Semakan Tawaran Latihan Perguruan bagi GSTT Ambilan ke-2 Dis 2011


Semakan Tawaran Latihan Perguruan bagi GSTT Ambilan ke-2 Dis 2011

Tawaran Latihan Perguruan bagi calon Guru Sandaran Tidak Terlatih Ambilan ke-2 Disember 2011 boleh disemak melalui url http://apps.moe.gov.my/abpg/gstt_tawar/

60% GSTT lanjut pelajaran – Utusan


60% GSTT lanjut pelajaran

 

Oleh HASHNAN ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my

 

PUTRAJAYA 19 Dis. – Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang berjumlah 13,184 orang kini boleh menarik nafas lega apabila lebih 60 peratus daripadanya telah diterima masuk untuk mengikuti latihan perguruan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan universiti awam terpilih.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, daripada jumlah itu, kira-kira 7,079 guru GSTT akan dihantar mengikuti latihan perguruan selama dua tahun di IPGM dan universiti awam terpilih mulai tahun depan.

Menurutnya, pada masa sama terdapat satu kumpulan seramai 1,799 guru GSTT yang sedang mengikuti kursus dalam cuti termasuklatihan perguruan.

”Dalam permohonan yang sama, kita turut mendapati kira-kira 2,788 guru GSTT terbabit tidak menampilkan dokumen yang lengkap.

”Tetapi untuk mereka ini, kami akan buka proses rayuan sehingga 26 Disember ini untuk mengemukakan dokumen yang diperlukan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Guru Sandaran Khas di sini, hari ini.

Daripada 7,079 guru GSTT tersebut, kira-kira 4,433 orang akan mengikuti latihan perguruan di universiti awam manakala bakinya pula di IPGM.

Bagi permohonan yang tidak layak mengikuti latihan perguruan itu pula, Ka Siong berkata, mereka akan ditawarkan kontrak untuk perkhidmatan (CFS) bagi meneruskan khidmat di sekolah yang memerlukan.

Menurutnya, kegagalan mereka itu disebabkan tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan, antaranya umur melebihi 35 tahun dan tidak berkhidmat melebihi dua tahun berturut-turut.

”Dalam permohonan itu, kira-kira 916 permohonan GSTT dikira tidak layak kerana melebihi had umur yang ditetapkan dan 2,012 lagi tidak berkhidmat melebihi dua tahun secara berturut-turut.

”Penawaran CFS itu akan dibuat untuk tempoh tiga bulan dan ia boleh diperbaharui berdasarkan keperluan semasa,” katanya.

KEPUTUSAN SEMAKAN LATIHAN PERGURUAN BAGI GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (GSTT) AMBILAN DISEMBER 2011 MOD SEPENUH MASA


KEPUTUSAN SEMAKAN LATIHAN PERGURUAN BAGI GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (GSTT) AMBILAN DISEMBER 2011 MOD SEPENUH MASA

Sukacita dimaklumkan bahawa Keputusan Semakan Latihan Perguruan bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Ambilan Disember 2011 Mod Sepenuh Masa boleh dibuat mulai 19 Disember 2011 melalui url http://apps.moe.gov.my/abpg/gstt_tawar/