Dua rakan karib berumur 9 tahun maut terjatuh lubuk – Utusan


Dua rakan karib berumur 9 tahun maut terjatuh lubuk

01/11/2011 8:06pm

 

 

Oleh RAHANA MOHD.DAHARI

 

TUMPAT 1 Nov. – Dua rakan karib ditemui lemas dalam keadaan berpelukan selepas tergelincir ke dalam sebuah lubuk ketika cuba menangguk ikan dalam kejadian di bendang Kampung Pauh Ganja, Pasir Pekan di sini, petang semalam.

Mayat mangsa, Norlaila Ghazali, 9, dan rakannya, Siti Syahidah Abu Bakar, 9, kedua-duanya murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Pohon Tanjong di sini, ditemui dalam keadaan berpelukan oleh bapa Norlaili, Ghazali Nawi, 43, kira-kira pukul 5 petang di dasar lubuk sedalam kira-kira dua meter itu.

Kedua-dua mangsa dikatakan pergi ke lubuk berkenaan untuk menangguk ikan bersama tiga lagi rakan mereka, termasuk kakak Siti Syahidah, Siti Nordayini, 10, yang turut nyaris lemas ketika cuba menyelamatkan mangsa.

Dua lagi rakan mereka, Nur Husna Tasni Anuar, 9, dan adiknya, Nur Shafikah, 8, bagaimanapun terselamat. – Utusan