Semakan Keputusan Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) Mod Kursus Dalam Cuti (KDC) Ambilan Khas Disember 2012


Semakan Keputusan Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) Mod Kursus Dalam Cuti (KDC) Ambilan Khas Disember 2012

Sukacita dimaklumkan, semakan keputusan Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) Mod Kursus Dalam Cuti (KDC) Ambilan Khas Disember 2012 boleh  dibuat  mulai 10 Disember 2012 (Isnin). Calon boleh menyemak keputusan tersebut dengan melayari laman sesawang : http://apps.moe.gov.my/abpg/tawarInterim

Semakan Panggilan Ujian MTeST bagi Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) Ambilan Tahun 2013


Semakan Panggilan Ujian MTeST bagi Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) Ambilan Tahun 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Panggilan Ujian MTeST bagi Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) Ambilan Tahun 2013 boleh dibuat di sini  bermula 12 Oktober 2012.

Harap maklum.

IKLAN PERMOHONAN BAGI MENGIKUTI DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (DPLI-SR) j-QAF AMBILAN TAHUN 2013


IKLAN PERMOHONAN BAGI MENGIKUTI DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (DPLI-SR) j-QAF AMBILAN TAHUN 2013

Berikut dilampirkan iklan permohonan bagi mengikuti Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Mode Latihan Berasaskan Sekolah (LPBS) Ambilan Tahun 2013.
Muat turun
Iklan J-QAF 2012

35 tahun masih DG41 – Berita Harian


35 tahun masih DG41

07:09:44 AM Oleh S Anand Kumar CetakEmel Kawan

15,000 guru ada sijil, diploma patut naik gred: NUTP

Kuala Lumpur: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan kira-kira 15,000 guru lepasan sijil dan diploma perguruan yang berkhidmat lebih 35 tahun dipertimbangkan untuk kenaikan ke gred DG41. Ia dianggap wajar berdasarkan pengalaman dan jumlah tahun mereka berkhidmat sebagai menghargai jasa guru berkenaan.
Presiden NUTP, Hashim Adnan, berpendapat adalah wajar pengalaman perkhidmatan guru terbabit dijadikan sebagai asas untuk kenaikan gred dan bukannya mengutamakan kelayakan akademik.

“Walaupun sudah berkhidmat lebih 35 tahun, NUTP mendapati ada sebilangan guru yang masih kekal di gred DG34 dan DG38 kerana kenaikan (gred) adalah berdasarkan kelayakan akademik.

“Jika mahu dilihat dari segi kelayakan akademik, kita berasakan tidak wajar kerana segelintir mereka sudah berusia lebih 50 tahun dan ada juga yang hampir bersara,” katanya kepada BH, semalam.

Mac tahun lalu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meluluskan permohonan Kementerian Pelajaran meningkatkan had usia pemohon Program Pensiswazahan Guru (PPG) daripada 45 tahun kepada 47 tahun untuk mencapai sasaran 60,000 guru sekolah rendah dan menengah memiliki ijazah menjelang 2015.
Syarat mohon ke PPG

Sebelum itu, syarat bagi permohonan ke PPG tidak melebihi 45 tahun, selain memiliki Diploma Pendidikan/Perguruan atau Sijil Perguruan dan tidak berdaftar dengan mana-mana universiti sebagai pelajar sepenuh masa atau sambilan tajaan kementerian.

Hashim berharap Kementerian Pelajaran akan mempertimbangkan cadangan itu yang sudah dipanjangkan kepada JPA, baru-baru ini.

“Tempoh perkhidmatan lebih 35 tahun adalah satu pengalaman cukup luas selain warga pendidik itu juga sudah menghadiri pelbagai kursus berkaitan perguruan. Kita melihat pengalaman itu cukup wajar untuk mereka menikmati kenaikan gred,” katanya.

Beliau berkata, NUTP juga akan mengemukakan syor itu kepada Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam yang ditubuhkan kerajaan bagi mengkaji secara komprehensif perkhidmatan awam negara.