Pelajar tingkatan dua dirogol teman lelaki – Sinar Harian


Pelajar tingkatan dua dirogol teman lelaki
WARTAWAN SINAR HARIAN
7 Julai 2012
DUNGUN – Tindakan seorang gadis sunti berumur 14 tahun mengikut teman lelakinya ke sebuah rumah di Sura dekat sini mengundang padah apabila dia dipercayai menjadi mangsa rogol lelaki terbabit.

Peristiwa hitam membabitkan pelajar tingkatan dua salah sebuah sekolah di bandar Dungun itu dipercayai berlaku pada 2 Julai lalu ketika gadis berkenaan bermalam di rumah nenek teman lelakinya di Kampung Cina, dekat sini.

Kejadian disedari mangsa sebaik dia bangun daripada tidur lalu mendapati pakaiannya telah tertanggal, manakala teman lelakinya itu difahamkan berada di sisinya.

Mangsa mengesyaki telah dinodai oleh teman lelakinya membuat laporan di Balai Polis Dungun berkaitan kejadian tersebut kira-kira jam 12 tengah malam, 4 Julai lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ismail Abdullah mengesahkan menerima laporan dan siasatan sedang dijalankan.

Ibu cari Nor Fatin Adhirah hilang sejak 6 Jun lalu – Sinar Harian


Ibu cari Nor Fatin Adhirah hilang sejak 6 Jun lalu
WARTAWAN SINAR HARIAN
6 Julai 2012

Nor Fatin Adhirah
DUNGUN – Gara-gara menjalinkan hubungan cinta dengan abang tiri, seorang gadis berusia 16 tahun bertindak melarikan diri bersama teman lelakinya itu setelah hubungan mereka dipercayai mendapat tentangan daripada ahli keluarga.

Kehilangan Nor Fatin Adhirah, 16 disedari ibunya, Nik Hasnah Nik Kob,58, kira-kira jam 11 pagi, 6 jun 2012 apabila melihat anak gadisnya itu tiada di rumah.

Bimbang perkara buruk berlaku pada bekas pelajar di sebuah sekolah menengah di sini, ibunya kemudian membuat satu laporan polis di Balai Polis Dungun pada 9 jun 2012 jam 4.25 petang.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan menerima laporan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 363 atas kesalahan melarikan orang daripada jagaan sah.

Nor Fatin mempunyai ketinggian 155 sentimeter berambut pendek dan badan kurus.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai gadis ini boleh hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun menerusi talian 09-8482222 atau balai polis berhampiran atau Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah, Sarjan Yusuf Deraman, talian 013-9359641 .