Dilari angkara cemburu – Metro


Dilari angkara cemburu

Oleh Mohd Fauzi Abdullah
fauzie@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUANTAN: Ibu Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, yang diculik kelmarin, mengesyaki dengki serta cemburu menjadi punca anak sulungnya itu dilarikan dua lelaki dan seorang perempuan ketika dalam perjalanan pulang bersama dua adiknya dari kedai telekomunikasi, 100 meter dari rumahnya di Taman Tas, di sini, petang Ahad lalu.

Nor Mala Mohd Lazin, 33, berkata, pada jam 2 pagi semalam, dia dihubungi lelaki dikenali memaklumkan Nur Fatihah yang lebih mesra dipanggil ‘kakak’, selamat.

Katanya, lelaki berusia lingkungan 20 tahun itu memberitahu dia dihubungi remaja perempuan berusia 15 tahun yang juga dikenali keluarganya, memaklumkan Nur Fatihah kini di rumah ibu angkat seorang daripada individu yang melarikannya.

“Namun dia enggan memberitahu di mana rumah itu dan ibu angkat siapa yang menimbulkan tanda tanya kami,” katanya.

 
Menurutnya, dalam perbualan selama dua jam itu, dia juga dimaklumkan remaja perempuan berkenaan memberitahu lelaki itu dia sakit hati dengan Nur Fatihah yang baru tiga bulan berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan, di sini.

‘Lelaki tarik kakak’ – Metro


‘Lelaki tarik kakak’

Oleh Mohd Fauzi Abdullah dan Azlina Zulkifli
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SEDIH...Nor Mala menangis ketika menceritakan kejadian Siti Nur Fatihah diculik. Gambar kecil, Siti Nur Fatihah, diculik.
SEDIH…Nor Mala menangis ketika menceritakan kejadian Siti Nur Fatihah diculik. Gambar kecil, Siti Nur Fatihah, diculik.

KUANTAN: ‘Baby…tolong kakak,’ jerit seorang remaja perempuan berusia 15 tahun sebelum dipercayai diculik tiga individu termasuk seorang wanita ketika dalam perjalanan pulang selepas membeli kad prabayar bersama dua adiknya kira-kira 100 meter dari rumahnya di Taman Tas, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, Siti Nur Fatihah Mahadi, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan di sini, diseret ke dalam sebuah kereta Honda berwarna ungu gelap yang berhenti di depan kedai berkenaan sebelum memecut meninggalkan kawasan itu.

Ketika kejadian, Siti Nur Fatihah bersama dua adiknya, Muhammad Syahmi Aiman dan Siti Nurul Aisyah, 11, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka.

Menceritakan kejadian itu, Nurul Aisyah berkata, tiba-tiba kereta dipandu seorang wanita berhenti di depan mereka sebelum seorang lelaki yang duduk di belakang keluar dan menarik kakaknya masuk ke dalam kenderaan itu.

 
“Kakak menjerit kepada Muhammad Syahmi ‘Baby..tolong kakak’ sebelum dia dan saya cuba menyelamatkan kakak dengan menarik tangannya sekuat hati,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.