Yakin semangat 1Malaysia – Metro


Yakin semangat 1Malaysia

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

TAMPIN: Seramai 15 murid Melayu di bandar ini memulakan sesi persekolahan 2013 di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Chung Hwa, di sini, hari ini selepas mendaftar kelmarin.

Ibu bapa pelajar terbabit berkata, biarpun belajar di sekolah berlainan aliran, mereka yakin anak mampu mencapai kejayaan.
“Kami percayakan semangat 1Malaysia yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mahu hubungan baik sedia terjalin antara kaum Melayu dan Cina di kawasan ini semakin subur.

 

“Hubungan harmoni ini perlu dipupuk di peringkat awal iaitu di sekolah rendah dengan menggalakkan anak-anak bergaul mesra dengan murid Cina,” katanya.
Pesara tentera, Azhari Yaacob, 51, berkata dia menyahut seruan slogan 1Malaysia, kerana yakin keharmonian hidup hanya dicapai melalui persefahaman antara kaum.
“Saya menghantar anak, Nur Azratul Ain, 7, bersekolah di sini supaya dia dapat bergaul dan membentuk hubungan persahabatan dengan rakan Cina, seterusnya meningkatkan persefahaman,” katanya.

 

 

Kakitangan awam, Mohd Shafiei Ombong, 34, berkata dia berharap anak sulungnya, Mohd Zahidi, 7, menguasai tiga bahasa iaitu Melayu, Inggeris dan Mandarin dengan bersekolah di situ.
“Selain itu, dia dapat belajar dalam suasana kompetitif dan didedahkan dengan budaya perniagaan kaum Cina,” katanya.

 

Guru Besar sekolah berkenaan, Wong Geok Leong berkata, pihaknya menerima kemasukan murid Melayu setiap tahun untuk tahun satu dan kelas prasekolah.
“Buat masa ini, terdapat 10 peratus murid Melayu dan India daripada keseluruhan 800 murid dan kita memberi layanan sama rata kepada semua tanpa mengira kaum,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/02

Modul baru lahir guru mahir – Berita Harian


Modul baru lahir guru mahir

Najib ketika mempengerusikan mesyuarat MSC di Putrajaya, semalam. Turut sama, Muhyiddin; Ketua Pegawai Eksekutif Multimedia Development Corporation Bhd (MDeC), Datuk Badlisham Ghazali  (kanan) dan Pengerusi MDeC, Tan Sri Abdul Halim Ali (kiri).Najib ketika mempengerusikan mesyuarat MSC di Putrajaya, semalam. Turut sama, Muhyiddin; Ketua Pegawai Eksekutif Multimedia Development Corporation Bhd (MDeC), Datuk Badlisham Ghazali (kanan) dan Pengerusi MDeC, Tan Sri Abdul Halim Ali (kiri).

Putrajaya: Kerajaan akan mengkaji modul baru bagi meningkatkan kemahiran pengajaran guru di sekolah melalui penggunaan teknologi maklumat (IT).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata berbanding cara lazim menghantar guru menjalani kursus di institut latihan semasa cuti sekolah, kemahiran pengajaran guru juga boleh dipertingkatkan dengan merujuk kepada kandungan yang dipaparkan secara dalam talian (online).

Kenal pasti guru cemerlang

“Kita boleh mengenal pasti beberapa guru cemerlang bagi setiap subjek setiap tahun untuk membangunkan kandungan dan seterusnya dimuat naik secara atas talian manakala guru lain akan menjadi mentor dan fasilitator.

“Kita perlu mengkaji model baru ini namun, ini satu kemungkinan kerana saya dimaklumkan oleh Panel Penasihat bahawa ini adalah trend baru di Amerika Syarikat.

“Di sana (Amerika Syarikat), profesor terkemuka (top notch professor) mengajar secara dalam talian dan pelajar yang mengikutinya mampu menjangkau 150,000 orang,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) MSC Malaysia Ke-15 di pejabatnya, di sini semalam. Turut hadir, timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Najib berkata, Muhyiddin selaku Menteri Pelajaran, turut bersetuju mengkaji modul itu dengan teliti dalam usaha memperluaskan penggunaan IT bagi meningkatkan mutu pendidikan negara.

Selain itu, Perdana Menteri berkata mesyuarat IAP turut memutuskan untuk menggerakkan usaha mengiktiraf golongan yang cemerlang dan boleh dijadikan ikon dalam industri masing-masing melalui penggunaan IT.
ICT wujud ikon

Sebagai contoh, seorang wanita di Semporna, Sabah berjaya mengaut pendapatan RM20,000 sebulan hasil perniagaan rumpai laut secara dalam talian berbanding hanya RM450 sebulan sebelum itu.

“Ini membuktikan teknologi komunikasi maklumat (ICT) adalah game changer.
Kita perlu mengiktiraf pencapaian mereka supaya golongan ini menjadi pemangkin dan ikon untuk mendorong orang lain terbabit dalam IT.

“Pendekatan ini bukan saja membabitkan usahawan tetapi profesional seperti guru supaya mereka boleh menjadi ikon kepada guru lain,” katanya.

Katanya, antara perkara lain yang turut dibincangkan dalam mesyuarat itu termasuk usaha meningkatkan perniagaan mikro kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan PKS kepada perniagaan besar, komunikasi spektrum serta Lembah Silikon.

KSN Mahu Ketua Jabatan Dan Agensi Perkhidmatan Awam Pantau Perkhidmatan Pegawai – Bernama


KSN Mahu Ketua Jabatan Dan Agensi Perkhidmatan Awam Pantau Perkhidmatan Pegawai

IPOH: Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata ketua jabatan dan agensi perkhidmatan awam perlu turun padang untuk memantau sejauh mana keberkesanan perkhidmatan yang diberikan pegawai merekakepada rakyat.

Beliau berkata langkah itu juga dapat menyelami sekali gus menyelesaikanmasalah yang dihadapi pegawai-pegawai agar ia tidak menjejaskan tugas merekadalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Ketua-ketua jabatan perlu mengunjungi pejabat masing-masing dari peringkatkementerian sehingga ke akar umbi sebagai menunjukkan tanggungjawab merekakepada pegawai untuk menegur yang mana perkhidmatan mereka (pegawai) berikanperlu diperbaiki.

“Mereka juga (ketua) perlu mengucapkan tahniah kepada pegawai yang memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat seperti yang kita tahu terdapat agensikerajaan yang menawarkan perkhidmatan awam bertaraf dunia,” katanya ketikaberucap pada majlis penutupan Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya PerkhidmatanAwam Malaysia (SPAM) di sini, pada Khamis.

Turut hadir Pengerusi SPAM Tan Sri Mahmood Adam, Pengerusi SuruhanjayaPerkhidmatan Pelajaran Tan Sri Dr Zulkarnain Awang dan Pengerusi SuruhanjayaPerkhidmatan Awam Perak Datuk Kamarudzaman Mahmud.

Katanya, aktiviti turun padang ini selaras dengan konsep yang ditonjolkanPerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sentiasa menjalankan sesibertemu rakyat dan patut dicontohi oleh ketua jabatan dan agensi perkhidmatanawam.

“Sebagai penjawat awam kita bukan setakat makan gaji tetapi cuba untukmemberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dengan menjalankan tugas yangbaik seolah-olah kita buat sesuatu yang terbaik untuk diri kita sendiri,”katanya.

Selain itu, katanya perkhidmatan awam juga perlu melaksanakan transformasiminda, memantapkan penyampaian perkhidmatan yang berorientasikan rakyat kepadasemua pelanggan yang bertepatan dengan gagasan 1Malaysia “RakyatDidahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

“Pelanggan sudah pasti mempunyai pelbagai kerenah…layanlah pelangganmasing-masing dengan sebaiknya dengan memastikan perkhidmatan yang disediakansentiasa disenangi dan memuaskan hati pelanggan,” katanya.

Mengenai persidangan selama empat hari itu bermula 1 Okt lepas, beliau berkata dalam membincangkan dan mengkaji mana-mana dasar atau peraturan yang sudah lapuk atau tidak sesuai lagi untuk digantikan atau ditambah baik, anggota SPAM perlu membuat penilaian berdasarkan justifikasi, berimpak tinggi, mempunyai nilai untuk wang serta memberi manfaat kepada rakyat dan negara. BERNAMA

Pemeriksaan Mamogram Percuma Bagi Wanita Berumur 40 Tahun Ke Atas – PM – Bernama


Pemeriksaan Mamogram Percuma Bagi Wanita Berumur 40 Tahun Ke Atas – PM

KUALA LUMPUR: Wanita berusia 40 tahun ke atas kini boleh menikmati pemeriksaan mamogram percuma, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya sebanyak RM25,000 diperuntuk bagi tujuan berkenaan yang dianggarkanmemberi faedah kepada kira-kira 100,000 wanita.

Ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini, Najib berkatainsentif berkenaan termasuk di bawah peruntukan keseluruhan berjumlah RM50 jutabagi memperkasa peranan wanita dalam pembentukan keluarga bahagia danpembangunan ekonomi negara.

Antara insentif lain, melatih 500 wanita di bawah Program Pengarah Wanitauntuk diketengahkan sebagai ahli lembaga pengarah syarikat, dan mempertingkatprogram Inkubator Keusahawanan Ibu Tunggal (I-KIT) untuk memberi khidmat nasihatdan latihan kepada ibu tunggal dalam bidang keusahawanan.

Beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akanmengagihkan peruntukan berjumlah RM50 juta dalam bentuk geran RM1,000 kepada 50usahawan kecil terutama wanita untuk meningkatkan jualan dalam talian melaluiprogram Get Malaysian Business Online (GMBO).

“Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) di bawah KementerianPembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan diperuntuk sebanyak RM1.2bilion meliputi program bantuan warga emas, bantuan kanak-kanak, elaun pekerjaorang kurang upaya serta bantuan penyakit kronik,” katanya.

Najib berkata kerajaan juga memperuntuk RM400 juta di bawah program 1Azamyang dijangka memberi manfaat kepada 58,330 individu berpendapatan rendah.

Bagi membantu golongan warga emas atau kanak-kanak jalanan dan golongangelandangan, sebanyak enam buah Anjung Singgah akan diwujudkan sebagai tambahankepada dua yang sedia ada.

“Kerajaan juga akan menyediakan lima buah Anjung Kasih di Hospital Sibu,Miri, Temerloh, Seremban dan Ipoh bagi menyediakan tempat penginapan sementaradan selesa kepada pesakit miskin atau anggota keluarga yang mengiringi pesakityang sedang menerima rawatan di hospital kerajaan,” katanya. BERNAMA

Bonus RM500, kadar pencen naik bukti kerajaan prihatin terhadap pesara – Bernama


Bonus RM500, kadar pencen naik bukti kerajaan prihatin terhadap pesara

2012/09/28 – 20:21:44 PMCetakEmel Kawan
KUALA LUMPUR: Pemberian bonus sebanyak RM500 dan kenaikan kadar pencen minimum untuk pesara kerajaan, yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun, daripada RM720 kepada RM820 dalam Belanjawan 2013, membuktikan kerajaan tidak melupakan jasa mereka.

Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia, Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh berkata buktinya, saban tahun kerajaan prihatin dengan sentiasa memberi habuan kepada pesara, sama seperti penjawat awam lain.

“Kesemua pesara amat menghargai pemberian kerajaan dan akan berusaha menggunakan wang itu secara berhemah,” katanya ketika mengulas Belanjawan 2013 bertema ‘Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati’ yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat petang tadi.

Wan Mahmood berkata, pemberian itu juga begitu berharga untuk pesara kerajaan yang hidup pada paras kemiskinan.

“Janganlah berbelanja sewenang-wenangnya,” nasihat beliau kepada 50,371 pesara kerajaan.

Mengulas pengurangan bayaran pemprosesan pasport daripada RM300 kepada RM150 untuk tempoh lima tahun kepada warga emas, atau dikurangkan kepada RM80 untuk tempoh dua tahun, beliau berkata, langkah itu akan menggalakkan pesara kerajaan melancong ke luar negara.

“Lawatan sambil belajar ke luar negara boleh memperkayakan pengalaman untuk faedah hidup rakyat dan negara,” katanya.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman pula berterima kasih kepada kerajaan kerana menghargai jasa bekas penjawat awam dengan menaikkan kadar pencen minimum selain pemberian bonus kepada golongan itu.

“Bagaimanapun, kita berharap akan terus ada penambahbaikan dalam skim pencen untuk pesara dari semasa ke semasa,” katanya.

Di ALOR SETAR, Presiden Persatuan Pesara-Pesara Kerajaan Malaysia Kedah, Datuk Harun Hashim berkata, pelarasan pencen itu menunjukkan kerajaan menyanjung budi golongan pesara.

“Dengan kenaikan kadar pencen ini, ia dapat membantu meringankan beban pesara, terutama yang tidak ada punca pendapatan lain selain pencen.

“Kami berharap kerajaan akan terus prihatin dan mengambil kira jasa yang disumbangkan oleh golongan pesara ketika kami berkhidmat dengan kerajaan dahulu,” katanya kepada Bernama.

Selain itu, Harun berkata, pihaknya sangat menghargai pemberian bonus sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan. – BERNAMA

Bajet 2013: Rebat RM200 pembelian telefon bimbit 3G – Bernama


Bajet 2013: Rebat RM200 pembelian telefon bimbit 3G

KUALA LUMPUR 28 Sept. – Golongan belia akan menikmati rebat sebanyak RM200 secara one-off atau bayar sekali bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G, yang bertujuan membuka akses untuk golongan itu kepada lebuh raya maklumat, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan hari ini.

Perdana Menteri berkata pakej khas itu, yang akan diperkenalkan kerajaan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan syarikat telekomunikasi, terbuka kepada belia berumur antara 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.

“Sebanyak RM300 juta disediakan dan akan memanfaatkan 1.5 juta belia,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat, hari ini. – BERNAMA

Kerajaan kurangkan kadar cukai pendapatan satu mata peratusan – Bernama


Kerajaan kurangkan kadar cukai pendapatan satu mata peratusan

28 September 2012

KUALA LUMPUR – Kerajaan mencadangkan untuk mengurangkan kadar cukai pendapatan individu pemastautin diturunkan satu mata peratusan bagi kumpulan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 hingga RM50,000.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata langkah itu akan mengeluarkan 170,000 pembayar cukai daripada membayar cukai serta pembayar cukai pendapatan sedia ada juga menikmati penjimatan bayaran cukai mereka.

Semasa membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat, Najib berkata sebagai contoh, golongan profesional muda yang belum berkahwin dengan pendapatan bulanan RM5,000 akan menikmati penjimatan cukai pendapatan sehingga RM425 seorang.

Beliau berkata pada masa yang sama, bagi terus memacu transformasi gerakan koperasi, kerajaan mencadangkan kadar cukai pendapatan koperasi, juga dikurangkan antara satu hingga tujuh mata peratusan di semua kumpulan pendapatan bercukai.

“Dengan ini, seramai tujuh juta anggota koperasi akan menikmati manfaat sebagai galakan untuk meningkatkan keupayaan keusahawanan dalam bidang perniagaan,” katanya. – Bernama

Pencen minimum pesara kerajaan naik kepada RM820: Najib – Bernama


Pencen minimum pesara kerajaan naik kepada RM820: Najib

2012/09/28 – 17:18:47 PMCetakEmel Kawan
KUALA LUMPUR: Kadar pencen minimum bagi pesara kerajaan yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan dinaikkan daripada RM720 kepada RM820, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata pelarasan pencen itu akan mengambil kira bayaran pencen bermula 1 Januari 2013.

“Kerajaan tidak akan lupa jasa pesara yang pernah mencurahkan khidmat bakti dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada negara.

“Langkah ini melibatkan seramai 50,371 pesara, termasuk penerima pencen terbitan, dengan peruntukan tambahan sebanyak RM60 juta setahun,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Sementara itu, kerajaan turut mencadangkan pengurangan caj bayaran pemprosesan pasport berkuatkuasa Januari 2013 dalam usaha mengiktiraf golongan warga emas.

Najib berkata, caj bayaran pemprosesan pasport untuk tempoh sah laku selama lima tahun bagi warga emas akan dikurangkan sebanyak 50 peratus daripada RM300 kepada RM150.

“Manakala, bagi caj bayaran pengurusan pasport untuk tempoh dua tahun dikurangkan kepada RM80,” katanya.
Tambahnya, pengurangan caj bayaran pasport itu turut diperluaskan kepada kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah. – BERNAMA

Zambry: Pelan Pembangunan Pendidikan, Petanda Baik Untuk Masa Depan Negara – Bernama


Zambry: Pelan Pembangunan Pendidikan, Petanda Baik Untuk Masa Depan Negara

IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang dirangka untuk generasi baharu sebagai petanda baik untuk masa depan pendidikannegara.

Beliau berkata pelan yang laporan awalnya dibentangkan semalam olehTimbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, merupakan transformasi sektorpendidikan yang merentasi politik.

“Seperti yang disebutkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) soalpendidikan bukan merupakan soal politik tetapi yang penting ialah bagaimanamelahirkan generasi yang benar-benar berwibawa untuk masa depan negara, generasiyang ada kemahiran dan dapat dibimbing berteraskan nilai-nilai moral yangbaik,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco di sini, Rabu.

Beliau berkata mengulas Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia2013-2025 yang dilancarkan perdana menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpursemalam.

Katanya pelan pendidikan itu juga adalah untuk memastikan sektor pendidikannegara berada di tahap kompetitif khususnya di peringkat antarabangsa.

Laporan itu menggariskan 11 anjakan penting bagi tempoh 13 tahun akan datangantaranya merancang Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan KurikulumStandard Sekolah Rendah (KSSR) menjelang 2017, meningkatkan kemahiran BahasaInggeris guru dengan memastikan semua 70,000 guru Bahasa Inggeris lulusCambridge Placement Test (CPT) dalam tempoh dua tahun dan mentransformasiprofesion perguruan.

Menurut Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, keseluruhan anjakan ini akanmemberi impak yang besar kepada peningkatan kualiti pendidikan negara. BERNAMA

Pelan Pembangunan Pendidikan lahirkan pelajar berkualiti – Berita Harian


Pelan Pembangunan Pendidikan lahirkan pelajar berkualiti

11/09/2012 – 12:25:48 PMCetakEmel Kawan
KUALA LUMPUR: Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025 yang dilancarkan sebentar tadi memberi tumpuan kepada usaha melahirkan pelajar yang mempunyai enam kualiti utama bagi menghadapi cabaran masa depan.

Antaranya adalah berpengetahuan, kemahiran berfikir, berkepimpinan, kebolehan bertutur dalam pelbagai bahasa, beretika dan memberi penekanan terhadap identiti Kebangsaan.

Laporan awal PPP 2013-2025 dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, sebentar tadi.