TPM umum tujuh teras transformasi pendidikan pedalaman Sabah, Sarawak – Utusan


TPM umum tujuh teras transformasi pendidikan pedalaman Sabah, Sarawak

Oleh HISYAMUDDIN AYUB

BELURAN 18 April – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan tujuh teras utama dalam Pelan Transformasi Pendidikan Sekolah Pedalaman Sabah dan Sarawak.

Antara teras tersebut ialah meningkatkan kualiti kepimpinan dan kemahiran mengurus, infrastruktur fizikal, akses Internet dan persekitaran pembelajaran maya – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130418/dn_20/TPM-umum-tujuh-teras-transformasi-pendidikan-pedalaman-Sabah-Sarawak#ixzz2QnhfHGD9
© Utusan Melayu (M) Bhd

OPERASI KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN DI ARAS 1, BLOK E12, KOMPLEKS E, PUTRAJAYA


OPERASI KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN DI ARAS 1, BLOK E12, KOMPLEKS E, PUTRAJAYA

08 March 2013

Operasi Kaunter Khidmat Pelanggan Di Aras 1, Blok E12, Kompleks E, Putrajaya

Tarikh Mula Operasi : 11 Mac 2013 (Isnin)

Bahagian Terlibat :    i) Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
                                   ii) Bahagian Kewangan
                                   iii) Bahagian Akaun

PELAKSANAAN APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM)


PELAKSANAAN APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM)

Kategori Surat Siaran
Bil 38
Tahun 2013
Jabatan Bahagian Pengurusan Maklumat
Fail PELAKSANAAN APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM)
Tarikh 10 January 2013

Semakan Keputusan Panggilan Temu Duga Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI-SR) j-QAF Mod LPBS Ambilan Tahun 2013


Semakan Keputusan Panggilan Temu Duga Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI-SR) j-QAF Mod LPBS Ambilan Tahun 2013

 

 

Untuk makluman lanjut lawat di sini. http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/dpli-jqaf2012/semakan_tduga/login.cfm

Kanak-kanak hilang dibawa arus Sungai Larah – Bernama


Kanak-kanak hilang dibawa arus Sungai Larah

2012/05/04

IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun hilang manakala ibu bapanya terselamat selepas di hanyutkan arus deras ketika mandi di kawasan perkelahan Sungai Larah, Bukit Berapit dekat Taiping hari ini.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Yusof Mohd Diah, berkata kanak-kanak yang hilang itu ialah Alif Aiman Zamzuri berasal dari Kampung Teloi Kanan, Kuala Ketil, Kedah.

Keluarga berkenaan yang dalam perjalanan dari Ipoh ke Baling, Kedah dikatakan berhenti di tepi jalan berhampiran kawasan perkelahan itu untuk berehat dan mandi pada jam 4.15 petang.

“Semasa mereka mandi di sungai itu tiba-tiba satu kepala air kuat turun dari arah hulu sungai dan menghanyutkan mereka bertiga,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Yusof berkata, pasangan suami isteri itu berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut pada sebatang pokok di tepi kawasan perkelahan itu, manakala anak mereka hilang dibawa arus deras.

Sehingga petang ini, kanak-kanak itu belum ditemui dan gerakan mencari dan menyelamat dijalankan oleh polis dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. – BERNAMA

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2011 HARI INI! (21.03.2012)


PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2011 HARI INI! (21.03.2012)

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.

Sekian, terima kasih.

Sekolah Sahabat JPS, UNISEL capai matlamat – Berita Harian


Sekolah Sahabat JPS, UNISEL capai matlamat
Oleh Basir Zahrom
basir@bharian.com.my
2012/03/20

ANuAR (depan, lima dari kanan) dan Khalid (enam dari kiri) bersama pengetua, pegawai pelajaran daerah
sekitar Selangor dan guru sekolah dalam majlis pelancaran SSu 2012, baru-baru ini.

ANuAR (depan, lima dari kanan) dan Khalid (enam dari kiri) bersama pengetua, pegawai pelajaran daerah sekitar Selangor dan guru sekolah dalam majlis pelancaran SSu 2012, baru-baru ini.

BAGI meningkatkan kualiti pendidikan pelajar Melayu, Universiti Selangor (UNISEL) dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Selangor (JPS) menganjurkan Program Sekolah Sahabat UNISEL (SSU) 2012.

Program membabitkan 400 pelajar Tingkatan Lima dari 10 sekolah menengah terpilih sekitar Selangor itu adalah sebahagian aktiviti tanggungjawab sosial UNISEL dalam usaha membangunkan generasi muda lebih berdaya saing.

Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Selangor (JPS), Khalid Jaafar, berkata program yang sudah masuk tahun ketiga penganjurannya itu dapat meningkatkan prestasi pelajar khususnya calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pihak JPS menyokong penuh mana-mana pihak yang menganjurkan program berteraskan pendidikan seumpama ini kerana bukan mudah menjayakannya terutama apabila membabitkan banyak pihak. -Khalid Jaafar, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Selangor (JPS)

Beliau berkata, kepakaran pensyarah UNISEL yang disumbangkan kepada guru dan pelajar diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

“Pihak JPS menyokong penuh mana-mana pihak yang menganjurkan program berteraskan pendidikan seumpama ini kerana bukan mudah menjayakannya terutama apabila membabitkan banyak pihak.

“Contohnya, program ini membabitkan Yayasan Selangor, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), JPS dan UNISEL sendiri, jadi diharap perbezaan fahaman politik diketepikan dan tidak menjadi halangan menjayakan program ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan SSU 2012 di UNISEL Kampus Shah Alam, baru-baru ini. Hadir sama, Pemangku Naib Canselor UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad.
Dr Anuar berkata, sejak dimulakan dua tahun lalu, program itu membantu pelajar menghadapi SPM terutama bagi mata pelajaran kritikal iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Katanya, sebelum ini SSU berjaya meningkatkan keyakinan diri dan sahsiah pelajar serta memperbaiki status sekolah menengah kebangsaan luar bandar, majoriti pelajarnya daripada keluarga kurang berkemampuan.

“Selain SSU, kami juga menghantar 50 pensyarah ke 10 sekolah menengah kebangsaan (SMK) sekitar kawasan untuk mengajar Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

“Dua fakulti yang menjayakan SSU iaitu Fakulti Sains dan Bioteknologi bagi mata pelajaran Sains dan Matematik dan Fakulti Pendidikan & Sains Sosial untuk subjek Bahasa Inggeris dan program motivasi.

“Tahun ini kelompok 10 sekolah baru dipilih berbanding tahun lalu, antaranya SMK Bagan Terap, SMK Raja Muda Musa, SMK Abdul Jalil, SMK Sijangkang Jaya, SMK Ampang Pechah, SMK Bukit Gading dan SMK Meru,” katanya.

Lantik ahli panel pantau sekolah Tamil – Utusan


Lantik ahli panel pantau sekolah Tamil

PETALING JAYA 18 Mac – Kementerian Pelajaran perlu melantik ahli panel berpengalaman untuk mendalami perkembangan sekolah Tamil di negara ini bagi membentuk laporan yang lebih komprehensif dalam merangka pelan strategik hala tuju pendidikan negara.

Penganalisis politik, Anbumani Balan berkata, kementerian juga boleh melantik ahli korporat tersohor serta mengambil kira faktor masa depan dan penambahbaikan sekolah Tamil.

Sambil menyifatkan keputusan kerajaan melancarkan sesi dialog pendidikan kebangsaan sebagai terbaik, beliau berkata, langkah itu dapat membentuk pelan strategik yang lebih mantap, rasional dan berwibawa selaras dengan gagasan 1Malaysia.

“Gandingan tersebut akan lebih kukuh sekiranya kumpulan ahli panel digandingkan dengan penyertaan mereka yang mempunyai kepakaran dalam pembangunan serta hala tuju Sekolah Tamil ataupun Sekolah Cina,” kata Anbumani ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Harapan dan cabaran Sekolah Tamil di Malaysia’ pada satu forum di sini hari ini.