Guru Fardu Ain maut ditolak keluar daripada kenderaan
KOTA BHARU 25 Mac – Seorang guru Fardu Ain maut, dipercayai selepas ditolak keluar daripada sebuah kereta disyaki dinaiki penjenayah dalam kejadian di persimpangan Kampung Sat Hilir, Tanah Merah, semalam.
Dalam kejadian itu, Rafiah Seman, 54, yang juga ahli Amanah Ikhtiar Malaysia dipercayai bergelut dengan penjenayah terbabit sebelum ditolak keluar daripada kenderaan yang dikatakan sedang bergerak laju.
Mangsa ditemui oleh seorang pemandu kereta kira-kira pukul 10.30 pagi dalam keadaan berlumuran darah serta tidak sedarkan diri.
Guru wanita itu kemudiannya dibawa ke Hospital Tanah Merah, namun disahkan meninggal dunia pada pukul 8.45 malam akibat kecederaan pada bahagian badan selain berlaku pendarahan dalaman. – UTUSAN
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130325/je_07/Guru-Fardu-Ain-maut-ditolak-keluar-daripada-kenderaan#ixzz2OXmZdadX
© Utusan Melayu (M) Bhd