‘Ghaib’ lepas tonton aksi Harimau Malaya – Metro


‘Ghaib’ lepas tonton aksi Harimau Malaya

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: “Kali terakhir Amri dilihat rakannya di luar pekarangan Stadium Nasional, Bukit Jalil seorang diri dan memberitahu sedang menunggu abang ‘Ultras Malaya’ untuk pulang bersama selepas menyaksikan perlawanan Piala Suzuki AFF antara skuad Harimau Malaya dan Indonesia, malam Sabtu lalu.

“Namun, sejak malam itu, Amri tidak pulang ke rumah dan usaha menghubunginya gagal sehingga kini. Saya tidak tahu keadaan Amri sekarang,” kata Nor Zilar Mohd Nor, 51, ibu remaja lelaki berusia 14 tahun yang disyaki hilang.
Amri atau nama sebenarnya Shamreeshah Daniel adalah anak anggota polis berpangkat sarjan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

 

Nor Zilar berkata, anak keempat daripada enam beradik itu sangat meminati bola sepak dan sering ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak bersama rakan-rakannya.
“Amri tidak pernah ke stadium seorang diri dan biasanya pergi bersama beberapa rakannya. Malah, pada Sabtu lalu, saya menghantar dia dan seorang rakannya ke LRT (stesen transit aliran ringan) Taman Bahagia.
“Saya membenarkan Amri pergi stadium malam itu kerana dia mahu menyaksikan perlawanan bersama keluarga rakannya itu. Tetapi, sebaik tiba di stadium, saya dimaklumkan rakannya itu, Amri segan untuk duduk bersama mereka dan pergi ke tempat duduk lain,” katanya.

 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/05

Apex, Super Safee rai anak yatim – Sinar Harian


Apex, Super Safee rai anak yatim
SITI ZUBAIDAH MAT ISA & MOHD FAHMI ISMAIL
16 Ogos 2012

Safee tidak menang tangan membantu menguruskan kelengkapan pakaian raya anak-anak yatim.
Apex juga arif dalam memilih pakaian yang sesuai untuk anak yatim. FOTO: NADZME NADZEM
WALAUPUN sibuk menjalani latihan bersama skuad kebangsaan dengan jadual latihan yang ketat, dua personaliti bola sepak tanah air dan Harimau Malaya Safee Sali serta penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat, masih sempat meluangkan masa bersama-sama golongan kurang bernasib baik.

Bertempat di sebuah pusat membeli belah di Subang Jaya baru-baru ini, Safee meluangkan masa kira-kira satu jam melayan dan membantu 30 anak-anak yatim dari Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah membeli kelengkapan hari raya menjelang Syawal yang bakal tiba.

Begitu juga Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apex yang turut serta keesokan harinya bersama 20 anak-anak yatim Rumah Anak-anak Yatim Darul Taqwa, Sungai Besi.

Program sehari bersama personaliti itu merupakan salah satu tanggungjawab sosial (CSR) Mamee Double Decker (M) Berhad dan tidak terhenti setakat itu sahaja.

Tahun ini, penganjur membawa sedikit kelainan dengan menganjurkan aktiviti bersahur bersama kedua jaguh bola sepak Malaysia di rumah amal terpilih.