Hasrat Adam temu PM tertunai hari ini – Sinar Harian


Hasrat Adam temu PM tertunai hari ini
MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN
7 Jun 2012

Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Adam Akhbar dan anggota keluarganya serta pengurusan kanan Kumpulan Media Karangkraf. – Foto Sinar Harian oleh Safwan Mansor
PUTRAJAYA – Hasrat kanak-kanak yang berhadapan dengan masalah tumor saraf tulang, Adam Akbar Mohamed Ali, 10, untuk bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi kenyataan hari ini.

Dalam pertemuan bersejarah bagi Adam Akbar itu, yang berlangsung di sini tengah hari ini, Perdana Menteri berkata, secara peribadi beliau bersedia untuk membantu keluarga berkenaan dari segi urusan visa.

Adam Akbar akan berlepas ke Amerika Syarikat pada 15 Jun ini untuk menjalani pembedahan lima hari selepas tiba.

Masalah dialami Adam Akbar disiarkan oleh Sinar Harian sebelum ini.