Sewa pistol: Lelaki, remaja 15 tahun diberkas – Kosmo


Sewa pistol: Lelaki, remaja 15 tahun diberkas

 

JALALUDDIN (tengah) bersama pegawainya menunjukkan pistol dan peluru yang dirampas daripada dua lelaki pada sidang akhbar di Kota Bharu semalam.

 

KOTA BHARU – Polis yakin dapat menyelesaikan beberapa kes tembak yang berlaku di sekitar negeri ini apabila berjaya menahan dua tauke pistol yang didapati mengedar dan menyewakan senjata api kepada penjenayah untuk melakukan onar termasuk membunuh.

Remaja berusia 15 tahun dan lelaki berumur 29 tahun ditahan pada pukul 3 pagi semalam di sebuah rumah di Bunut Susu, Pasir Mas selepas polis menerima maklumat mengenai kegiatan kedua-dua suspek berbahaya berkenaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0722&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2Zj8BYD4X
Hakcipta terpelihara

Hampir separuh tiada rumah – Kosmo


Hampir separuh tiada rumah

 

HARGA rumah yang semakin meningkat menjadi halangan utama kepada penjawat awam untuk memiliki rumah sendiri. – Gambar hiasan

 

KUALA LUMPUR – Kira-kira 45 peratus atau 650,000 daripada 1.5 juta penjawat awam masih tidak mampu memiliki rumah kerana faktor harga, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.

Katanya, kajian yang dijalankan kesatuan itu baru-baru ini menunjukkan harga rumah yang semakin meningkat menjadi kekangan utama kepada impian tersebut.

Menurutnya, rata-rata penjawat awam terbabit adalah daripada kumpulan sokongan dan bergaji rendah, manakala bagi golongan berusia 40 tahun ke atas, bergred tinggi selain telah berkhidmat lebih 20 tahun telah memiliki rumah.

“Golongan 45 peratus ini terpaksa terus menyewa atau tinggal di kuarters dan terpaksa mengutamakan kos sara hidup,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0629&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2XYTgzfcA
Hakcipta terpelihara

Pelajar maut tergelincir dalam pusaran air – Kosmo


Pelajar maut tergelincir dalam pusaran air

19/05/2013 2:59pm

 

PAPAR – Seorang pelajar lelaki, Bosnoses Roger, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pakis dekat sini disahkan meninggal dunia akibat lemas selepas tergelincir ke dalam pusaran air semalam.

Kejadian berlaku pada pukul 11.30 selepas mangsa bersama enam rakan pergi berkelah di Sungai Kinolosoton berhampiran Kampung Hulu Kimanis.

Difahamkan, kesemua rakan Bosnoses yang melihat ke jadian itu cuba menyelamatkannya namun gagal apabila turut dihanyutkan arus deras.

Bagaimanapun mereka bernasib baik apabila berjaya menyelamatkan diri. – KOSMO!

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0519&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_07.htm#ixzz2Tk7pwFzy
Hakcipta terpelihara

Kepala pelajar cedera ditusuk besi dart – Kosmo


Kepala pelajar cedera ditusuk besi dart

 

Oleh MULLER ASEN
muller.asen@kosmo.com.my

 

MOHAMAD NURFARID yang mengalami kecederaan di bahagian kepala dirawat di Hospital Miri semalam.

 

LIMBANG – Seorang pelajar tingkatan tiga ditusuk dengan besi dart di kepalanya oleh tiga rakannya dalam pergaduhan di sebuah sekolah di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 6.25 pagi itu, mangsa, Mohamad Nurfarid Jillah, 15, mengalami pendarahan teruk apabila batang besi dart tersebut tertanam sedalam beberapa sentimeter di tengah kepalanya.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Mohd. Bukhori Saffai berkata, sebelum kejadian itu, salah seorang pelajar terbabit terlanggar bahu mangsa ketika mereka bertembung di kawasan asrama sekolah.

Ujarnya, mangsa yang berang kemudian menolak pelajar yang sebayanya itu menyebabkan berlaku pergelutan di belakang blok asrama sekolah berkenaan.

“Bagaimanapun, mangsa dibelasah oleh tiga rakannya itu dan ditikam bertubi-tubi dengan sebatang besi dart sepanjang 10 sentimeter sehingga menyebabkan alat logam itu tertusuk di kepalanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0425&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2RTb1jjnS
Hakcipta terpelihara