Berkley bantu perubahan positif pelajar bertutur bahasa Inggeris – Utusan


Berkley bantu perubahan positif pelajar bertutur bahasa Inggeris
HOLLY Berkley (kiri) kelihatan mesra dengan para pelajarnya di SMK Cenderawasih, Kuantan, Pahang, semalam. – UTUSAN/MAHATHIR ALI
KUANTAN 28 Jun – Selepas enam bulan Holly Berkley, 23, menjadi pembantu guru bahasa Inggeris (ETA) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cenderawasih di sini, sememangnya banyak perubahan berlaku ke atas diri beliau dan pelajar sekolah berkenaan.

Bukan sahaja menjadikan baju kurung sebagai pakaian sehariannya malah yang lebih penting, kehadiran gadis Amerika Syarikat (AS) itu membuatkan pelajar di sekolah tersebut seolah-olah memperoleh keyakinan baru untuk lebih berani bertutur dalam bahasa Inggeris.

Malah kehadirannya yang umpama seorang selebriti terkenal secara automatik membuatkan pelajar menegurnya setiap kali berselisih walaupun dengan hanya sepatah perkataan dalam bahasa Inggeris.