HEBAHAN KEPADA PPP GRED DG29, DG32, DG34 DAN DG38 YANG MEMILIKI KELAYAKAN IJAZAH SARJANA MUDA DAN MEMOHON KEPADA SPP UNTUK DILANTIK SEBAGAI PPP GRED DG41 TETAPI BELUM DIPANGGIL TEMU DUGA ATAU YANG MEMOHON PENGECUALIAN TEMU DUGA DI BAWAH PEK.SPP BIL.1/2013 – SPP


HEBAHAN KEPADA PPP GRED DG29, DG32, DG34 DAN DG38 YANG MEMILIKI KELAYAKAN IJAZAH SARJANA MUDA DAN MEMOHON KEPADA SPP UNTUK DILANTIK SEBAGAI PPP GRED DG41 TETAPI BELUM DIPANGGIL TEMU DUGA ATAU YANG MEMOHON PENGECUALIAN TEMU DUGA DI BAWAH PEK.SPP BIL.1/2013

11Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 40 Tahun 2013 bertajuk “Penggabungan Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma” dilaksanakan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2014. Selaras dengan pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan tersebut oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), SPP ingin memberi pernyataan berikut:

 

Mulai 1 Januari 2014, SPP tidak lagi melaksanakan pelantikan ke Gred DG41 bagi PPP Gred DG29, DG32, DG34 dan DG38 yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda semasa dalam perkhidmatan mereka.

 

Sehubungan itu, PPP Gred DG29, DG32, DG34 dan DG38 yang telah:

 

i. memohon kepada SPP untuk dilantik sebagai PPP Gred DG41 tetapi

belum ditemu duga; atau

 

ii. memohon pengecualian temu duga di bawah Pekeliling SPP Bilangan

1 Tahun 2013

 

adalah terbatal permohonan mereka. PPP tersebut hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap melalui Ketua Jabatan kepada KPM untuk pertimbangan kenaikan pangkat ke Gred DG42.

 

Oleh itu Pekeliling SPP Bilangan 1 Tahun 2013 adalah tidak terpakai.

%d bloggers like this: