30 pelajar Kolej Vokasional Arau dibawa ke hospital disyaki keracunan makanan – Berita Harian


30 pelajar Kolej Vokasional Arau dibawa ke hospital disyaki keracunan makanan

2013/09/04 – 13:26:00 PMCetakEmel Kawan
KANGAR: Tiga puluh pelajar Kolej Vokasional Arau dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) selepas disyaki keracunan makanan kira-kira jam 10 pagi tadi.

Semalam, 52 pelajar kolej sama turut menerima rawatn pesakit luar selepas mengadu sakit perut, pening kepala dan muntah selepas makan hidangan tengah hari yang disediakan di dewan makan kolej terbabit.

Puad ulangi amaran keras kontraktor gagal siap projek sekolah – Bernama


Puad ulangi amaran keras kontraktor gagal siap projek sekolah

9 Januari 2013
Mohd Puad Zarkashi
Mohd Puad Zarkashi

SIBU – Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi sekali lagi memberi amaran bahawa kementerian akan mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor yang gagal menyiapkan projek sekolah mengikut jadual.

Beliau berkata kementerian telah menyenarai hitam sebuah syarikat kontraktor berpusat di Sarawak dan sebuah lagi akan disenarai hitam tidak lama lagi.

Kedua-dua kontraktor itu terlibat dalam pembinaan sistem kabin bilik darjah baharu, dewan makan dan asrama di beberapa sekolah, katanya pada sidang akhbar
Lapangan Terbang Sibu di sini, malam tadi.

Mohd Puad berkata walaupun satu daripada syarikat itu menyiapkan tujuh projek, berlaku kelewatan dan kualiti kerja tidak memuaskan.

“Mereka mencemarkan reputasi kementerian. Pada masa sama, mereka menyebabkan banyak masalah dan ketidakselesaan kepada pelajar serta mengganggu proses pembelajaran,” katanya.

Terdahulu Mohd Puad melawat SMK Pakan di Pakan di Bahagian Sarikei untuk melihat sendiri kemajuan pembinaan satu projek baharu bernilai RM7.8 juta.

Mohd Puad turut melahirkan rasa kesal dan marah terhadap kontraktor berpusat berkenaan yang gagal menyiapkan 18 bilik darjah baharu, empat asrama dan satu dewan makan selepas mendapat projek itu pada awal 2010.

Walaupun diberi lanjutan masa sehingga Ogos 2012, kontraktor berkenaan masih gagal menyiapkan 10 peratus daripada kerja-kerja itu, antaranya dewan makan.

“Kami akan melantik kontraktor baharu dan pada masa sama mencadangkan kontraktor berpusat itu disenarai hitam,” katanya.

Mohd Puad berkata walaupun terdapat beberapa projek sakit di negeri ini tahun lepas, 58 daripadanya berjaya disiapkan.

Beliau berkata terdapat dua sekolah baharu yang memulakan sesi persekolahan tahun ini iaitu SMK Julau di Julau dan SM Sains Kuching Utara di Kuching.  – Bernama

Gadis bawah umur hanyut dibuai cinta – Metro


Gadis bawah umur hanyut dibuai cinta

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Akibat kejutan budaya dan rasa sayang yang mendalam, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun sanggup membiarkan tubuhnya menjadi ‘santapan’ teman lelaki yang baru dikenali beberapa bulan. Semuanya kerana kepercayaan yang tidak berbelah bagi kepada kekasihnya.

Biarpun dilarang ibu bapanya keluar rumah, dia tidak peduli asal saja dapat memenuhi permintaan lelaki buaya darat itu.

Remaja yang mahu dikenali sebagai Baizura berkata, semuanya gara-gara perasaan cinta mendalam hingga dia sanggup membelakangkan orang tuanya.

“Awal persekolahan, saya ditempatkan di asrama penuh. Faham saja apabila duduk di asrama semuanya dalam keadaan terkawal dan penuh dengan larangan. Tiada televisyen, radio mahupun telefon.

 
“Aktiviti kami hanya pergi kelas, dewan makan, perpustakaan dan kokurikulum. Jujurnya, sudah bosan dengan jadual sama setiap hari, namun terpaksa ikut sebab tiada pilihan,” kata anak bongsu enam beradik ini.

Menurut Baizura, episod hitamnya bermula apabila dia ditimpa kemalangan motosikal menyebabkan dia koma lima hari di hospital akibat darah beku.