Empat maut MPV jatuh gaung dekat Kulaijaya – Utusan


Empat maut MPV jatuh gaung dekat Kulaijaya

18/12/2011 2:18pm

JOHOR BAHRU 18 Dis. – Empat orang maut apabila sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas lalu jatuh ke dalam gaung di Kilometer 33.7 Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran simpang masuk ke Kulaijaya, dekat sini semalam.Seorang penumpang mati di tempat kejadian, manakala tiga yang lain meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi dalam kejadian kira-kira 5.30 petang semalam.Empat penumpang yang maut ialah Ng Sin Yun, 17; Tey Jia Xin, 17; Winnie Ng, 16; dan Ching Hui Sean, 16. – UTUSAN