Hari pertama persekolahan gamat – Sinar Harian


Hari pertama persekolahan gamat

SAPINAH AB GHANI
2 Januari 2013
Hari pertama persekolahan gamat
Azizon (kanan) bersama Guru Pendidikan Khas Sk Dato’ Hashim 1, Faridah Hanun Mohd Ariffin menemani murid istimewa tahun satu mengikuti hari pertama persekolahan semalam.
Amir
Amir

KOTA BHARU – Suasana di sekolah rendah di seluruh negeri ‘gamat’ dengan pelbagai telatah murid tahun satu yang memulakan sesi persekolahan 2013 semalam.

Tinjauan Sinar Harian di Sekolah Kebangsaan Dato’ Hashim 1, Pengkalan Chepa mendapati kira- kira 222 termasuk lapan daripadanya merupakan murid istimewa begitu ceria mengikuti pembelajaran pada hari pertama.

Seorang pelajar istimewa yang hanya dikenali sebagai Amir, 7, mengakui seronok memulakan sesi persekolahan semalam dan sudah mula belajar mewarna dan melukis bersama empat rakan lain.

“Suka..belajar lukis matahari, dan mewarna,” katanya ketika ditemui di kelas khas sekolah itu di sini, semalam.

Seorang lagi pelajar, Insyirah, 7, turut kelihatan ceria dan seronok selain cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran dan rakan- rakan baru.

Dia adalah pelajar kelas Pra Sekolah Pendidikan Khas di sekolah itu dan kini mengikuti persekolahan tahun satu bersama lima murid lain.

Sementara itu, Guru Besarnya, Azizon Abdullah berkata, kebanyakan murid istimewa di datangnya dari pra sekolah, dan rata- rata sudah biasa dengan persekitaran di sini sebab itu masing- masing dapat menyesuaikan diri dengan cepat.

Azizon berkata, sesi pendaftaran murid tahun satu sekolah berkenaan dibuat pada 27 Disember lalu bagi memastikan hari pertama persekolahan berjalan sebagaimana dijadualkan.

“Hari ini semua murid datang dan meneruskan persekolahan masing- masing, termasuk tahun dua hingga enam, kesemuanya sudah mendaftar pada 30 Disember lalu, hari ini (semalam) mereka dan ibu bapa tidak perlu berdepan kekalutan lagi,” katanya.