Cabul anak jiran: Kontraktor didenda RM7,000 – Sinar Harian


Cabul anak jiran: Kontraktor didenda RM7,000

WARTAWAN SINAR HARIAN
9 Januari 2013
Cabul anak jiran: Kontraktor didenda RM7,000
Tertuduh dikawal ketat anggota polis keluar dari mahkamah selepas denda diputuskan, semalam.

KOTA BHARU – Seorang kontraktor didenda RM7,000 selepas mengaku bersalah mencabul anak jirannya dalam bilik tidur sebuah rumah di Jalan Pengkalan Chepa di sini, tahun lalu.

Hukuman diputuskan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly terhadap Hussni Hussain, 47, dari kampung sama.

Hussni didakwa pada pertuduhan pindaan menggunakan kekerasan jenayah ke atas remaja berusia 13 tahun itu dengan niat mencabul kehormatannya pada jam 3 pagi, 13 Mac di rumah mangsa.

Dalam kejadian itu, mangsa sedang bermain komputer di ruang tamu didatangi tertuduh dan berpura-pura bertanya tentang mancis yang didakwa tertinggal.

Mangsa yang curiga dengan tertuduh kemudian berlari ke dalam bilik tetapi diekori sebelum lelaki itu memegang bahu dan cuba membaringkannya.

Dia bagaimanapun sempat menepis dan berlari ke arah bilik air serta bersembunyi selama 15 minit sebelum menjerit memberitahu abangnya yang sedang menjual burger di luar rumah.

Pada prosiding semalam, Mohd Fazaly Ali turut mengarahkan tertuduh membayar pampasan berjumlah RM3,000 kepada tertuduh selain RM500 dikenakan untuk kos pendakwaan.

Tertuduh dilihat meninggalkan mahkamah setelah denda dan pampasan itu dijelaskan.

Mangsa, pelajar kongsi dewan – Metro


Mangsa, pelajar kongsi dewan

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PASIR PUTEH: Mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di dua buah sekolah di daerah ini terpaksa berkongsi tempat dengan lebih 800 pelajar ketika sesi pertama persekolahan di negeri ini bermula hari ini.

Pengurusan sekolah itu, iaitu Sekolah Menengah (SM) Kamil dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Awang terpaksa mengorbankan dewan sekolah bagi memberi kemudahan kepada mangsa banjir.
Sebelum ini, dewan sekolah berkenaan sering digunakan sebagai tempat berhimpun pelajar, murid serta guru terutama pada hari pertama persekolahan, namun, disebabkan mangsa banjir masih berada di dewan, pihak sekolah perlu mengambil inisiatif mengadakan perhimpunan di tempat lain.

 

Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, Hussain Awang berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah berhubung penggunaan dewan bagi mangsa banjir, malah meminta pengurusan sekolah memberi kerjasama sepenuhnya.