Disambar api menjulang – Metro


Disambar api menjulang

 8  0 Google +0  0  1

Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Bagan Serai: Lima kanak-kanak sebuah tadika di Taman Serai Mayang, di sini, yang menikmati juadah sarapan, melecur selepas disambar api gas memasak, semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa yang berusia antara lima dan enam tahun dikatakan terkena api sebaik seorang daripada guru di tadika itu cuba menghidupkan api pada dapur memasak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai Zainudin Mohd Nordin berkata, guru terbabit yang mahu memasak air dikatakan cuba menghidupkan api tanpa menyedari kebocoran gas yang berlaku.

“Api yang dihidupkan guru terbabit dikatakan tiba-tiba menjulang naik hingga mengenai dinding dapur sebelum percikannya turut mengenai kanak-kanak yang makan di meja berhampiran dapur berkenaan.
“Akibat kejadian itu, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dikenal pasti mengalami kecederaan serius di muka dan tangan, manakala empat lagi pelajar hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.