMPUR 14 Okt. – Seorang anak kepada pemilik restoran di Taman Midah, Cheras di sini, berdepan dengan detik cemas apabila dikurung selama seminggu oleh sekumpulan penculik sebelum diselamatkan polis di sebuah rumah di Butterworth, Pulau Pinang pada Jumaat lalu.

Sumber berkata, remaja lelaki berusia 15 tahun itu diculik sekumpulan lelaki semasa berada di hadapan restoran bapanya di Taman Midah.

Beliau berkata, penculik kemudian mengurung mangsa di sebuah flat di Butterworth sementara menunggu keluarganya membayar wang tebusan.

“Keluarga mangsa ada dihubungi penculik yang meminta membayar sejumlah wang tebusan jika mahu anak mereka selamat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan, keluarga mangsa sudah membayar wang RM700,000 kepada penculik dan membuat laporan polis selepas itu.

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121015/je_06/Culik-Anak-pemilik-restoran-diselamatkan#ixzz29LMh6CfI
© Utusan Melayu (M) Bhd

Kes culik murid di Pulau Pinang selesai: Polis – Bernama


Kes culik murid di Pulau Pinang selesai: Polis

2012/05/18

BUKIT MERTAJAM: Polis percaya kes penculikan kanak-kanak berusia sembilan tahun yang dilaporkan hilang Isnin lalu selesai selepas penahanan seorang wanita yang juga suspek utama kurang dari 24 jam selepas kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Supt Baharudin Mustapha, berkata berdasarkan siasatan terhadap wanita berusia 23 tahun yang juga rakan kepada ibu kanak-kanak itu, dia bertindak menculik T Purani secara bersendirian berikutan dendam terhadap keluarga mangsa.

“Polis yakin kes ini selesai dengan penahan wanita terbabit kerana berdasarkan siasatan, hanya dia seorang yang menculik kanak-kanak itu tanpa dibantu oleh sesiapa.

“Dia akan direman sehingga esok bagi membantu siasatan menurut Seksyen 363 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Purani, murid Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan Khir Johari, Perai dilapor diculik berikutan dia tidak pulang ke rumah selepas ke sekolah Isnin lalu.

Kejadian itu disedari nenek mangsa lalu memberitahu kepada ibu mangsa yang kemudianya membuat laporan polis.

Difahamkan suspek turut meminta wang tebusan berjumlah RM24,850 daripada keluarga mangsa jika mahu kanak-kanak terbabit selamat.
Sementara itu, dalam kes berasingan, Baharudin berkata polis sedang mengesan beberapa suspek bagi membantu siasatan berhubung kes tauke ladang ayam yang ditemui mati dengan kesan jerut dileher dan tangan diikat di Taman Impian, Alma, kelmarin.

Katanya, pihaknya percaya kejadian itu dilakukan lebih dari seorang dan usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berdekatan. – BERNAMA

NUR tak boleh diaktif segera – Metro


NUR tak boleh diaktif segera

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

IPOH: Sistem amaran Talian NUR 15999 tidak boleh diaktifkan segera sejurus kes kehilangan kanak-kanak dilaporkan kerana ia mungkin boleh membahayakan nyawa kanak-kanak berkenaan.

Perkara itu dijelaskan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie, ketika ditemui selepas menghadiri Program Kar1sma 1Azam, semalam.
Beliau mengulas keluhan orang awam bahawa talian berkenaan tidak diaktifkan segera berikutan beberapa siri kes kehilangan kanak-kanak dan remaja baru-baru ini.

 

Heng berkata, sebaik seorang kanak-kanak dilaporkan hilang, polis perlu menyiasat terlebih dulu kesahihannya bagi memastikan kanak-kanak itu diculik.
“Kami bimbang jika sistem ini diaktifkan, kemungkinan ia membahayakan nyawa kanak-kanak itu,” katanya.
Menurutnya, tidak semua kes culik boleh dikaitkan dengan sistem amaran itu kerana pihaknya perlu menentukan keselamatan kanak-kanak itu terlebih dulu dan mengenal pasti umur mereka.

 

 

Beliau berkata, sistem berkenaan kini hanya boleh digunakan untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.
“Bagaimanapun kementerian tetap mengalu-alukan maklum balas daripada orang awam mengenai sistem berkenaan untuk membolehkan ia beroperasi dengan lebih baik pada masa depan,” katanya.

 

Menurutnya, sejak diperkenalkan pada Ogos dua tahun lalu, sistem amaran NUR sudah diaktifkan sebanyak lima kali di mana dua daripadanya ditemui.

Kes culik remaja lelaki di Semenyih selesai – Bernama


Kes culik remaja lelaki di Semenyih selesai

2012/02/13

SHAH ALAM: Polis dapat menyelesaikan kes seorang remaja lelaki 14 tahun yang diculik di Semenyih baru-baru ini berikutan tertangkapnya seorang lelaki berumur 26 tahun di Perak, Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Superitendan Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata remaja lelaki berkenaan dilaporkan diculik pada 6 Februari lalu dan seorang lelaki menghubungi keluarga mangsa serta meminta wang tebusan berjumlah RM50,000.

Beliau berkata, hasil siasatan polis menjejaki dan menahan suspek terbabit di Teluk Intan, Perak.

“Kita tahan suspek kira-kira jam 10.30 pagi pada 11 Februari dan merampas beberapa barangan termasuk sebuah kereta, kamera, beg sandang, telefon bimbit, beg duit, kad ATM, kad pengenalan seorang wanita dan kunci kereta. – BERNAMA
“Kita percaya dengan tertangkapnya suspek, kes ini telah selesai dan suspek ditahan reman sehingga 18 Feb ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.