LHDN Tegas Individu Pendapatan Bawah RM5,000 Tidak Dikenakan Cukai – Bernama


Ahad September 30, 2012
LHDN Tegas Individu Pendapatan Bawah RM5,000 Tidak Dikenakan Cukai

CYBERJAYA: Selaras dengan pengumuman penurunan kadar cukai satu mata peratusan, individu yang pendapatan bercukainya di bawah RM5,000 tidak perlu lagi membayar cukai mulai tahun taksiran 2013.

Menjelaskan demikian, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar berkata mereka yang berpendapatan bercukai RM5,000 hingga RM20,000 ke atas pula akan menikmati kadar cukai sebanyak dua peratus berbanding tiga peratus sebelum ini.

“Manakala bagi individu yang pendapatan bercukainya antara RM20,001 hinggaRM35,000 pula akan dikenakan cukai sebanyak enam peratus berbanding sebelum initujuh peratus,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata pengurangan cukai itu setelah diambil kira semua pelepasancukai dan bukannya mengikut pendapatan kasar.

Mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bajet 2013 danpengurangan cukai itu boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian1-300-88-3010 atau emel di callcentre@hasil.gov.my.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Belanjawan2013 semalam, mengumumkan penurunan kadar satu mata peratusan cukai mulai tahundepan, langkah itu membolehkan kira-kira 170,000 individu tidak perlu lagimembayar cukai pendapatan.

Mohd Shukor berkata secara keseluruhannya bajet 2013 mengandungi 37 pindaandi bawah Akta Cukai Pendapatan 1967; lapan pindaan di bawah Akta Petroleum(Cukai Pendapatan) 1967; sepuluh pindaan di bawah Akta Cukai Keuntungan HartaTanah 1976; dan enam pindaan di bawah Akta Setem 1949.

Kesemua pindaan itu katanya sebagai menyokong fokus bajet bagi merangsangaktiviti pelaburan, memperkasa pendidikan dan latihan, membudaya inovasi danmeningkat produktiviti.

Justeru itu katanya, LHDN akan menganjurkan Seminar Percukaian Kebangsaan di23 lokasi di seluruh negara, mulai 3 Oktober depan.

Ia bertujuan memberi penerangan lanjut berkaitan perubahan dalam Akta CukaiPendapatan dan akta-akta lain yang ditadbir agensi itu yang terkandung dalamBajet 2013. BERNAMA

PM Jemput Rakyat Kemuka Input Bajet 2013 – Bernama


PM Jemput Rakyat Kemuka Input Bajet 2013
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mempelawa rakyat Malaysia menyumbang idea, berkongsi cadangan dan pendapat mereka mengenai Bajet 2013 secara online bermula hari ini sehingga 29 Julai.

Perdana Menteri berkata platform itu merupakan peluang bagi semua rakyat Malaysia mengemukakan idea dan input mereka untuk pertimbangan Kementerian Kewangan.

Orang ramai boleh menyuarakan pendapat mereka dengan mengklik bahagian yang disediakan pada entri terbaharu blog beliau http://www.1malaysia.com.my yang bertajuk ‘Bajet 2013: Saya Hargai Cadangan Anda’.

“Pada 28 September akan datang, saya akan membentangkan Bajet Negara untuk tahun 2013 bagi pihak kerajaan persekutuan selaku menteri kewangan. Pada saya, adalah penting agar rakyat diberikan peluang untuk menyuarakan cadangan dan pendapat mereka tentang cara terbaik untuk bawa negara kita ini ke hadapan di pentas dunia dari segi sosial dan ekonomi.

“Seperti tahun-tahun sebelum ini, saya amat berharap agar dapat menerima idea-idea baharu yang bernas serta penyelesaian yang berpotensi daripada rakyat Malaysia,” kata Najib dalam blog beliau hari ini.

Perdana Menteri berkata platform itu akan memberi tumpuan terhadap beberapa topik iaitu kos sara hidup, keselamatan awam, harga hartanah, peranan belia dalam kreativiti dan juga isu-isu yang mempengaruhi kehidupan rakyat.

“Pada masa ini, kurang daripada 10 peratus rakyat Malaysia yang membayar cukai. Oleh itu cabaran utama bagi kita adalah untuk memperluas dan mengubah sumber pendapatan negara bagi memastikan defisit bajet dikekalkan pada paras boleh urus agar perbelanjaan tidak melebihi kemampuan kita,” katanya.

Untuk mencapai matlamat ini, beliau berkata kerajaan perlu memberikan tumpuan terhadap perangsangan pelaburan dalam negeri serta menarik pelaburan asing melalui Program Transformasi Ekonomi.

“Kita sudah pun membuat permulaan yang kukuh di mana LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) tahun lalu telah mengumpul sebanyak RM110 bilion hasil, dan ini membolehkan kita membiayai perkhidmatan-perkhidmatan utama bagi kebajikan rakyat seperti BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) dan baucar buku.

“Bagi mengekalkan momentum ini, kita perlukan semua rakyat Malaysia untuk menyumbang idea mereka, dan oleh itu saya ingin menjemput anda semua untuk turut serta dalam perbincangan Bajet 2013 ini,” katanya. BERNAMA

KENYATAAN MEDIA : MUSIM MENGHANTAR BORANG NYATA CUKAI PENDAPATAN TAHUN TAKSIRAN 2011 KINI BERMULA


KENYATAAN MEDIA : MUSIM MENGHANTAR BORANG NYATA CUKAI PENDAPATAN TAHUN TAKSIRAN 2011 KINI BERMULA

print text

Cyberjaya, 1 Mac – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2011 (BNCP 2011) melalui e-Filing bagi Borang BE, B, M, P dan E boleh dilakukan mulai hari ini, 1 Mac 2012.

MUSIM MENGHANTAR BORANG NYATA CUKAI
PENDAPATAN TAHUN TAKSIRAN 2011 KINI BERMULA


Cyberjaya, 1 Mac – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin
memaklumkan bahawa penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan Tahun Taksiran
2011 (BNCP 2011) melalui e-Filing bagi Borang BE, B, M, P dan E boleh dilakukan
mulai hari ini, 1 Mac 2012.

Perkhidmatan ini boleh dicapai terus melalui laman web e-Filing https://e.hasil.gov.my
atau melalui laman web rasmi LHDNM http://www.hasil.gov.my.

LHDNM menyeru semua pembayar cukai mengemukakan borang nyata cukai
pendapatan mereka segera dan tidak menunggu saat akhir bagi mengelakkan
kesesakan talian.

Tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata bagi Borang BE, B, M, P dan E adalah seperti
berikut:

Penyata Majikan Borang E – 31 Mac 2012

Individu Bermastautin Mempunyai Pendapatan Penggajian dan Selain Perniagaan Borang BE – 30 April 2012

Individu Tidak Bermastautin Mempunyai Pendapatan Penggajian dan Selain Perniagaan Borang M – 30 April 2012

Individu Bermastautin Mempunyai Pendapatan Perniagaan Borang B – 30 Jun 2012

Individu Tidak Bermastautin Mempunyai Pendapatan Perniagaan Individu – Borang M 30 Jun 2012

Perkongsian Borang P – 30 Jun 2012

Pembayar Cukai yang belum pernah menggunakan e-Filing sebelum ini, perlu
memohon nombor pin e-Filing terlebih dahulu melalui e-mel pin@hasil.gov.my atau
menghubungi talian 1-300-88-3010, manakala pengguna e-Filing yang terlupa kata
laluan boleh set semula (reset) kata laluan e-Filing mereka dengan mengikuti langkah langkah berikut:

1. Klik ikon pautan ‘ezHASiL’ pada Laman Web http://www.hasil.gov.my
2. Klik ‘e-Filing’
3. Klik butang ‘terlupa kata laluan’
4. Masukkan nombor Kad Pengenalan
5. Pilih soalan bagi petunjuk kata laluan
6. Masukkan jawapan bagi petunjuk kata laluan dan tekan butang ‘Hantar’
7. Masukkan kata laluan baru, sahkan dan tekan butang ‘Hantar’ Page 3 of 4
8. Login e-Filing
9. Lengkapkan Borang Nyata Cukai Pendapatan dan ‘Hantar’

Sekiranya pengguna e-Filing terlupa petunjuk kata laluan, mereka adalah dinasihatkan
untuk menghubungi talian bantuan e-Filing di 03-4289 3535 (panggilan tempatan) dan
+603-4289 3500 (panggilan antarabangsa) atau 1-300-88-3010.

m-Filing inovasi terbaru LHDNM

Bermula 1 Mac 2012 juga Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia telah memperkenalkan satu lagi inovasi terbaru bagi memudahkan urusan penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan iaitu Mobile Filing atau m-Filing. Aplikasi ini disediakan bagi kemudahan individu pemastautin yang tidak mempunyai pendapatan daripada punca perniagaan (perlu mengisi Borang BE). Kini pembayar Cukai boleh menggunakan peranti mudah alih mereka untuk mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan dan seterusnya menjelaskan amaun cukai yang dikenakan sebelum tarikh tutup penghantaran borang iaitu selewat-lewatnya pada 30 April 2012.

Pengisian maklumat dan penghantaran borang boleh dilakukan di mana-mana sahaja
tanpa perlu memuat turun sebarang perisian tambahan. Antara peranti mudah alih yang
disokong adalah:

  • iPhone dan iPad dengan iOS versi 4.0 ke atas;

  • Android versi 2.2 (Froyo) ke atas;

  • BlackBerry (OS 6 ke atas) dan Playbook;

  • Windows Phone versi 7.0 ke atas, 7.5 (Mango) disyorkan.

Pembayar cukai tidak perlu bimbang mengenai tahap keselamatan aplikasi m-Filing ini kerana pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia masih mengekalkan penggunaan sijil digital sedia ada sama seperti yang digunakan untuk Aplikasi e-Filing. Dengan mFiling penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan Anda akan lebih Mudah, Tepat dan Selamat!

Sebarang maklumat lanjut sila layari http://www.hasil.gov.my atau hubungi 1-300-88-3010.
SEKIAN, TERIMA KASIH

Dikeluarkan oleh : Masrun bin Maslim
Pegawai Perhubungan Awam
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tarikh : 1 Mac 2012
Nombor Telefon : 03-8313 8836
Nombor Faks : 03-8313 7836
Pusat Khidmat Pelanggan : 1-300-88-3010
http://www.hasil.gov.my