Nurul Huda rindu sekolah – Sinar Harian


Nurul Huda rindu sekolah

WARTAWAN SINAR HARIAN
25 Mei 2012
Nurul Huda rindu sekolah
Mohd Asri dan Zaiton membawa Nurul Huda bersiar-siar di luar rumah

TIKAM BATU, Kedah – Disebabkan terlalu rindukan persekolahan yang ditinggalkan sejak lebih setahun lalu, akibat ketumbuhan di otak, Nurul Huda Mohd Asri, 8, dikatakan banyak menghabiskan masa dengan buku-buku kesayangannya.

Ibunya, Zaiton Mahmud, 39, berkata, Nurul Huda baru selesai memasang ‘kimo port’ iaitu sejenis alat yang ditanam di dada bagi memudahkan proses kimoterapi.

“Kimoterapi akan diteruskan pada 28 Mei ini dan hari ini Nurul Huda perlu dibawa ke hospital untuk lihat perkembangan dan masukkan ubat,” katanya kepada Sinar Harian di rumahnya di Kampung Berapit , di sini, semalam.

Menurut Zaiton, Nurul Huda gemar menghabiskan masa bersama buku-buku yang dihadiahkan kepadanya.

“Setiap hari dia suka buat latihan, mewarna dan membaca, terutama sekali apabila ditahan di wad.

“Kadang-kala dia boleh habis buat latihan sebuah buku dalam masa satu hari sahaja, katanya.

Menurutnya, kerajinannya membuatkan doktor yang merawatnya sering menghadiahkan buku dan pemberian itu dimanfaatkan sepenuhnya.

Apabila ditanya, Nurul Huda menjelaskan teringin ke sekolah semula dan meneruskan pembelajaran seperti biasa bersama rakan-rakan, namun keadaan kesihatan tidak mengizinkannya berbuat demikian.

Zaiton berkata, sejak melalui proses kimoterapi, badan anaknya menjadi semakin lemah, langkahnya longlai, penglihatannya agak kabur dan tidak lalu makan.

“Dia juga akan mengalami muntah, demam panas dan sering mengadu sakit kepala.

Bapanya, Mohd Asri Hamid, 38, berkata, dia memberi apa sahaja makanan diminta anak bongsu dari empat beradik itu memandangkan dia kurang makan nasi.

“Dia suka makan laksa, buah anggur atau apa sahaja yang terlintas di fikiran akan diminta, walaupun dalam kuantiti kecil, tetapi saya usahakan juga untuk sediakan apa yang termampu,” katanya.

Menurutnya, Nurul Huda baru sahaja selesai sesi kimoterapi pertama dan masih berbaki tujuh sesi lagi.

Zaiton, yang sebelum ini menyediakan kuih untuk dijual terpaksa berhenti seketika bagi memberi sepenuh perhatian menjaga Nurul Huda, manakala Mohd Asri sebagai peniaga gerai makan pula sering mengambil cuti untuk menghantar anaknya mendapatkan rawatan.

Bagi mana-mana pihak yang prihatin, boleh menghubungi Asri di talian             017- 4327965      atau melalui akaun BSN atas nama Zaiton Mahmud nombor akaun 07123-41-00002311-0 atau ke rumah mereka di Kampung Berapit, Tikam Batu.

Kembar tiga tarik perhatian – Metro


Kembar tiga tarik perhatian

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KOTA BHARU: “Barangkali ia anugerah Allah SWT kerana sebelum menerima kelahiran kembar tiga ini, kami kehilangan seorang anak ketika berusia sembilan tahun akibat demam panas,” kata Shahrul Aswan Shamshudin, 41, bapa kepada kembar tiga yang mencuri perhatian ketika memulakan sesi persekolahan tahun satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ismail Petra I, di sini, semalam.

Kembar tiga itu, Nurul Aira Farhana, Nurul Afira Farhana dan Nurul Aina Farhana, masing-masing berusia tujuh tahun adalah antara 28,586 murid tahun satu yang memulakan sesi persekolahan di 418 sekolah kebangsaan di seluruh negeri ini.
Katanya, kelahiran kembar tiga itu anugerah berharga walaupun berdepan cabaran membesarkan mereka.

 

“Ketika kembar itu dilahirkan, saya terpaksa berulang-alik dari Jertih ke Kota Bharu membantu isteri sama menjaga tujuh anak termasuk kembar tiga itu. “Bagaimanapun, saya bersyukur dapat membesarkan semua anak dengan baik,” katanya.
Bagi Norazizah, demi memberi sepenuh perhatian kepada tujuh anak, dia berhenti kerja untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.