47 pelajar MRSM Kubang Pasu kayuh basikal semai semangat kemerdekaan – Kosmo


47 pelajar MRSM Kubang Pasu kayuh basikal semai semangat kemerdekaan

 

29/08/2013 12:46pm

MUKHRIZ bergambar bersama peserta – peserta program Kayuhan Merdeka MRSM Kubang Pasu di Wisma Darulaman,disini hari ini

 

ALOR SETAR – Seramai 47 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kubang Pasu, Jitra mengambil inisiatif semangat kemerdekaan dengan mengayuh basikal sejauh 48 kilometer dari maktab itu ke bandaraya ini.

Menurut Pengetuanya, Nik Zainun Nik Abu Bakar, pe mimpin terdahulu mempunyai daya tahan yang tinggi dalam memperjuangkan kemerdekaan negara dan menerusi ak tiviti berbasikal ia dapat memupuk semangat yang sama dalam kalangan pelajar.

“Kita mahu pelajar menghayati semangat itu dengan aktiviti berbasikal selaras dengan nilai teras MRSM yang kelima iaitu patriotisme yang memupuk semangat sayang kan negara,” katanya kepada pemberita pada majlis pe lepasan peserta kayuhan basikal MRSM Kubang Pasu di Wisma Darulaman di sini hari ini.

Pelepasan tersebut disempurnakan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir. – KOSMO!

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0829&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_02.htm#ixzz2dLmseqwT
Hakcipta terpelihara

Sistem pendidikan lahirkan tenaga kerja pakar, berkemahiran tinggi – Utusan


Sistem pendidikan lahirkan tenaga kerja pakar, berkemahiran tinggi

ABU DHABI 8 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan ketika ini memberi tumpuan penuh terhadap bagaimana sistem pendidikan negara mampu melahirkan tenaga kerja pakar dan berkemahiran tinggi pada masa depan.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, transformasi ekonomi yang sedang dilaksanakan kerajaan ketika ini dijangka menyediakan kira-kira 3.3 juta peluang pekerjaan baru dengan sebahagian besarnya perlu diisi oleh tenaga kerja pakar dan berkemahiran tinggi dalam kalangan rakyat tempatan.

Justeru, beliau yang juga Menteri Pelajaran menambah, sistem pendidikan negara perlu sentiasa dikaji dan ditingkatkan dari semasa ke semasa ke arah mencapai matlamat tersebut.

“Salah satu yang menjadi penekanan sudah semestinya kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, selain memberi tumpuan kepada subjek berteraskan sains dan teknologi maklumat yang semakin penting ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pertemuan dengan 250 rakyat Malaysia yang menetap di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), di sini malam tadi.

Majlis pertemuan itu merupakan antara program dalam rangka lawatan rasmi selama tiga hari beliau di Abu Dhabi bermula semalam hingga esok.

Terdahulu, Muhyiddin turut melakukan kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota Abu Dhabi, Jeneral Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan, selain memenuhi undangan makan malam bersama rakan sejawatannya, Sheikh Saif Zayed Al Nahyan.

Sepanjang berada di sini juga, Muhyiddin dijadual mengetuai delegasi perdagangan Malaysia bersama Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.

Muhyiddin akan menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Mentransformasikan Pendidikan (TES) 2012 esok.

Menurut Muhyiddin, proses transformasi pendidikan merupakan proses berterusan seiring dengan pertumbuhan ekonomi dan perubahan dunia hari ini yang semakin pantas serta dinamik.

Katanya, proses pendidikan juga bukan lagi semata-mata untuk memenuhi keperluan rakyat sebaliknya menyediakan mereka dengan sebarang perubahan yang akan berlaku untuk sekurang-kurangnya bagi tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.

“Kerajaan sangat fokus dengan apa yang dilaksanakan menerusi transformasi pendidikan ini termasuk mengadakan dialog bersama pelbagai pihak dalam mendapatkan pandangan mengenai cara terbaik ke arah tersebut.

“Laporan pelan hala tuju pendidikan negara itu akan dibentangkan pada Ogos ini dan ia akan menjadi panduan dalam membentuk sistem pendidikan negara yang bersesuaian pada masa depan,” katanya. – UTUSAN