Desak mansuh sekolah vernakular – Kosmo


Desak mansuh sekolah vernakular

 

 

Oleh KHAIRIYAH HANAFI
khairiyah.hanafi@kosmo.com.my

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 130 buah gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam di sini semalam mendesak kerajaan agar memansuhkan sekolah-sekolah vernakular di negara ini.

Desakan tersebut dilakukan kerana sekolah-sekolah itu merupakan batu penghalang kepada usaha menyatupadukan rakyat Malaysia sejak negara mencapai kemerdekaan.

Sekolah vernakular merujuk kepada sekolah yang menggunakan bahasa ibunda dalam pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan sekolah.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan berkata, kerajaan perlu mengambil tindakan dengan kadar segera termasuk menyeragamkan sistem pendidikan sekolah di Malaysia bagi memastikan keamanan di negara ini terkawal.

“Seperti yang kita ketahui, semua sekolah vernakular di negara ini mempunyai silibus pendidikan yang berbeza daripada sekolah kebangsaan yang lain.

“Jika pelajar di sekolah kebangsaan didedahkan dengan sejarah dan perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan Malaysia, mereka (sekolah vernakular) pula hanya didedahkan dengan sejarah negara asal mereka,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0612&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2W0KUrmHM
Hakcipta terpelihara