Kahwin Muda Untuk Jaga Nama Baik Keluarga – mStar


Kahwin Muda Untuk Jaga Nama Baik Keluarga

Oleh LOH FOON FONG

PETALING JAYA: Takut terhadap berlakunya kehamilan yang tidak diingini adalah salah satu sebab mengapa ibu bapa membenarkan anak-anak mereka untuk berkahwin awal.

Penjagaan Awal Kanak-kanak dan Majlis Pendidikan (ECCE) Datuk Dr Chiam Heng Keng berkata ibu bapa bersetuju untuk anak-anak mereka berkahwin awal bagi mencegah pra-perkahwinan seks yang akhirnya boleh mencemarkan reputasi keluarga.

“Mereka percaya perkahwinan adalah penyelesaian yang terbaik dan tidak berfikir bahawa gadis itu perlu untuk pergi ke sekolah,” katanya. “Mereka juga bimbang sama ada dia masih boleh berkahwin jika anak gadisnya telah kehilangan dara.”

Dr Chiam berkata ibu bapa tidak menghargai hak kanak-kanak tetapi lebih prihatin tentang reputasi mereka.

Beliau berkata ibu bapa mungkin juga tidak sedar bahawa mengahwinkan anak-anak pada usia muda boleh menjejaskan kesihatan anak-anak muda serta mengehadkan pembangunan diri mereka.

Beliau menambah bahawa kanak-kanak akan dikawal oleh hawa nafsu apabila tidak dimaklumkan mengenai tanggungjawab hubungan seksual dan kepentingan pembangunan diri dan pendidikan.

“Ini boleh berlaku apabila ibu bapa tidak berkomunikasi dengan anak-anak mereka dan mendidik tentang perkara-perkara ini,” kata Dr Chiam, sambil menambah bahawa ada juga kemungkinan bahawa kebanyakan masa, ibu bapa sendiri tidak dimaklumkan mengenai isu-isu seperti ini. Sementara itu, Prof Emeritus Datuk Dr Hood Salleh berkata tradisi yang terikat dengan keperluan sosio-ekonomi juga sebab-sebab di sebalik perkahwinan kanak-kanak.

Beliau berkata ia telah menjadi suatu adat pada masa lalu bagi ibu bapa untuk mengahwinkan anak-anak perempuan mereka pada usia muda untuk membantu kedudukan sosio-ekonomi yang selamat untuk kanak-kanak.

Dr Hood berkata ia mungkin satu bentuk keselamatan pada masa lalu. “Bagaimanapun, masyarakat kini telah maju ke hadapan . ‘

Laporan berita tentang pasangan muda Nur Fazira Saad, 12, berkahwin dengan Mohd Fahmi Alias, 19, minggu lepas di Kedah selepas keluarga mereka sendiri bersetuju tentang perkahwinan tersebut

Kavyan sokong selaraskan subjek BM di SK, SJK – Sinar Harian


Kavyan sokong selaraskan subjek BM di SK, SJK

UTHAYA SANKAR SB
28 September 2012

KETIKA berucap pada majlis perasmian penutupan Festival Bahasa dan Sastera di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 27 September 2012, Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa kerajaan bercadang melaksanakan kurikulum Bahasa Malaysia yang sama dengan Sekolah Kebangsaan (SK) untuk murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), bermula dengan murid kohort Tahun Empat pada 2014.

Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) yang diasaskan pada 1999 menyokong penuh langkah ini ke arah memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi, bahasa komunikasi dan bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum; termasuk di sekolah beraliran bahasa ibunda.

Kavyan berpendapat bahawa belum terlewat untuk menyelaraskan standard mata pelajaran Bahasa Malaysia di SK, SJKT dan SJKC. Hal ini memandangkan jurang antara ketiga-tiga aliran itu perlu dikurangkan dan cara paling mudah adalah dengan menyamakan standard mata pelajaran Bahasa Malaysia.

Buat masa ini, UPSR bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia juga dilaksanakan dalam tiga tahap berbeza bagi murid SK, SJKC dan SJKT. Kavyan berpendapat bahawa amalan itu perlu dihentikan kerana secara tidak langsung, hak kanak-kanak pelbagai kaum di sekolah berlainan aliran untuk menguasai Bahasa Malaysia seperti dinafikan menerusi sistem pendidikan yang berbeza.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, dengan peningkatan penguasaan Bahasa Malaysia dalam kalangan murid SJKC dan SJKT, dijangkakan kelas-kelas peralihan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di seluruh negara akan dapat dimansuh menjelang 2017.

Kavyan juga sangat mengalu-alukan dan sangat menyokong pemansuhan kelas peralihan secara sepenuhnya. Pada pendapat Kavyan, tidak ada alasan mengapa murid yang belajar di Malaysia perlu memberi – atau diberi – alasan belum menguasai Bahasa Malaysia dan perlu mengikuti kelas peralihan selama setahun sebelum masuk ke Tingkatan Satu di SMK.

Kavyan juga bersetuju dengan cadangan Menteri Pelajaran iaitu  murid-murid SJKC dan SJKT yang mempunyai masalah dalam pembelajaran Bahasa Malaysia diberi sokongan yang secukupnya melalui kelas-kelas pemulihan yang diadakan sehingga lima jam seminggu.

Sejak 1999, Kavyan terlibat dalam mengendalikan pelbagai acara ke arah memartabatkan Bahasa Malaysia di SK, SJKT dan SJKC. Berdasarkan pengalaman itu, Kavyan bersedia membantu Kementerian Pelajaran bagi menjayakan hasrat meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia dalam kalangan murid-murid pelbagai kaum di SK, SJKC dan SJKT.

Kavyan juga berharap, guru-guru Bahasa Malaysia di SJKC dan SJKT diberikan latihan tambahan sebagai persediaan untuk memblehkan mereka mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara benar-benar berkesan, selaras hasrat kerajaan memartabatkan Bahasa Malaysia di sekolah beraliran bahasa ibunda.

Ke arah itu, Kavyan juga bersedia mengendalikan latihan berupa program Latihan Dalam Perkhidmatan bagi para guru terbabit di seluruh negara. Kavyan bersedia berkongsi pengalaman, ilmu dan panduan menjadikan P&P lebih menarik dan berkesan; khususnya di SKJC dan SJKT.

Kavyan yang menggunakan slogan “Bahasa Malaysia, Bangsa Malaysia” terdiri daripada sekumpulan penulis dan peminat sastera Bahasa Malaysia dalam kalangan kaum India. Sejak November 2011, keahlian Kavyan terbuka kepada masyarakat pelbagai kaum sebagai usaha mendaulatkan Bahasa Malaysia ke arah pembinaan Bangsa Malaysia menerusi karya sastera kebangsaan.
Uthaya Sankar SB, Presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)