Guru bertugas di pejabat tak dipinggir – Metro


Guru bertugas di pejabat tak dipinggir

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

GEORGE TOWN: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) semalam menyangkal dakwaan guru yang dipindah bertugas ke jabatan pelajaran negeri serta pejabat pelajaran daerah dipinggirkan daripada kenaikan pangkat.

Sebaliknya kata Presiden kesatuan Hashim Adnan, NUTP sudah menghantar kertas kerja kepada Kementerian Pelajaran, menyarankan guru terbabit turut dipertimbang untuk kenaikan pangkat.
“Memang kementerian beri keutamaan kepada mereka yang mengajar di sekolah dahulu, tetapi ia tidak bermakna mereka bertugas di jabatan pelajaran negeri dan pejabat pelajaran daerah di pinggirkan, beri sedikit masa dan kami tetap akan bela nasib mereka,” katanya.

 

Beliau diminta mengulas keluhan sekumpulan guru yang mendakwa mereka dianak tirikan dari segi kenaikan pangkat setelah dipindah bertugas ke pejabat pelajaran. – Bernama