Guru PJJ/OUM – NUTP


Guru PJJ/OUM

Untuk Makluman Ahli-Ahli KPPK

Guru-Guru baru yang keluar dari IPGM atau Universiti (sepenuh masa) yang memperolehi Ijazah akan  dianggap sebagai lantikan baru dan ditawarkan ke gred DG41.

Manakala bagi guru-guru yang telah berada dalam sistem atau telah dilantik oleh SPP dan melanjutkan pelajaran (PJJ/OUM) akan ditawarkan gred naik pangkat DG42.

Gred DG41 dan DG42 gaji adalah sama.

Untuk kumpulan guru yang tamat PJJ/OUM yang belum dilantik oleh SPP boleh menunggu iklan pada bulan April untuk memohon kegred DG42.

Sekian, harap maklum

PN LOK YIM PHENG

Setiausaha Agung NUTP

Tarikh Berita/News Date:

SEMAKAN PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) DG41 LANTIKAN TETAP 2 SEPTEMBER 2013


SEMAKAN PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) DG41 LANTIKAN TETAP 2 SEPTEMBER 2013

29 August 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa maklumat PENEMPATAN GURU BAHARU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) BAGI GRADUAN IPTA dan IPGM yang telah diperaku boleh disemak di laman web KPM (klik di sinibermula 29 OGOS 2013.

Tuan/puan yang membuat semakan boleh menghubungi Jabatan/Bahagian sebagaimana yang tertera di ruang MAKLUMAN untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penempatan tuan/puan.

SURAT SIARAN PEMAKAIAN KRITERIA KECEMERLANGAN BAGI URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) YANG MEMPUNYAI PENGALAMAN SEBAGAI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIP


SURAT SIARAN PEMAKAIAN KRITERIA KECEMERLANGAN BAGI URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) YANG MEMPUNYAI PENGALAMAN SEBAGAI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIP

26 August 2013

As-Salam dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan Pemakaian Kriteria Kecemerlangan  dalam urusan kenaikan pangkat TBBK bagi PPPS yang mempunyai pengalaman sebagai PPPLD di KPM bagi semua pegawai berikut:

 

3.1       PPPS Gred DG41 ke Gred DG44; dan

 

3.2       PPPS Gred DG44 ke Gred DG48.

 

Maklumat berikut adalah seperti lampiran di bawah.

 

Muat Turun
Surat Siaran Urusan Kenaikan Pangkat TBBK Ex-PPPLD Julai – Disember 2013

URUSAN PEMANGKUAN GURU BESAR PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) DARI GRED DG41 KE GRED DG44 SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) TAHUN 2013


URUSAN PEMANGKUAN GURU BESAR PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) DARI GRED DG41 KE GRED DG44 SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) TAHUN 2013

17 May 2013

Muat Turun
SURAT SIARAN
LAMPIRAN CARTA ALIR

SEMAKAN URUSAN TEMU DUGA JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH GRED DG41 – SPP


SEMAKAN URUSAN TEMU DUGA JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH GRED DG41 BAGI CALON-CALON BERIKUT:

  1. GRADUAN IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN TAHUN 2012 YANG TERCICIR DALAM URUSAN TEMU DUGA PADA BULAN FEBRUARI HINGGA APRIL 2013

 

  1. GURU INTERIM YANG BERKHIDMAT DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SKJC) YANG TELAH MEMILIKI KELAYAKAN IKHTISAS PENDIDIKAN

 

  1. GRADUAN IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN GRADUAN IPGM DAN IPTA YANG TAMAT PENGAJIAN PADA BULAN JUN DAN DISEMBER 2012 YANG TIDAK HADIR TEMU DUGA DAN HADIR TIDAK DITEMU DUGA DALAM URUSAN TEMU DUGA PADA BULAN NOVEMBER DAN DISEMBER 2012

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran akan menjalankan temu duga pelantikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 bagi calon-calon tersebut. Temu duga akan dijalankan mulai 20 Mei 2013 hingga 23 Mei 2013. Semakan boleh dibuat di sini mulai 16 Mei 2013. Graduan juga diingatkan untuk membawa dokumen-dokumen berkaitan seperti dalam senarai semak.

Muat naik pada 16 Mei 2013

 

KEPUTUSAN TEMU DUGA JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41 BAGI CALON GRADUAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM) DAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) YANG DITEMU DUGA MULAI 19 FEBRUARI 2013. – SPP


KEPUTUSAN TEMU DUGA JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41 BAGI CALON GRADUAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM) DAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) YANG DITEMU DUGA MULAI 19 FEBRUARI 2013.

Keputusan ini akan dimuat naik secara berperingkat mengikut tarikh temu duga. Bagi calon yang berjaya dalam urusan tersebut, surat tawaran pelantikan akan dikemukakan terus kepada calon. Keputusan boleh disemak di sini.

Tarikh temu duga:

19 Februari 2013 – 22 Februari 2013
25 Februari 2013 – 1 Mac 2013
5 Mac 2013 – 8 Mac 2013
11 Mac 2013 – 15 Mac 2013
19 Mac 2013 – 22 Mac 2013
26 Mac 2013 – 28 Mac 2013
17 April 2013 – 19 April 2013

Muat naik pada 3 Mei 2013 dan dikemaskini pada 7 Mei 2013

 

Permohonan Pengecualian Temu Duga Pelantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 Bagi Calon-Calon Kategori Cemerlang.Muat naik pada 11 Mac 2013 – SPP


Permohonan Pengecualian Temu Duga Pelantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 Bagi Calon-Calon Kategori Cemerlang.Muat naik pada 11 Mac 2013

PEKELILING BIL. 1 TAHUN 2013

Permohonan Pengecualian Temu Duga Pelantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 Bagi Calon-Calon Kategori Cemerlang.Muat naik pada 11 Mac 2013

 

PEMAKLUMAN PENEMPATAN GURU INTERIM SK


PEMAKLUMAN PENEMPATAN GURU INTERIM SK

04 March 2013

Assalamu’alaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Perhatian:

i.        Dimaklumkan bahawa  calon-calon yang terlibat dengan sesi temuduga lantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPPS) DG41 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran adalah dibenarkan untuk menangguhkan urusan melapor diri bertugas sehingga 30 Mac 2013 bagi menghadiri temuduga pelantikan tersebut.

ii.       Semua perbelanjaan bagi urusan melapor diri ke tempat bertugas adalah di bawah tanggungan calon.

Senarai nama guru yang telah ditawarkan penempatan sebagai guru Interim terlatih berkuatkuasa 1 Mac 2013 adalah seperti lampiran di bawah.

 

Sekian, terima kasih.

 

Muat Turun
Lampiran 1 – Sabah
Lampiran 2 – Sarawak
Lampiran 3 – Sarawak

Siswazah pendidikan ke gred DG41 – Utusan


Siswazah pendidikan ke gred DG41

Oleh MD. AZRIN ROSLY
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Seramai 7,824 siswazah pendidikan lulusan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang menamatkan pengajian selepas Jun 2012 sedang dipertimbangkan untuk pelantikan sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah (PPPS) gred DG41.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, daripada jumlah tersebut, 2,791 siswazah cemerlang yang memperoleh purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.5 dan ke atas, mendapat keputusan A- dalam praktikum serta diperaku oleh IPTA dan IPGM, tidak perlu ditemu duga untuk pelantikan tetap.

“Mereka terdiri daripada 1,601 graduan IPTA dan 1,190 graduan IPGM hanya perlu menjalani sesi penilaian khas yang akan dilaksanakan oleh SPP.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130220/dn_08/Siswazah-pendidikan-ke-gred-DG41#ixzz2LQ4Q8pzf
© Utusan Melayu (M) Bhd

SEMAKAN URUSAN TEMU DUGA JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH GRED DG41 BAGI GRADUAN PENDIDIKAN LULUSAN INSTITUSI PENGAJAN TINGGI AWAM DAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA TAHUN 2012 – SPP


SEMAKAN URUSAN TEMU DUGA JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH GRED DG41 BAGI GRADUAN PENDIDIKAN LULUSAN INSTITUSI PENGAJAN TINGGI AWAM DAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA TAHUN 2012

 

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran akan menjalankan temu duga pelantikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 bagi graduan pendidikan lulusan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang bergraduat pada tahun 2012 dan graduan pendidikan lulusan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) tahun 2012 yang bergraduat selepas Jun 2012. Temu duga yang melibatkan seramai 5,033 orang calon akan dijalankan di seluruh negara mulai 19 Februari 2013 hingga 27 Mac 2013. Semakan secara berperingkat mengenai temu duga tersebut boleh dibuat di portal Suruhanjaya diwww.spp.gov.my mulai 15 Februari 2013. Baki seramai 2,791 orang calon perlu menjalani sesi penilaian khas oleh Suruhanjaya. Maklumat mengenai program tersebut akan dimaklumkan dalam sedikit masa lagi. Semak di siniMuat naik pada 15 Februari 2013