HEBAHAN URUSAN TEMU DUGA KE JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH GRED DG41 BAGI GRADUAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM) YANG MENAMATKAN PENGAJIAN PADA BULAN JUN 2012 – SPP


HEBAHAN URUSAN TEMU DUGA KE JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH GRED DG41 BAGI GRADUAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM) YANG MENAMATKAN PENGAJIAN PADA BULAN JUN 2012
Temu duga ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 bagi graduan IPGM yang telah menamatkan pengajian mereka sebelum 1 Julai 2012 akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai 12 November hingga 6 Disember 2012 di seluruh negara. Temu duga ini dikhususkan kepada calon program KPLI, j-QAF, TESL, Bahasa Perancis dan Program Pelajar Cemerlang (PPC). Calon boleh menyemak jadual temu di sini. Calon boleh menyemak senarai dokumen yang perlu dibawa semasa menghadiri temu duga yang telah diaturkan di sini.

Untuk maklumat sila hubungi Pusat Panggilan SPP di talian 03-8871 7330

Muat naik pada 6 November 2012