Surat cinta berpalit noda – Metro


Surat cinta berpalit noda

 4  0 Google +1  0  0

Oleh Siti Nur Syazwani Hashim dan Tengku Nur Nadhirah Tengku Md Saabri

Kuantan: Gian menghidu seluar dalam dan coli wanita menyebabkan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun bertindak gila mencuri pakaian dalam berkenaan dari rumah sekumpulan pelajar perempuan di Kampung Selamat, di sini, sejak Januari lalu.

Perkara itu diakui sendiri remaja gila seks terbabit apabila turut mengirim sepucuk ‘surat cinta’ kepada pelajar perempuan berkenaan dengan menyatakan dia meminta maaf di atas perbuatan dilakukan dan memulangkan semula pakaian dalam dicurinya sebelum ini.

Dalam surat dikirim bersama segumpal pakaian yang dicuri itu, remaja lelaki terbabit tanpa segan silu memaklumkan dia berbuat demikian kerana terlalu gian menghidu pakaian dalam wanita.

Mangsa, Siti Syahirah Ali, 23, berkata, dia bersama tujuh rakannya yang lain menerima surat berkenaan bersama segumpal pakaian dalam itu yang dipercayai dilemparkan suspek di halaman rumah sewa mereka jam 1 pagi kelmarin.
Katanya, mereka berasa hairan dengan tindakan individu terbabit yang memulangkan pakaian dalam pernah dicuri itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/28

– See more at: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Suratcintaberpalitnoda/Article/index_html#sthash.pSThQs9L.dpuf

Dua beradik tumpang teduh di surau – Sinar Harian


Dua beradik tumpang teduh di surau

WARTAWAN SINAR HARIAN
18 Januari 2013
Dua beradik tumpang teduh di surau
Dua beradik ini diserahkan kepada JKM setelah seminggu tinggal di Surau Taman Gunung Mas, Repah.

TAMPIN – Dua beradik yang menumpang teduh kira-kira seminggu lalu di Surau Taman Gunung Mas, Repah, dekat sini diserahkan kepada pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pagi semalam.

Difahamkan dua beradik yang berusia 12 dan 13 tahun itu ditinggalkan bapanya di salah sebuah rumah saudaranya di Tampin kerana mahu mencari kerja serta berjanji akan mengambil mereka pada petang 9 Januari lalu.

Afif (bukan nama sebenar), 13, berkata, selepas ayahnya tidak pulang, dia bersama adiknya Alif (bukan nama sebenar), 12, sepakat untuk tinggal di surau berkenaan.

Menurutnya, bagi menampung perbelanjaan harian, dia bersama adiknya mengambil upah mengemas halaman rumah penduduk kampung.

“Dengan upah sebanyak RM10 hingga RM15 sehari, kami guna sebaik mungkin untuk beli makanan dan bernasib baik apabila ada rakan-rakan yang turut menghulurkan bantuan,” katanya.

Afif berkata, dia sudah lebih tiga tahun tidak berjumpa dengan ibunya selepas bercerai dengan ayahnya.

“Sejak kecil kami dijaga oleh nenek yang berada di Jelebu dan selepas nenek meninggal, kami tinggal bersama ayah di Melaka,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Taman (JKKT), Azhar Muhammad berkata, sebelum ini, dua beradik berkenaan tidak begitu ketara menumpang tidur di surau berkenaan.

“Selepas mengesahkan mereka tinggal di surau, kami berbincang dengan jawatankuasa surau untuk menyerahkannya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) susulan bimbang dengan keselamatan mereka,” katanya.

Pengarah JKM, Abdulah Hanapi berkata, terima kasih diucapkan kepada kepimpinan setempat kerana prihatin dengan masalah dua beradik berkenaan.

“Diharap usaha pihak JKKT akan dijadikan contoh kepada pihak lain untuk melaporkan terus kepada JKM sekiranya berhadapan dengan kes serupa,” katanya.

Keluarga guru sedih hilang kucing – Kosmo


Keluarga guru sedih hilang kucing

 

Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my

 


ANAK Harun, Habib Muhd. Qardawi menunjukkan sangkar kucing Parsi yang dipotong pencuri di Jalan Astana, Petra Jaya, Kuching semalam.

 

KUCHING – Seorang guru bukan saja sedih malah kerugian RM3,000 apabila tiga ekor kucing Parsi yang menjadi kesayangan keluarga dicuri dari rumahnya yang terletak di Jalan Astana, Petra Jaya di sini semalam.

Kehilangan seekor kucing jantan yang diberi nama Bluey dan dua ekor kucing betina – Garfield danCocca merupakan kejadian kedua dalam tempoh dua minggu selepas seekor kucing jenis sama yang dipanggil Kiki hilang.

Dalam kejadian terbaharu, Harun Abdul Jabar, 38, berkata, kehilangan BlueyGarfield dan Cocca yang berusia empat bulan sehingga setahun dilarikan oleh dua lelaki kira-kira pukul 12.30 pagi.

Kelibat dua pencuri terbabit yang menaiki motosikal jenis Honda EX5 dirakam melalui televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kawasan rumah dua tingkat miliknya.

Semasa kejadian, Harun, isterinya, Syarifah Linora Wan Zain, 39, dan tiga orang anak lelaki pasangan itu yang masing-masing berusia 9, 11 dan 12 tahun sedang tidur.

Harun memberitahu, kejadian tersebut disedari pukul 7 pagi selepas dia ternampak pintu sangkar yang menempatkan sembilan ekor kucing peliharaannya di depan rumah terbuka selepas dipotong.

“Rakaman CCTV menunjukkan imej sebuah motosikal berhenti berhampiran rumah jiran sebelum pembonceng motosikal itu memanjat pagar dan masuk ke halaman rumah saya.


IMEJ seorang lelaki dipercayai mencuri kuncing Parsi milik Harun yang dirakam CCTV.

 

“Lelaki itu yang memakai baju berwarna biru serta bertopi keledar dilihat memotong sangkar kucing saya setinggi dua meter sebelum membawa lari BlueyGarfield dan Cocca,” kata Harun ketika ditemui di sini.

Penjawat awam itu berkata, menerusi rakaman itu juga seorang lagi suspek iaitu penunggang motosikal yang berbaju kelabu menunggu di luar rumahnya.

Harun percaya kedua-dua suspek terbabit merupakan orang sama yang mencuri Kiki, seekor kucing jantan berusia lapan tahun dua minggu lalu.

“Dalam tempoh dua minggu, sudah empat ekor kucing kami hilang dan menyebabkan saya kerugian hampir RM4,000.

“Saya sekeluarga amat sedih dengan kehilangan haiwan kesayangan kami kerana semuanya manja sehinggakan kami menganggap haiwan itu seperti anggota keluarga sendiri,” katanya yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Muara Tebas di sini.

Katanya, dia percaya kucing-kucing tersebut menjadi sasaran pencuri itu kerana harganya di pasaran boleh mencecah ribuan ringgit seekor kerana mempunyai penampilan fizikal seperti bulu yang halus dan rupa yang cantik.

“Seekor kucing Parsi berusia enam bulan yang cantik boleh mencecah harga RM600 seekor,” kata Harun.

Berikutan kejadian itu, kata Harun, dia membuat laporan polis dengan turut menyerahkan rakaman CCTV di Balai Polis Gita, Petra Jaya di sini.

‘Saya tiada niat cederakan adik’ – Metro


‘Saya tiada niat cederakan adik’

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KOTA TINGGI: “Ibu menyuruh saya mengambil kotak piza di dalam kereta dan ketika itu saya sedar adik bermain di kawasan berhampiran.

“Tapi saya tak tahu bagaimana kereta itu boleh bergerak dan mengundur sehingga melanggar adik,” kata Nur Izati Nafisah, 14, kakak Mohd Ilman Sadiq Mohd Abd Hakim, 18 bulan, yang terperosok di bawah kereta milik ibunya petang kelmarin.
Nur Izati berkata , kotak makanan segera itu berada di tempat duduk belakang namun dia mengambilnya dari arah tempat duduk pemandu.

 

“Saya tidak menyangka kereta itu boleh berundur dan merempuh adik yang berdiri di belakang kereta. Saya terus terpaku selepas kereta itu berundur sehingga melepasi pagar dan adik berada di bawahnya,” katanya yang ditemui di rumahnya di Taman Desaru Utama, Bandar Penawar dekat sini, semalam.
Nur Izati yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar berkata, keadaan menjadi lebih cemas apabila jiran dan orang ramai berusaha untuk mengeluarkan Ilman tetapi gagal, hinggalah mereka sepakat mengangkat kereta bagi mengeluarkan adiknya itu.
“Saya lihat ibu, adik dan beberapa jiran lain menangis menyebabkan saya lebih panik, namun hakikatnya saya tidak berniat mengapa-apakan adik apatah lagi menyebabkan dia cedera.

 

 

“Saya amat menyayanginya lebih-lebih lagi dia adalah adik bongsu yang manja dan bijak,” katanya.
Jirannya, Roslilawati Supardi, 42, berkata, ketika kejadian, dia mengemas halaman rumah dan melihat sendiri bagaimana Ilman dirempuh kereta milik ibunya itu sebelum terperosok di bawah kereta.

 

“Saya menjerit sekuat hati sebelum beberapa jiran bergegas datang bagi membantu mengeluarkan Ilman,” katanya.